Cirit-birit adalah penyakit yang biasa dialami oleh setiap individu. Ia boleh berlaku beberapa kali dalam hidup seseorang dan yang pasti perkara ini tidak akan menjadi pengalaman yang menyenangkan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Cirit-birit adalah penyakit yang biasa dialami oleh setiap individu. Ia boleh berlaku beberapa kali dalam hidup seseorang dan yang pasti perkara ini tidak akan menjadi pengalaman yang menyenangkan.
Dalam kebanyakan kes, ia akan berlangsung selama beberapa hari. Namun, cirit-birit yang berlanjutan selama berminggu-minggu dapat menunjukkan masalah kesihatan yang serius, yang memerlukan perhatian perubatan.
Jadi, amat penting untuk anda mengetahui tanda-tanda cirit-birit pada orang dewasa dan kanak-kanak, serta bila anda perlu untuk berjumpa doktor.
Perlu diingat, sebahagian besar kes cirit-birit hilang tanpa rawatan. Namun, cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi, yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Dehidrasi amat berbahaya terutamanya pada kanak-kanak, orang dewasa yang lebih tua dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Sebilangan besar kes cirit-birit adalah disebabkan oleh virus yang menjangkiti usus anda, juga dikenali sebagai stomach flu.
Ini boleh terjadi akibat makanan yang tercemar atau daripada kuman yang disebabkan oleh tangan yang tidak dicuci bersih.
Pakar mengatakan bahawa makanan akan terkontaminasi ketika bersentuhan dengan kotoran sama ada ia daripada proses penuaian atau pemupukan.
Anda juga boleh mendapatkannya daripada kontak fizikal dengan permukaan atau binatang yang mungkin tercemar.
Selain jangkitan, anda juga boleh mengalami cirit-birit akibat kesan sampingan daripada keadaan pencernaan yang kronik seperti penyakit Crohn, sindrom iritasi usus mahupun kolitis ulseratif.
Ia juga boleh disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol, alergi, ubat-ubatan atau masalah dengan tiroid anda.
Harus anda ketahui bahawa cirit-birit tidak seharusnya berlanjutan lebih daripada beberapa hari.
Sekiranya anda kerap keluar masuk ke bilik air kerana cirit-birit, anda mungkin tertanya-tanya apa yang menyebabkan masalah ini dan bilakah masanya untuk meminta bantuan doktor.
Menurut Ahli Gastroenterologi, Seth Kaufer, terdapat pelbagai kemungkinan terjadinya cirit-birit.
Masalah ini secara umumnya hanya akan berlanjutan dalam beberapa hari.
Tetapi jika terjadi lebih lama atau anda mula menyedari gejala yang lebih teruk, ia mungkin merupakan petanda bahawa anda harus bertemu dengan doktor.
Ini perkara yang perlu anda ketahui mengenai kemungkinan penyebab masalah ini boleh berlaku, dan bilakah masa yang sesuai harus anda berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.
Walaupun serangan cirit-birit kadangkala merupakan perkara yang biasa dan tidak membimbangkan, namun ia boleh menjadi berbahaya jika menyebabkan dehidrasi yang teruk.
Ia juga dapat menandakan bahawa anda mungkin mempunyai jangkitan atau masalah kesihatan yang lebih serius.
Jika bayi dan anak kecil anda mempunyai simptom-simptom ini, harus segera dibawa ke doktor sekiranya mereka mengalami gejala cirit-birit yang berlangsung lebih daripada 24 jam.
Orang dewasa yang lebih tua dan orang yang mempunyai sistem imun tubuh yang rendah juga harus mendapatkan rawatan perubatan jika mereka mengalaminya.
Kadang-kadang ia iakibatkan oleh jangkitan bakteria, yang sering kali lebih serius daripada jangkitan virus dan memerlukan rawatan antibiotik.
Jenis jangkitan bakteria yang biasa termasuklah Escherichia coli (E. coli) dan salmonella.
Bagi mengenali gejala yang lebih serius pula, tanda-tandanya termasuklah
Doktor anda mungkin mengarahkan anda untuk mengambil ujian darah atau najis bagi mengenal pasti punca gejala tersebut, dan mungkin mengesyorkan prosedur kolonoskopi dalam kes yang teruk.
Pakar turut menjelaskan bahawa rawatan antibiotik adalah yang paling sering digunakan untuk membersihkan infeksi.
Namun, doktor anda mungkin mengesyorkan rawatan penggantian cecair atau pengubahsuaian terhadap ubat-ubatan yang mungkin menyebabkan masalah itu.
Jadi, bagi mengelakkan anda menerima kesan akibat cirit-birit yang teruk, segeralah berkunjung ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen