backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

6

Tanya Doktor
Simpan

Ini 8 Petanda Anda Alami Gastrik Kronik (Gastritis), Ada Harapan Ke Untuk Sembuh?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/05/2022

    Ini 8 Petanda Anda Alami Gastrik Kronik (Gastritis), Ada Harapan Ke Untuk Sembuh?

    Ada sesetengah daripada kita yang mungkin mengalami masalah gastritis atau gastrik. Namun, bagi keadaan gastritis kronik, adakah ia boleh kembali sembuh?

    Adakah terdapat sebarang tip untuk elakkan masalah gastritis ini? Ini jawapan untuk anda.

    Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.

    Pengenalan ringkas berkenaan gastritis kronik

    Dalam perut kita, terdapat satu lapisan mukus pelindung yang disebut sebagai mukosa.

    Fungsinya adalah untuk melindungi perut daripada kesan asid perut yang kuat.

    Asid perut berperanan dalam mencerna dan menghadam makanan.

    Apabila terdapat sesuatu perkara yang melemahkan atau merosakkan lapisan mukosa ini, maka ia akan mengalami keradangan lalu menyebabkan gastritis.

    Apabila anda mengalami gastritis, maka anda mungkin akan mengalami beberapa simptom seperti sakit perut, perut kembung, loya serta ketidakhadaman makanan.

    gastritis kronik

    Apabila gastritis ini berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh masa tertentu, ia akan menjadi gastritis kronik.

    Apakah tanda yang menunjukkan bahawa anda mengalami gastritis yang teruk?

    Bagi mereka yang mengalami masalah gastritis yang kronik, ia biasanya tidak menunjukkan simptom secara khusus.

    Namun, ada beberapa tanda atau simptom yang mungkin menunjukkan anda mengalami masalah gastritis yang teruk iaitu:

  • Loya tekak
  • Muntah-muntah
  • Ketidakhadaman
  • Mengalami sakit perut
  • Mengalami kembung perut
  • Sering sendawa
  • Hilang selera makan
  • Penurunan berat badan
  • Apakah punca yang menyebabkan keadaan gastritis kronik?

    Bagi masalah gastritis yang kronik, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan ia berlaku.

    Antara punca tersebut ialah:

    Bolehkah masalah gastritis yang kronik ini sembuh?

    gastritis kronik

    Bagi masalah gastritis yang berpunca daripada bakteria H. pylori, ia boleh disembuhkan melalui penggunaan antibiotik.

    Manakala bagi masalah gastritis yang disebabkan oleh pengambilan minuman beralkohol, caranya adalah menghentikan pengambilannya.

    Namun, bagi mereka yang sudah lama mengalami gastritis kronik ini, berkemungkinan terdapat kerosakan kekal pada dinding perut bahagian dalam. 

    Adakah masalah gastritis yang teruk ini dianggap berbahaya?

    Gastritis yang kronik bukanlah satu keadaan yang berbahaya.

    Namun, jika ia berlaku dalam tempoh masa yang lama, ia boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain.

    Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah seperti kemunculan ulser dalam perut, mengalami anemia, pertumbuhan polip atau tumor yang bukan kanser serta risiko mendapat kanser perut.

    Ini cara untuk elakkan diri daripada mendapat masalah gastritis yang kronik

    gastritis kronik

    Terdapat beberapa kaedah atau cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko gastritis kronik mendapat masalah ini.

    Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah:

  • Cuci tangan anda dengan bersih terutamanya sebelum menyentuh makanan. Bakteria H. pylori amat mudah menjangkiti dan memasuki perut anda jika kebersihan diri diabaikan.
  • Hentikan pengambilan minuman beralkohol dengan serta-merta. Pengambilan minuman beralkohol dengan kerap boleh merosakkan lapisan mukosa pelindung dalam perut anda.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak, berasid dan juga pedas.
  • Uruskan stres dan tekanan yang dialami dengan baik.
  • Elakkan makanan yang tinggi dengan kandungan garam.
  • Elakkan makanan yang diproses seperti nuget, daging burger, dan juga sosej.
  • Banyakkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Amalkan memakan makanan yang tinggi dengan probiotik seperti kimchi dan yogurt.
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat.
  • Elakkan berbaring dalam tempoh dua hingga tiga jam selepas waktu makan.
  • Jangan melangkau waktu makan
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan