backup og meta

Muntah Lepas Makan? Anda Mungkin Keracunan Makanan! Ini Punca & Rawatannya

Muntah Lepas Makan? Anda Mungkin Keracunan Makanan! Ini Punca & Rawatannya

Apakah punca keracunan makanan yang paling biasa terjadi, ya? Adakah terdapat risiko komplikasi jika keadaan ini tidak dirawat?

Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui punca dan ubat keracunan makanan yang sesuai untuk diambil.

Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.

Fahami punca keracunan makanan

Keracunan makanan adalah penyakit kesan memakan sesuatu yang tercemar.

Dalam kebanyakan kes keracunan makanan disebabkan makanan tercemar oleh bakteria, seperti salmonella atau escherichia coli (e.coli) atau virus tidak berbahaya, contohnya norovirus.

Biasanya, bakteria (kuman) pada makanan adalah pelakunya, tetapi kadang-kadang bahan kimia, virus atau parasit juga boleh menjadi puncanya.

Jika ini yang berlaku, masalah keracunan makanan boleh pulih dalam beberapa hari tanpa rawatan

Tetapi bagi kes berisiko jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan utama yang memerlukan rawatan di hospital.

Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami sakit perut dan muntah-muntah selepas makan.
Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami sakit perut dan muntah-muntah selepas makan.

Risiko terdedah kepada punca keracunan makanan

Dianggarkan penyakit bawaan makanan ini berpunca daripada 31 agen, termasuk bakteria, virus, parasit, racun dan bahan kimia.

Sebanyak 600 juta individu di seluruh dunia atau kira-kira 1 daripada 10 orang akan jatuh sakit setiap tahun kerana memakan makanan yang tercemar.

5 kuman teratas yang menyebabkan pencemaran dan punca keracunan makanan ialah:

  • Norovirus
  • Salmonella
  • Clostridium perfringens
  • Campylobacter
  • Aspergillus aureus (staph)

Punca keracunan makanan: Bagaimana ia berlaku?

Penyakit bawaan makanan ini boleh berlaku apabila anda:

  • Memakan makanan tidak dimasak dengan betul atau mentah, terutamanya daging
  • Makan makanan yang telah disentuh individu sakit atau mengalami cirit-birit dan muntah
  • Menyimpan makanan dengan cara yang tidak betul
  • Membiarkan makanan di dalam peti sejuk terdedah untuk jangka masa yang lama
  • Menyentuh permukaan yang bersentuhan dengan najis, air liur, atau muntah seseorang yang dijangkiti virus

Gejala keracunan makanan boleh muncul antara 30 minit hingga tiga minggu setelah memakan makanan yang dicemari. Kebanyakan kes berlaku dalam tempoh satu atau dua hari pertama.

Risiko komplikasi

Kesan sampingan keracunan makanan yang paling biasa adalah dehidrasi, iaitu kehilangan air yang teruk dan garam serta mineral penting. 

Petunjuk dehidrasi termasuk kurang atau langsung tidak kencing, mulut dan tekak yang sangat kering serta merasa pening semasa berdiri.

Bagi individu dewasa dalam keadaan sihat dan boleh minum secukupnya, masalah dehidrasi tidak akan berlaku.

Jika dibiarkan tanpa rawatan yang betul, terdapat risiko komplikasi daripada punca keracunan makanan seperti:

  • Demam tinggi (diukur di mulut > 38.9 °C)
  • Cirit-birit berdarah
  • Muntah dengan kerap
  • Menghadapi masalah menelan cecair (yang boleh menyebabkan dehidrasi)

Keracunan makanan boleh menyebabkan masalah kesihatan utama dan kesan jangka panjang:

  • Artritis berterusan
  • Kerosakan saraf dan otak
  • Kegagalan buah pinggang disebabkan oleh Sindrom Uremik Hemolitik (HUS)

Peluang sembuh daripada punca keracunan makanan

Air putih membantu untuk menghilangkan sakit perut.
Air putih membantu untuk menghilangkan sakit perut.

Keracunan makanan dapat diatasi dengan menggantikan cecair dan elektrolit yang hilang untuk mencegah dehidrasi.

Untuk beberapa keadaan, ubat-ubatan tanpa preskripsi dapat membantu meredakan gejala anda. 

Biasanya pesakit dengan keracunan makanan pulih sendiri tanpa rawatan perubatan dalam tempoh 4 hingga 7 hari.

Untuk individu yang sihat, keracunan makanan biasanya mereda dalam  tempoh 12 hingga 48 jam. 

Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan bagi setiap individu adalah berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor.

