1. Minum air putih sebelum makan
Sebelum mula makan, disarankan untuk minum air putih sekurang-kurangnya satu atau dua gelas atau memakan buah-buahan. Air putih dan buah dapat menjaga serta menahan keinginan badan untuk makan secara berlebihan. Ini kerana kandungan serat daripada buah serta kandungan air yang ada membuatkan perut anda terisi sedikit.
2. Makan mengikut waktu
Kebiasaannya semasa hari raya, amalan kunjung-mengunjungi rumah saudara mara dan rakan tidak mengira waktu dan sudah pasti anda akan dihidangkan dengan pelbagai makanan. Jadi, elakkan makan makanan berat sekiranya waktu tersebut bukan masa pengambilan makanan berat. Anda boleh makan biskut atau kuih/kek yang disediakan.
3. Jangan ambil dalam kuantiti yang banyak
Disiplinkan diri dengan aturan masa pemakanan sangat bagus, tetapi anda juga perlu pastikan saiz hidangan yang anda ambil semasa hari raya tidak terlalu banyak. Walaupun terdapat pelbagai hidangan yang disediakan, pastikan anda tidak mengambil semuanya dalam satu pinggang dan memakannya sekaligus. Sebaliknya jika anda sangat inginkannya berhenti seketika sebelum meneruskan hidangan seterusnya bagi memberi masa untuk tubuh anda mencerna makanan terlebih dahulu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen