Keadaan perut pedih boleh disebabkan masalah ulser peptik. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan komplikasi masalah kesihatan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Keadaan perut pedih boleh disebabkan masalah ulser peptik. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan komplikasi masalah kesihatan.
Mari kita fahami mengenainya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Penyakit ulser peptik adalah keadaan di mana terdapat luka atau ulser menyakitkan yang berkembang pada lapisan perut atau bahagian pertama usus kecil (duodenum).
Ia boleh berlaku apabila asid perut membersihkan lapisan lendir pelindung saluran pencernaan anda.
Terdapat kemungkinan anda mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom. Namun, wujud juga kecenderungan untuk anda berdepan rasa tidak selesa seperti sensasi terbakar atau perut rasa pedih.
Keadaan ini juga boleh menyebabkan pendarahan dalaman. Jika ia terjadi, bermakna anda memerlukan rawatan pemindahan darah di hospital!
Anda boleh mengalami 2 jenis penyakit ulser peptik:
Risiko untuk mengalami ulser ini boleh terjadi pada mana-mana peringkat usia. Tetapi umumnya, ia lebih cenderung berlaku pada individu dewasa.
1 daripada 10 individu akan menghidap ulser. Faktor risiko yang membuat ulser lebih cenderung terjadi adalah:
Antara gejala yang boleh dialami adalah:
Simptom ulser peptik yang paling biasa adalah rasa sensasi perut panas. Asid perut akan menjadikan keadaan ini semakin teruk, begitu juga keadaan perut kosong.
Rasa sakit biasanya dapat diatasi dengan pengambilan makanan tertentu atau ubat. Namun ia akan berulang kembali.
Rasa sakit mungkin lebih teruk antara waktu makan dan pada waktu malam.
Kebanyakan individu dengan masalah kesihatan ini tidak berdepan sebarang gejala.
Dalam kes jarang berlaku, ulser yang terjadi boleh menyebabkan simptom teruk seperti:
Keadaan ulser peptik berlaku apabila asid dalam saluran pencernaan ‘memakan’ permukaan dalam perut atau usus kecil.
Asid boleh menyebabkan luka terbuka yang mungkin berdarah.
Saluran pencernaan anda dilapisi dengan lapisan lendir yang biasanya memberi perlindungan daripada asid.
Namun sekiranya jumlah asid meningkat atau jumlah lendir berkurangan, anda mungkin akan mengalami ulser.
Punca-punca perut pedih lain:
Selalunya bakteria H. pylori tidak menimbulkan masalah, tetapi boleh menyebabkan keradangan lapisan dalam perut, menghasilkan ulser.
Mengambil aspirin serta ubat penahan sakit dan preskripsi tertentu yang disebut ubat antiradang nonsteroid (NSAID), boleh merengsakan atau membakar lapisan perut dan usus kecil.
Pengambilan ubat lain seperti steroid, anticoagulant, aspirin dosis rendah, selective serotonin reuptake inhibitors (SSRI), alendronate dan risedronate meningkatkan kecenderungan mengalami ulser peptik.
Jika masalah ulser ini tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:
Pendarahan yang berlaku boleh menyebabkan anemia atau kehilangan darah teruk sehingga memerlukan pemindahan darah.
Individu yang kehilangan darah teruk boleh mengalami muntah mahupun najis hitam atau berdarah.
Jika masalah perut pedih dibiarkan, wujud risiko untuk terjadi lubang atau perforation pada dinding perut.
Keadaan tersebut meningkatkan risiko untuk mengalami jangkitan serius pada rongga perut yang dikenali sebagai peritonitis.
Ulser peptik dapat menyekat laluan makanan melalui saluran pencernaan, menyebabkan anda mudah kenyang, muntah dan mengalami penurunan berat badan.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang dijangkiti H. pylori mempunyai risiko peningkatan kanser gastrik.
Dengan rawatan yang betul, kebanyakan masalah ulser peptik boleh sembuh.
Walau bagaimanapun, peluang untuk sembuh adalah tipis jika berhenti mengambil ubat lebih awal atau meneruskan tabiat buruk merokok atau minum alkohol serta memakan ubat NSAID semasa rawatan.
Jika rawatan ulser tidak sembuh dengan rawatan awal, ia mungkin menunjukkan:
Anda disaran untuk menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan bagi mencegah jangkitan.
Pastikan juga anda menjaga aspek pemakanan dengan mengambil diet seimbang seperti buah-buahan, sayuran dan gandum penuh untuk membantu mencegah perkembangan ulser peptik.
Jika terdapat sebarang keraguan, dapatkan bantuan daripada pakar.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen