Susu untuk gastrik, adakah dapat melegakan simptomnya atau memburukkan lagi keadaan? Ikuti penjelasan ini bagi memberi lebih kefahaman mengenainya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Susu untuk gastrik, adakah dapat melegakan simptomnya atau memburukkan lagi keadaan? Ikuti penjelasan ini bagi memberi lebih kefahaman mengenainya.
Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.
Apabila berasa tidak sihat atau mengalami masalah gangguan pencernaan, anda mungkin akan memilih untuk mengambil segelas susu bagi mengatasi keadaan itu.
Susu adalah minuman penuh berkrim yang dapat memberikan rasa ketenangan dan ia turut mengandungi khasiat, bukan?
Tetapi adakah susu untuk gastrik pilihan yang bijak?
Susu secara umumnya sedikit berasid, tetapi jumlahnya adalah kurang berbanding asid yang dihasilkan oleh perut secara semula jadi.
Susu sememangnya dikatakan dapat memberi kelegaan sementara kepada penghidap asid gastrik.
Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan bahawa susu akan merangsang pengeluaran asid. Ini sekali gus membuatkan anda berasa lebih sakit setelah kelegaan sementara itu.
Penyelidikan yang dilakukan pada 1976, melihat kandungan lemak pada kandungan susu dengan membandingkan susu penuh krim dan susu rendah lemak.
Kesemuanya meningkatkan rembesan asid. Terkejut bukan?
Bagaimana pula jika kandungan kalsium di dalam susu, adakah ia akan mendatangkan perbezaan?
Percubaan menggunakan susu rendah kalsium mendapati kurang asid dihasilkan. Tetapi ia melibatkan keadaan tertentu.
Terdapat satu kajian yang mengkaji keberkesanan susu ini. Ia melibatkan 10 individu sebagai peserta penyelidikan.
Setiap peserta dikosongkan perut mereka dan kemudian diberikan susu melalui tiub di hidung.
Selepas tempoh 60 minit, kandungan perut disedut kembali. Kemudian rembesan asid gastrik diukur setiap 5 minit.
Berdasarkan hasil keputusan, penyelidik mendapati bahawa minuman tenusu menyebabkan peningkatan asid gastrik selama 3 jam berikutnya.
Ini sekali gus dapat menjelaskan mengapa individu yang mempunyai gastrik akan mengalami kesakitan setelah minum susu.
Dan ia bukan hanya susu!
Ini kerana selain susu, kajian turut membuat perbandingan dengan kopi, teh serta minuman beralkohol dan kesemua jenis minuman itu didapati merangsang rembesan asid.
Minuman alkohol seperti bir dan susu dikatakan mempunyai kesan perembesan asid yang paling besar.
Ia sekali gus membuktikan bahawa pH minuman tidak langsung mempunyai kaitan untuk mempengaruhi pengeluaran asid.
Susu rendah lemak mengurangkan perembesan asid perut.
Walau bagaimanapun, keadaan seperti itu tidak berlaku kepada individu menghidap ulser duodenum kerana asid yang dihasilkan mereka lebih tinggi.
Bahan lain yang menjadi faktor adalah protein susu (kasein).
Jadi apabila keasidan rendah, susu tidak digalakkan diminum. Ia mesti diganti dengan produk tenusu, seperti kefir.
Susu untuk gastrik dengan keasidan tinggi boleh diminum dan diharuskan.
Ini kerana produk tersebut akan membantu menormalkan rembesan jus gastrik.
Semua bahan ini membantu memerangi gastrik dengan berkesan, kerana ia mempunyai kesan yang baik terhadap sistem pencernaan.
Pun begitu bagi individu yang mempunyai intoleransi tenusu, anda mungkin mendapati bahawa gejala gastrik cenderung berlaku semasa anda menggunakan produk tenusu tertentu terutamanya susu lembu.
Anda akan berisiko tinggi untuk mengalami gastrik, jika mempunyai intoleransi tenusu yang serius.
Walau bagaimanapun, anda boleh mengawalnya dengan mengambil produk tenusu daripada sumber soya atau bukan tenusu sebagai pengganti.
Doktor juga mungkin menyarankan pengambilan suplemen kalsium untuk mengurangkan risiko kehilangan jisim tulang.
Walaupun susu berfungsi melapisi lapisan perut untuk sementara waktu, menyekat asid dalam perut dan membuatkan anda berasa lebih baik, tetapi kelegaan itu adalah untuk sementara waktu.
Ia mungkin berlangsung hanya untuk 20 minit atau lebih!
Dengan kata lain susu mungkin mempunyai banyak faedah, tetapi melegakan kerengsaan perut bukanlah salah satu daripadanya.
Pun begitu, terdapat pilihan susu untuk gastrik. Anda disarankan membaca bahagian kandungan bahan sebelum membuat pilihan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen