backup og meta

Batuk Lama Jangan Buat Tak Tahu, Ini Fakta Penting Tibi Susulan Kes di Kota Tinggi, Johor!

Gejala tibi merangkumi batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam berulang, berpeluh waktu malam dan penurunan berat badan tanpa sebab. Simptom ini mudah diabaikan walaupun penyakit tibi boleh berjangkit. Susulan pengesanan satu kluster tibi di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini, memahami tanda awal ini menjadi semakin penting.

Batuk Lama Jangan Buat Tak Tahu, Ini Fakta Penting Tibi Susulan Kes di Kota Tinggi, Johor!

Pengesanan kluster ini membuka semula perbincangan tentang bagaimana tibi merebak dan langkah pencegahan yang perlu diambil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.

Laporan kes kluster tibi di Kota Tinggi, Johor!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kluster tibi di Kota Tinggi, Johor telah dikenal pasti bermula 25 Januari lalu, dengan 33 kes positif dikesan hasil daripada saringan ke atas 804 kontak rapat setakat 4 Februari 2026.

Berikut ialah maklumat utama berkaitan kluster ini:

  • Sebanyak 804 individu disaring sebagai kontak rapat, dan 33 kes tibi positif disahkan
  • Semua pesakit positif telah menerima rawatan dan dipantau rapi oleh pihak KKM
  • Satu kematian dilaporkan dalam kluster tersebut, tetapi bukan disebabkan oleh jangkitan tibi
  • Pasukan KKM berada di lapangan dan melakukan Active Case Detection untuk membendung penularan
  • Penduduk yang mengalami simptom seperti batuk berpanjangan, demam atau berpeluh malam diminta segera menjalani saringan kesihatan

Maklumat lanjut mengenai kluster ini akan membantu pembaca memahami situasi semasa sebelum kita kupas lebih mendalam tentang gejala, punca dan rawatan penyakit tibi.

Kenapa boleh kena TB?

Kenapa boleh kena TB?

Antara sebab utama berlakunya penyebaran jangkitan tibi ialah:

  • Menghidu titisan udara daripada individu dijangkiti
  • Tinggal atau bekerja dalam ruang tertutup dan sesak
  • Sistem imun yang lemah

Individu yang tidak menyedari gejala tibi juga boleh menyebarkan bakteria tanpa disedari, terutama jika batuk berpanjangan.

Punca penyakit tibi

gejala tibi
Gambaran bakteria Mycobacterium tuberculosis.

Untuk memahami penularan, penting untuk kita mengetahui punca penyakit tibi.

Tibi disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang:

  • Menyerang paru-paru (paling kerap)
  • Boleh menjangkiti organ lain seperti tulang dan otak
  • Merebak melalui udara ketika batuk atau bersin

Tanpa rawatan awal, gejala tibi boleh menjadi semakin teruk dan meningkatkan risiko komplikasi.

Adakah penyakit tibi berbahaya?

Jawapan ringkas bagi soalan adakah penyakit tibi berbahaya ialah ya, jika tidak dirawat.

Risiko termasuk:

  • Kerosakan paru-paru
  • Penyebaran ke organ lain
  • Kematian dalam kes teruk

Namun, dengan pengesanan awal gejala tibi dan rawatan yang betul, kebanyakan pesakit boleh pulih sepenuhnya.

Adakah penyakit tibi boleh berulang?

gejala tibi
Batuk berpanjangan adalah gejala biasa tibi.

Adakah penyakit tibi boleh berulang? Ya, ia boleh berlaku dalam situasi tertentu.

Antaranya:

  • Rawatan tidak dihabiskan
  • Jangkitan semula daripada individu lain
  • Sistem imun yang lemah

Oleh itu, pemantauan selepas rawatan dan kesedaran terhadap gejala tibi yang berulang sangat penting.

Adakah TB boleh sembuh?

Adakah TB boleh sembuh sering menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Jawapannya:

  • Ya, TB boleh sembuh sepenuhnya
  • Rawatan biasanya mengambil masa 6 hingga 9 bulan
  • Ubat mesti diambil mengikut jadual tanpa gagal

Rawatan yang konsisten membantu menghapuskan bakteria dan mencegah komplikasi serta penularan lanjut.

Apa yang perlu dilakukan jika ada gejala tibi?

Jika mengalami gejala tibi seperti batuk lebih dua minggu, demam berpanjangan, berpeluh malam atau susut berat badan tanpa sebab, tindakan segera diperlukan.

Langkah yang disarankan:

  • Dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital
  • Elakkan kontak rapat buat sementara waktu
  • Ikut rawatan dan nasihat kesihatan awam sepenuhnya

Tindakan awal bukan sahaja melindungi diri, tetapi juga orang sekeliling.

gejala tibi
Antara punca-punca batuk berdarah.

Kesimpulan

Kejadian kluster tibi di Kota Tinggi menjadi peringatan bahawa penyakit berjangkit masih wujud dalam komuniti. 

Berpandukan kesedaran, pengesanan awal dan rawatan yang betul, penularan tibi boleh dikawal.

Keprihatinan terhadap kesihatan diri adalah langkah paling berkesan melindungi masyarakat secara keseluruhan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Epidemiology of Tuberculosis in Malaysia and Associated Risk Factors. https://repository.nih.gov.my/entities/publication/07a14b9b-b50d-49a6-b258-71614d1faea3. Diakses pada Februari 9, 2026. 

Fadzil, F. A., Ramli, S. R., & Neoh, H. (2025). Tuberculosis in Malaysia: Disease timeline, epidemiology, control initiatives and outlook. The Malaysian journal of pathology, 47(1), 13–23. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/40302472/. Diakses pada Februari 9, 2026.

Tuberculosis (TB). https://www.cdc.gov/tb/index.html. Diakses pada Februari 9, 2026.

Tuberculosis. https://www.who.int/health-topics/tuberculosis#tab=tab_1. Diakses pada Februari 9, 2026.

Tuberculosis. https://www.cda.gov.sg/public/diseases/tuberculosis/. Diakses pada Februari 9, 2026.

Versi Terbaru

09/02/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ujian Baru TB Boleh Menyelamatkan Beratus Ribu Kanak-kanak

Anak Kecil Lebih Mudah Dapat Sakit TB? Ini Beza Serangan TB Untuk Kanak-kanak & Orang Dewasa


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan