backup og meta

Penggunaan Antibiotik Dalam Pengeluaran Daging Membahayakan Manusia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 30/11/2021

    Penggunaan Antibiotik Dalam Pengeluaran Daging Membahayakan Manusia

    Industri pengeluaran haiwan dan ayam mengalami perubahan dramatik bermula sekitar tahun 1950. Industri ini berkembang pesat disebabkan oleh keupayaan meningkatkan pengeluaran haiwan secara bilangan dan berat fizikalnya.

    Penggunaan antibiotik tambahan memberi tindak balas yang baik dalam meningkatkan pertumbuhan dan kecekapan pengeluaran makanan lantas memesatkan lagi industri ternakan. Dikatakan bahawa penggunaan antibiotik tambahan berasaskan makanan adalah sebahagian daripada revolusi dalam teknologi pengeluaran haiwan ini.

    Dianggarkan, pada masa tersebut, 40 peratus daripada antibiotik yang dihasilkan digunakan untuk bahan tambahan makanan. Daripada jumlah tersebut, 0.5 juta kg digunakan dalam industri lembu, 1.0 juta kg dalam industri ayam, 1.4 juta kg industri khinzir, dan 0.4 juta kg kepada haiwan lain seperti haiwan peliharaan.

    Amaran membimbangkan mengenai rintangan antibiotik

    Dalam artikel World Economic Forum, salah satu bank terbesar di dunia telah mengeluarkan amaran mengerikan mengenai masa depan keselamatan makanan. Menurut pasukan penyelidik global di HSBC, penggunaan antibiotik dalam pengeluaran daging boleh menyebabkan akibat yang dasyat terhadap manusia.

    Apabila petani memberikan antibiotik kepada haiwan ternakannya, ia akan mencipta rintangan  antibiotik bakteria, yang mana boleh menyebabkan rintangan antibiotik “superbugs” terhadap manusia. Dari semasa ke semasa, ia boleh mengakibatkan kesukaran merawat jangkitan biasa seperti strep throat.

    Pakar saintifik kini meramalkan bahawa rintangan antibiotik boleh menyebabkan 10 juta kematian setiap tahun menjelang 2050, melebihi kanser sebagai salah satu bentuk kematian yang paling biasa di seluruh dunia.

    Sumber: World Economic Forum

    Walaupun perkara ini turut berkaitan dengan pengambilan antibiotik yang disyorkan oleh doktor, ia juga berkait dengan antibiotik yang diberi makan kepada sumber hasil utama seperti ayam, lembu, dan khinzir. Menurut laporan itu, lebih daripada separuh antibiotik global digunakan dalam bidang penternakan berbanding perubatan.

    Walaupun China menyumbang 60% daripada antibiotik penternakan dunia, AS juga menggunakan antibiotik dalam sekitar 70% produk penternakannya.

    Kebanyakan antibiotik ini digunakan dalam pengeluaran daging, yang telah meningkat sebanyak 90% per kapita di seluruh dunia sejak 1960-an. Pada bulan Jun, analisis lebih daripada 47,000 ujian makmal kerajaan AS menemui peningkatan jumlah daging khinzir dan daging lembu yang tercemar bakteria rintangan antibiotik.

    Menurut HSBC, ini mempunyai kesan yang ketara ke atas restoran, pengeluar daging, dan peruncit makanan yang menjalankan perniagaan. Pada 2015, pemproses daging AS berikrar untuk menghentikan penggunaan antibiotik manusia dalam operasi ayam AS. Dua tahun kemudian, McDonald berikrar untuk menghapuskan HPCIAs – antibiotik yang sangat penting untuk ubat manusia di dalam ayam dagingnya menjelang 2027.

    Tetapi tidak semua syarikat mengambil tindakan sama. Laporan itu mendapati bahawa banyak pengeluar tenusu dan daging di Asia dan Amerika mempunyai insentif ekonomi untuk meneruskan penggunaan antibiotik yang tinggi. Dalam banyak kes, antibiotik membolehkan mereka menghasilkan daging lebih cepat dan menangkis penyakit terutamanya dalam keadaan penternakan yang penuh sesak atau tidak bersih.

    Keuntungan kewangan ini tidak lama lagi akan menjadi tidak relevan, kata amaran pengkaji, kerana rintangan antibiotik menimbulkan ancaman yang semakin meningkat terhadap manusia.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 30/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan