Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan Escherichia Coli?
Terdapat banyak faktor risiko bagi jangkitan Escherichia Coli, seperti:
- Kanak-kanak kecil dan orang dewasa yang lebih tua berisiko tinggi untuk mengalami penyakit yang disebabkan oleh E. Coli dan komplikasi serius daripada jangkitan tersebut.
- Sistem imun yang lemah. Orang yang mempunyai sistem imun lemah – daripada AIDS atau ubat yang merawat kanser mahupun mencegah penolakan pemindahan organ – lebih cenderung untuk sakit kesan daripada termakan E. Coli.
- Memakan jenis makanan tertentu. Makanan-makanan yang berisiko termasuklah hamburger kurang masak, susu yang tidak dipasteurisasi, jus epal atau cider; dan keju lembut diperbuat daripada susu mentah.
- Musim.
- Paras asid perut rendah. Asid perut memberi beberapa perlindungan daripada E. Coli. Sekiranya anda mengambil ubatan untuk mengurangkan paras asid perut, seperti esomeprazole (Nexium), pantoprazole (Protonix), lansoprazole (Prevacid) dan omeprazole (Prilosec), anda mungkin meningkatkan risiko mendapat jangkitan E. Coli.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Jangkitan Escherichia Coli didiagnosis?
Untuk mendiagnos penyakit disebabkan oleh jangkitan E. Coli, doktor akan menghantar sampel najis anda ke makmal untuk menguji kehadiran bakteria E. Coli. Bakteria ini mungkin dikulturkan bagi mengesahkan diagnosis dan mengenal pasti toksin yang spesifik, seperti yang dihasilkan oleh E. Coli O157:H7.
Bagaimana pesakit Jangkitan Escherichia Coli dirawat?
Bagi penyakit disebabkan oleh E. Coli, tiada rawatan terkini boleh menyembuhkan jangkitan ini, melegakan simptom mahupun mencegah komplikasi. Bagi kebanyakan orang, rawatan termasuk:
- Rehat.
- Cecair bagi membantu mencegah dehidrasi dan kelesuan.
Elakkan pengambilan ubatan anti-cirit birit – hal ini memperlahankan sistem penghadaman anda, menghalang badan anda daripada menyingkirkan toksin. Antibiotik umumnya tidak disyorkan kerana mereka boleh meningkatkan risiko komplikasi yang serius.
Sekiranya anda mempunyai jangkitan E. Coli yang serius, yang menyebabkan sindrom uremik-hemolitik, anda akan dirawat di hospital dan diberi rawatan sokongan, termasuk cecair IV, pemindahan darah dan dialisis buah pinggang.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan Escherichia Coli?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi jangkitan Escherichia Coli:
- Air jernih. Meminum banyak air jernih, termasuk air, soda dan sup, gelatin serta jus yang jernih. Elakkan jus epal dan pear, kafein serta alkohol.
- Tambah makanan secara berperingkat-peringkat. Apabila anda mula berasa lebih baik, kekalkan dahulu pada makanan serat rendah. Cuba kraker soda, roti bakar, telur atau nasi.
- Elakkan makanan tertentu. Produk tenusu, makanan berlemak, makanan serat tinggi atau makanan yang sangat berperisa boleh membuatkan simptom menjadi lebih teruk.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen