backup og meta

Minuman yang Perlu Dihindari Sewaktu Sahur Supaya Tidak Haus

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 26/04/2022

    Minuman yang Perlu Dihindari Sewaktu Sahur Supaya Tidak Haus

    Apabila berpuasa, badan anda lebih mudah haus daripada lapar. Rasa haus mungkin berpunca daripada minuman yang anda pilih sewaktu bersahur.

    Terdapat minuman yang harus anda elakkan jika tidak mahu menanggung rasa haus sepanjang berpuasa. Tubuh manusia terdiri daripada 60-70% kandungan air, dan tidak boleh berfungsi dengan baik tanpanya. Manusia kehilangan cecair badan sepanjang hari melalui sistem perkumuhan, seperti peluh, pernafasan dan air kencing. Oleh itu, bekalan air yang mencukupi diperlukan sepanjang hari. Sementara ketika berpuasa, memandangkan anda tidak akan mendapat bekalan cecair, anda perlu lebih berhati-hati memilih minuman ketika sahur.

    Agar tidak mudah dahaga, anda harus mengelakkan minuman di bawah.

    1. Kopi

    Bagi peminat kopi, menikmati kopi ketika bersahur mungkin satu kemestian yang tidak dapat ditinggalkan. Sedangkan kopi sebenarnya membuatkan anda berasa lebih cepat haus kerana kandungan kafein bersifat diuretik, menyebabkan anda kencing lebih kerap, lantas mengurangkan kandungan cecair dalam badan.

    Kafein juga mempercepatkan proses dehidrasi dalam badan. Lebih banyak kopi yang anda minum, lebih haus akan anda rasa. Jadi, lebih baik mengurangkan pengambilan kopi seboleh mungkin untuk mencegah ketidakstabilan disebabkan kehilangan cecair tubuh.

    2. Teh

    Teh yang hangat dalam kesegaran waktu sahur mungkin kedengaran sangat menyenangkan. Tetapi, sepertimana kopi, teh juga mengandungi kafein, bahkan tambahan kandungan gula yang anda letakkan menyerap bekalan air dalam badan dan membuat anda berasa lebih dahaga ketika berpuasa.

    3. Minuman Berkarbonat

    Sewaktu bersahur, elakkan pengambilan minuman berkarbonat. Selain mempunyai kandungan gula yang tinggi, yang boleh menyebabkan rasa haus, ia juga boleh menyebabkan masalah pencernaan, dan menyebabkan perut anda kembung, dan mengganngu sistem pencernaan.

    6. Minuman Tenaga

    Kerisauan tentang keselamatan minuman tenaga menyebabkan Denmark, Norway dan Perancis mengharamkannya. Minuman tenaga patut dielakkan kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang sensitif kepada kafein. Jika anda mengambil minuman tenaga amalkan tip berikut untuk mengelakkan risiko dehidrasi:

    • Ikut arahan label. Jangan minum lebih daripada saranan. Kebanyakan pengeluar menetapkan pengambilan maksimum satu atau dua tin (250 to 500 ml).
    • Beri perhatian kepada saiz hidangan. Terdapat minuman tenaga yang didatangkan dalam tin yang lebih besar seperti 473-ml. Tin yang lebih besar bermakna lebih kafein, gula dan kandungan herba.

    5. Jus buah

    Jus buah adalah sihat juga menyegarkan. Tetapi pengambilan jus buah dalam tin atau kotak sewaktu sahur, mungkin menambah rasa dahaga anda. Ini kerana kebanyakan jus buah dibuat dengan tambahan gula atau pemanis lain. Lebih baik mengambil buah sedia ada seperti pisang, strawberi, atau kurma yang boleh memberi rasa kenyang yang lebih lama.

    Saranan ini bukanlah bermakna anda perlu berhenti serta-merta tetapi kawal dan hadkan pengambilan untuk mengelakkan kesan buruk kepada kesihatan anda sewaktu berpuasa.

    Jelasnya, elakkan pengambilan kafein dan gula berlebihan. Minuman bergula dipercayai menggalakkan persekitaran asidik yang boleh mengganggu fungsi enzim dan mengurangkan kapasiti penyimpanan air dalam badan yang diperlukan untuk metabolisma sebarang gula berlebihan dalam sistem badan.

    Walaupun pengambilan air sangat disyorkan untuk mengelakkan badan daripada dehidrasi, minum terlalu banyak air ketika makan sahur juga tidak digalakkan kerana menyebabkan kembung, sehingga senak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 26/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan