Penghalang saluran kalsium dapat membantu melegakan otot-otot saluran darah dengan mengurangkan jumlah kalsium yang memasuki otot-otot lembut di dinding saluran darah dan otot jantung. Terdapat dua kategori utama penghalang saluran kalsium: Dihydropyridines (termasuk amlodipine, felodipine, isradipine, nicardipine, nifedipine, dan nisoldipine) dan Non-dihydropyridines (yang termasuk diltiazem dan verapamil). Harus diingati bahawa jus limau gedang boleh berinteraksi dengan beberapa penyekat saluran kalsium, yang boleh meningkatkan paras darah dan membuat anda terdedah kepada risiko kesan sampingan yang lebih tinggi.
Ubat-ubatan 5: Penyekat beta (beta blockers)
Penyekat beta membantu mengurangkan beban jantung dan membuka saluran darah, yang membolehkan jantung berdegup dengan lebih perlahan dan kurang daya. Penyekat beta yang ada termasuklah acebutolol, atenolol, betaxolol, bisoprolol, metoprolol, nadolol, nebivolol, pindolol, propranolol, dan timolol. Walau bagaimanapun, kesan sampingan penyekat beta termasuklah simptom-simptom asma yang semakin teruk, penyakit paru-paru lain, atau penyakit saluran darah di luar jantung. Oleh itu, ubatan ini tidaklah ditetapkan untuk pesakit yang mempunyai keadaan sedemikian.
Dapatkan nasihat doktor tentang penggunaan ubat-ubatan selepas mendapat preskripsi. Patuhi jadual ubat-ubatan dengan ketat dan beritahu doktor anda sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau sebarang pertanyaan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen