Untuk mendapatkan bentuk ini, sejenis enzim yang bernama laktase diperlukan untuk mencerna laktosa terbabit. Malangnya bagi penghidap intoleransi laktosa, enzim ini berada pada kadar yang rendah. Jadi, badan tidak mampu mencerna laktosa seterusnya gagal menyerapnya.
Bagaimana ingin tahu jika anda mungkin mengalaminya? Lihat 7 tanda berikut.
- Sakit perut
- Kembung
- Cirit-birit berair
- Sendawa berlebihan
- Perut berangin
- Loya
- Gatal-gatal di sekitar dubur
Semua tanda di atas kebiasaannya berlaku seawal 30 minit sehingga 2 jam selepas mengambil susu atau produk tenusu. Antara makanan atau minuman yang biasa diambil adalah teh tarik, susu coklat atau gula-gula coklat yang mengandungi susu.
Anda mungkin terkeliru dengan alahan kepada susu lembu. Dalam kes ini, ia disebabkan oleh tindak balas imun badan terhadap terhadap protein pada susu lembu, bukannya kekurangan enzim laktase.
Jika anda disahkan menghidapi intoleransi laktosa, jangan bimbang kerana ia bukanlah keadaan yang serius. Anda hanya perlu berhati-hati dengan pemakanan anda dan elakkan susu dan produk tenusu.
Pada awalnya mungkin susah untuk membiasakan diri. Tapi lama-kelamaan, ia akan menjadi mudah.