Ia sering kali dikaitkan dengan masalah pada fungsi usus yang sangat bergantung kepada usia, aktiviti seharian dan situasi persekitaran.
Berikut adalah beberapa faktor risiko yang mengakibatkan kondisi ini:
- Diet rendah serat
- Diet tinggi lemak
- Dehidrasi
- Pengambilan ubatan tertentu
- Kehamilan
- Kelahiran
- Melancong
- Masalah kesihatan lain
Tabiat tidak sihat seperti menghisap rokok dan meminum alkohol juga dipercayai mampu merosakkan usus lantas menyebabkan kondisi ini.

Bagaimana cara mengatasi sembelit kronik?
Namun kalian tidak perlu terlalu risau kerana terdapat beberapa petua hilangkan sembelit yang boleh dicuba untuk mengatasinya.
#1. Minum air dengan cukup
Dehidrasi adalah antara punca utama kondisi ini terjadi ekoran tubuh badan kekurangan air untuk melembutkan dan melancarkan pergerakan najis.
Oleh itu, minum air dengan secukupnya sudah pasti boleh membantu.
#2. Makan serat dengan ideal
Serat adalah sebatian di dalam beberapa jenis makanan tertentu yang sangat membantu dalam memastikan usus sentiasa berfungsi dengan baik.
Oleh itu, makan serat dengan secukupnya untuk usus yang lebih sihat.
Cara mengatasi sembelit #3. Jangan tahan
Perbuatan ini tentu sahaja akan menjejaskan usus dan membuat tinja di dalamnya tersekat atau tersumbat lalu menyebabkan sembelit.
Disebabkan itu, jangan sesekali anda cuba untuk tahan daripada membuang air besar terutamanya dalam tempoh waktu yang terlalu lama.

#4. Bersenam dengan lebih kerap
Kelancaran pergerakan najis di dalam usus juga sebenarnya akan banyak dipengaruhi oleh pergerakan tubuh badan anda secara umumnya.
Cuba untuk tidak terlalu malas dengan hanya baring atau duduk sahaja dan bersenamlah dengan lebih kerap untuk kesihatan tubuh badan secara total.
Petua hilangkan sembelit #5. Julap
Sekiranya anda sudah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi sembelit namun tidak berhasil, julap mungkin adalah pilhan terakhir buat anda.
Julap boleh didapati di farmasi atau klinik namun kalian disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Paling penting dan utama, ubahlah gaya hidup anda dan berhenti daripada melakukan tabiat buruk seperti menghisap rokok dan meminum alkohol untuk tubuh badan yang lebih sihat dan kuat!