Ada yang mengatakan pengambilan pil perancang keluarga boleh menyebabkan wujudnya risiko kesihatan seperti embolisme pulmonari. Adakah ia benar?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Ada yang mengatakan pengambilan pil perancang keluarga boleh menyebabkan wujudnya risiko kesihatan seperti embolisme pulmonari. Adakah ia benar?
Dikatakan kombinasi pil kawalan kelahiran yang mengandungi hormon progestin drospirenone, boleh meningkatkan risiko untuk mengalami masalah embolisme pulmonari atau turut dikenali sebagai pembekuan darah di paru-paru.
Biasanya drospirenone akan digabungkan dengan etinil estradiol dan levomefolate dalam penghasilan pil perancang keluarga.
Di pasaran pada masa kini, terdapat pelbagai jenis kaedah kawalan kelahiran yang boleh menjadi pilihan dengan kebaikan dan keburukan yang tersendiri.
Dalam memilih kaedah perancangan keluarga yang betul, umumnya, tidak terdapat kaedah tepat untuk semua individu.
Namun, bantuan dan nasihat daripada doktor pastinya akan dapat membantu mencari kaedah yang bersesuaian dengan keperluan dan amalan gaya kehidupan anda.
Pastinya ramai yang tidak mengetahui apa yang dikatakan dengan embolisme pulmonari, kan?
Ia merupakan keadaan di mana berlaku pembekuan darah di salah satu arteri pada paru-paru. Selalunya ia disebabkan oleh trombosis urat dalam (deep vein thrombosis, DVT).
DVT adalah keadaan serius yang berlaku ketika gumpalan darah terbentuk pada urat jauh dalam tubuh (biasanya di kaki) dan bergerak ke paru-paru.
Apabila situasi tersebut terjadi, masalah pembekuan darah pada paru-paru boleh menyebabkan:
Adakah embolisme pulmonari keadaan yang berbahaya?
YA, ini kerana jika individu yang mengalami keadaan tersebut tidak menerima rawatan lebih awal dan dibiarkan berlanjutan, ia boleh mengancam nyawa.
Tetapi bagaimana keadaan ini boleh mempunyai kaitan dengan pengambilan pil perancang?
Jika anda sedang menggunakan pil kawalan kelahiran, usah bimbang. Ini kerana tidak semua jenis pil boleh meningkatkan risiko untuk masalah embolisme pulmonari.
Hanya pil yang mengandungi kombinasi hormon drospirenone sahaja yang berisiko tinggi untuk mewujudkan masalah kesihatan ini.
Seperkara yang perlu difahami adalah masalah pembekuan darah pada paru-paru ini merupakan kesan sampingan jarang untuk berlaku.
Walau bagaimanapun, terdapat faktor risiko lain pada individu tertentu yang mungkin akan meletakkan seseorang itu lebih terdedah untuk mengalaminya.
Berdasarkan pengumuman keselamatan daripada U.S Food and Drug Administration (FDA) mengatakan, risiko pembekuan darah ini lebih tinggi ketika menggunakan pil perancang keluarga.
Namun dipercayai, risiko untuk seseorang wanita mengalami embolisme pulmonari sepanjang kehamilan dan ketika proses kelahiran adalah lebih tinggi berbanding semasa pengambilan pil tersebut.
Pengambilan pil kawalan kelahiran dengan kandungan drospirenone bukanlah satu-satunya cara yang boleh meningkatkan risiko kepada masalah pembekuan darah pada paru-paru ini.
Terdapat juga penyebab lain yang boleh meningkatkan risiko seseorang individu untuk mengalaminya, termasuklah:
Sekiranya anda mempunyai faktor risiko di atas, berbincanglah dengan doktor sebelum pengambilan sebarang pil perancang keluarga yang mengandungi kombinasi drospirenone.
Bagi wanita yang berusia 35 tahun ke atas, anda disarankan untuk memilih menggunakan alat kontraseptif tanpa penggunaan hormon.
Anda juga harus berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
Bukan semua simptom di atas berkaitan dengan embolisme pulmonari.
Pun begitu, gejala yang dinyatakan adalah kesan sampingan yang boleh terjadi daripada pengambilan pil perancang.
Anda juga berkemungkinan untuk mengalami simptom lain yang dinyatakan kesan tindak balas tubuh kepada kombinasi hormon dalam pil kontraseptif tersebut.
Masalah pembekuan darah pada paru-paru boleh mempunyai gejala yang berbeza. Ia bergantung kepada:
Anda perlu melakukan rawatan perubatan segera jika mengalami gejala seperti berikut ketika pengambilan pil kontraseptif dengan gabungan hormon:
Mendapatkan rawatan awal adalah cara terbaik untuk bertahan dengan masalah embolisme pulmonari, jadi jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan jika rasa ada yang tidak kena dengan diri anda.
Tindakan tersebut mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda.
Sebelum memutuskan untuk mengambil sebarang kaedah kontraseptif, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui pilihan yang terbaik buat anda.
Ia boleh membantu anda untuk mengenal pasti sebarang faedah atau risiko berkaitan dengan pil perancang yang mungkin menjadi pilihan anda, sekali gus mengelakkan risiko untuk mengalami embolisme pulmonari.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen