Bagaimana Hadapi Kehilangan Orang Tersayang?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kejutan dan kesedihan yang dialami selepas kehilangan seseorang adalah sangat berat. Kehilangan seorang kawan atau orang yang anda cintai sememangnya tidak mudah. Anda mula berubah dengan kehilangan yang berlaku, tetapi anda mesti belajar untuk bertahan, dan menjadi lebih matang.

Kesedihan adalah sebahagian reaksi emosi yang sihat dan normal yang berlaku apabila anda kehilangan seseorang atau sesuatu yang penting. Perasaan itu mungkin berlaku secara berperingkat . Doktor sudah mengenalpasti  5 fasa kesedihan; Penafian-Kemarahan-Rundingan-Kemurungan-Penerimaan. Setiap orang melalui fasa-fasa ini dengan cara masing-masing. Perkara yang mengingatkan anda kepada kehilangan tersebut seperti hari ulang tahun perkahwinan, kematian atau lagu kegemaran boleh menimbulkan kembali rasa sedih.

Setiap orang mengawal emosi dan perasaan dengan cara berbeza. Perasaan anda adalah unik. Berikut adalah cadangn untuk menyembuhkan luka di hati dengan cara yang sihat

  • Mencari sokongan. Ia sangat penting untuk anda tahu bahawa adanya orang yang sentiasa di sisi sewaktu anda memerlukan sokongan. Ianya sangat membantu apabila anda bercakap dengan kawan, ahli keluarga, kaunselor atau profesional perubatan. Kumpulan sokongan juga satu cadangan yang bagus kerana setiap orang boleh mengaitkan apa yang anda rasa dalam bentuk yang pelbagai.
  • Bersabar. Proses penyembuhan sememangnya mengambil masa . Memang susah untuk membuat keputusan sewaktu anda kehilangan seseorang. Sebaiknya tangguhkan dulu keputusan penting yang perlu dibuat sehinggalah anda benar-benar bersedia.
  • Sedar diri. Hayati setiap detik yang datang, supaya anda boleh menerima kebenaran yang pahit dan mampu untuk memberi respon yang membantu diri anda sendiri.Teknik bertafakur seperti mengambil nafas dalam-dalam boleh membantu anda untuk sedar diri dan melahirkan emosi dengan baik tanpa berlebih-lebih.
  • Lahirkan perasaan anda. Mengakui  apa yang anda alami sememangnya banyak membantu, anda boleh memilih untuk menceritakan pada orang lain apa yang anda rasa atau mengiktirafnya secara peribadi sahaja.
  • Benarkan diri anda untuk bergembira.. Gelak tawa adalah penawar, tapi tidak salah untuk anda menangis. Cubalah sertai sebanyak mungkin aktiviti sosial.
  • Jaga diri anda.. Amalkan rutin hidup yang sihat, makan sebaik mungkin. Bersenam jika mampu. Elakkan alkohol dan dadah lain kerana semua itu hanya menyusahkan lagi anda untuk melepaskan kesedihan di dalam hati.

Kesedihan selepas kehilangan seseorang ibarat ‘rollercoaster’ , terkadang naik dan terkadang turun. Anda tidak akan pernah dapat melupakan kehilangan yang anda alami, tetapi seiring dengan masa, luka itu akan sembuh. Terdapat banyak cara yang sihat untuk anda berhadapan dengan kehilangan. Sekiranya kesedihan yang anda alami sukar untuk dilupakan, carilah bantuan profesional.  

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Normal Ke Jika Saya Selalu Mengingati Mati? Ini 3 Kesan Yang Perlu Diketahui

    Anda mungkin kadangkala terfikir mengenai kematian. Namun, adakah mengingati mati dengan kerap merupakan satu perkara yang normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 07/04/2020 . 3 minit bacaan

    Bateri Dalam Alat Elektronik Boleh Jadi Punca Kematian Kanak-kanak, NHS

    Tahukah anda bahawa bateri dalam alat elektronik sangat bahaya jika kanak-kanak tertelannya sehingga boleh membawa maut? Sila ikuti artikel.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Kesihatan Anak, Kesihatan Anak Lain 02/01/2020 . 4 minit bacaan

    Musim Flu Tiba Awal Di Negara-Negara Barat

    Jumlah kematian yang luar biasa ini cukup merisaukan kerana ia menandakan musim flu telah tiba lebih awal daripada sepatutnya. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Jangkitan Virus Lain, Penyakit Berjangkit 18/12/2019 . 4 minit bacaan

    Betul Ke Limau Nipis Ubat Kencing Manis Atau Ia Hanya Mitos Semata-Mata?

    “Limau nipis ubat kencing manis?” Betulkah terdapat khasiat limau kasturi untuk kencing manis? Jom kita bongkarkan kebenarannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 2, Kencing Manis 16/12/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bayi pramatang 6 bulan

    Mama, Ini Risiko Bayi Lahir Minggu Ke-36, Paling Bahaya Boleh Akibatkan MAUT

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan
    tidur berlebihan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    ibu-bapa-5-tip-penjagaan-kesihatan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    tamatkan-perintah-berkurung-terlalu-awal

    Gara-gara Tamat Awal Perintah Berkurung, Jepun & Kanada Kembali DISERANG COVID-19, Malaysia Bagaimana?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/05/2020 . 2 minit bacaan