Bagi kes yang teruk atau pesakit berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita hamil dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah cenderung mengalami kes bawaan makanan yang serius. 

Berita baiknya, keadaan tersebut boleh dirawat dengan pemberian antibiotik.

Petua & ubat keracunan makanan

Dalam kebanyakan kes, satu-satunya terapi yang disarankan adalah rehat dan pengambilan cecair.

Petua lain untuk merawat penyakit bawaan makanan:

  • Makan apabila lapar, bermula dengan makanan ringan dan sederhana yang rendah lemak seperti roti bakar, kraker beras dan pisang adalah pilihan yang baik 
  • Elakkan pengambilan alkohol, kopi, minuman bersoda, makanan pedas dan makanan berlemak kerana ia boleh memburukkan lagi gejala anda

Anda mungkin akan merasa lebih baik jika tidak makan atau minum selama beberapa jam jika mengalami gejala dehidrasi atau cirit-birit yang teruk. Ini adalah cara lain untuk membantu tubuh pulih daripada keracunan makanan.

Anda boleh cuba menghisap ketulan air atau minum sedikit air seperti minum air soda, sup, atau minuman sukan tanpa kafein bagi menghindari dehidrasi.

Langkah mencegah keracunan makanan.
Langkah mencegah keracunan makanan.

Ubat keracunan makanan

Apakah ubat keracunan makanan yang paling berkesan untuk menyembuhkan keadaan ini?

Untuk kes yang jarang berlaku, individu dewasa dapat merawat cirit-birit yang disebabkan oleh keracunan makanan menggunakan ubat tanpa preskripsi termasuk loperamide (imodium) dan subsalicylate bismuth (pepto-bismol, kaopectate).

Bagi merawat kesakitan dan demam ringan, ubat yang boleh diambil adalah seperti asetaminofen (Tylenol) dan ibuprofen (advil).

Akhir kata

Lakukan pemeriksaan doktor jika anda mengesyaki diri mengalami keracunan makanan. 

Sebaik-baiknya, laporkan keadaan anda kepada majlis tempatan atau jabatan kesihatan supaya penyebabnya dapat diteliti. 

Ini sangat penting jika mengesyaki penyakit itu berlaku selepas anda makan di restoran atau kafe atau membeli makanan dari kedai makan.

Mengalami keracunan makanan sememangnya tidak menyelesakan. Tetapi dengan beberapa petua di atas, anda boleh merawat keracunan makanan di rumah dengan berkesan. 

Sekiranya simptom yang dialami semakin teruk walaupun selepas mencuba petua dicadangkan, dapatkan rawatan perubatan segera bagi mengelakkan komplikasi tidak diingini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Food poisoning. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/food-poisoning#, Accessed on Oct 9, 2022
  2. Food poisoning. https://www.preston.gov.uk/media/237/Food-poisoning/pdf/Food-Poisoning.pdf?m=636911017451270000, Accessed on Oct 9, 2022
  3. Food poisoning. https://www.foodsafety.gov/food-poisoning, Accessed on Oct 9, 2022 
  4. Foodborne Germs and Illnesses. https://www.cdc.gov/foodsafety/foodborne-germs.html, Accessed on Oct 9, 2022
  5. WHO’s first ever global estimates of foodborne diseases find children under 5 account for almost one third of deaths. https://www.who.int/news/item/03-12-2015-who-s-first-ever-global-estimates-of-foodborne-diseases-find-children-under-5-account-for-almost-one-third-of-deaths, Accessed on Oct 9, 2022
  6. Food Poisoning. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/food-poisoning , Accessed on Oct 9, 2022Food Poisoning Symptoms. https://www.cdc.gov/foodsafety/symptoms.html, Accessed on Oct 9, 2022 
  7. Food Poisoning. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21167-food-poisoning, Accessed on Oct 9, 2022 
  8. Food poisoning. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/food-poisoning/symptoms-causes/syc-20356230, Accessed on Oct 9, 2022
  9. Treatment for Food Poisoning. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/food-poisoning/treatment, Accessed on Oct 9, 2022
  10. How Long Food Poisoning Lasts and What To Do About It. https://health.clevelandclinic.org/food-poisoning-how-long-it-lasts-what-to-do-when-youve-eaten-something-bad/, Accessed on Oct 9, 2022
  11. Food poisoning – prevention. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/food-poisoning-prevention, Accessed on Oct 9, 2022 

 

Versi Terbaru

24/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Jangkitan Escherichia Coli

Anisakiasis: Jangkitan Cacing Parasit daripada Makanan Laut


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan