home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kegagalan Buah Pinggang Merupakan Penyakit Serius! Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Ini

Kegagalan Buah Pinggang Merupakan Penyakit Serius! Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Ini

Kegagalan buah pinggang atau turut dikenali dengan nama end-stage renal disease (ESRD) merupakan tahap terakhir penyakit ginjal kronik. Buah pinggang dikatakan gagal apabila hampir 85-90% daripada fungsinya telah hilang.

Kadangkala, kegagalan buah pinggang boleh menjadi kondisi yang berlaku secara sementara. Namun, penyakit ini juga boleh menjadi kronik jika dibiarkan tanpa rawatan dalam satu jangka masa yang panjang.

Ada banyak rawatan yang boleh dilakukan seperti dialisis dan pemindahan buah pinggang yang dapat membantu pesakit untuk terus hidup seperti biasa.

Sukar untuk mengesan simptom kegagalan buah pinggang kerana gejalanya hanya akan muncul ketika penyakit telah memasuki fasa akhir.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Buah Pinggang, sila dapatkannya di sini.

Tanda-tanda kegagalan buah pinggang

kegagalan buah pinggang

Buah pinggang sihat mempunyai pelbagai fungsi. Organ inilah yang membantu mengeluarkan segala toksin dan bahan buangan dari darah keluar melalui badan manusia.

Selain itu, buah pinggang juga bertanggungjawab memberi keseimbangan terhadap garam dan mineral di dalam darah seperti kalsium, fosforus, sodium dan potasium.

Bukan itu sahaja, ia juga menghasilkan hormon yang membantu mengawal tekanan darah, membuat sel darah merah dan tulang supaya kekal sihat.

Apabila buah pinggang mengalami kerosakan, kita akan jatuh sakit dalam masa yang pantas disebabkan ia tidak lagi mampu untuk melakukan tugasnya seperti biasa.

Pada awalnya, kebanyakan pesakit tidak akan menunjukkan sebarang simptom yang menandakan mereka mengalami kegagalan buah pinggang.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengalami beberapa simptom seperti:

  1. Rasa letih yang keterlaluan.
  2. Perut rasa kurang selesa.
  3. Muntah-muntah.
  4. Sukar untuk fokus.
  5. Bengkak pada kawasan tangan atau buku lali.
  6. Kerap ke tandas.
  7. Kekejangan otot.
  8. Kulit kering dan gatal-gatal.
  9. Tidak ada selera makan.
  10. Rasa metalik pada makanan.

Jika mempunyai simptom seperti yang digariskan di atas, mungkin anda sedang mengalami masalah buah pinggang yang serius.

Pengesanan awal dapat membantu pesakit buah pinggang untuk memperlahankan kerosakan yang berlaku pada organ tersebut.

Ini dapat meningkatkan jangka hayat organ tersebut dan elak mengalami kegagalan pada masa akan datang.

Selain itu, kegagalan buah pinggang mungkin menunjukkan tanda berbeza mengikut individu.

Apabila pesakit telah memulakan rawatan, simptom dapat dikurangkan dan pesakit akan rasa lebih baik dari segi fizikal dan mental.

Punca kegagalan buah pinggang

Dalam kebanyakan kes, kegagalan buah pinggang berlaku apabila pesakit mempunyai masalah kesihatan lain.

Masalah ini boleh berlaku disebabkan kecederaan fizikal atau penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan banyak lagi.

Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan penyakit lain seperti:

  1. Penyakit autoimun seperti lupus dan IgA nephropathy.
  2. Penyakit genetik seperti polycystic kidney disease.
  3. Sindrom nefrotik.
  4. Masalah saluran urin.

Walau bagaimanapun, buah pinggang juga boleh berhenti berfungsi secara tiba-tiba. Keadaan ini turut dikenali dengan nama kecederaan buah pinggang akut (acute renal failure).

Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan kecederaan buah pinggang akut, antaranya adalah:

  1. Sakit jantung.
  2. Penyalahgunaan dadah.
  3. Pengaliran darah yang tidak mencukupi ke dalam buah pinggang.
  4. Masalah saluran urin.

Tetapi, kegagalan buah pinggang jenis ini selalunya tidak bersifat kekal. Buah pinggang boleh menjadi normal semula setelah pesakit melakukan rawatan yang sepatutnya.

Rawatan untuk kegagalan buah pinggang

Ada banyak perkara yang perlu dititik beratkan sebelum memilih rawatan untuk buah pinggang yang gagal berfungsi. Ini termasuklah umur, gaya hidup dan tahap kesihatan anda ketika menerima rawatan.

Ada dua rawatan untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang iaitu dialisis dan pemindahan buah pinggang. Kedua-dua rawatan dapat membantu mengurangkan simptom yang dialami pesakit.

1. Dialisis

kegagalan buah pinggang

Rawatan ini dapat membantu badan menapis darah. Terdapat dua jenis dialisis, hemodialisis atau peritoneal dialisis.

Rawatan hemodialisis memerlukan pesakit membersihkan darah menggunakan mesin di hospital atau klinik dialisis 3 atau 4 hari seminggu.

Peritoneal dialisis pula membersihkan darah melalui cara yang berbeza iaitu dengan penggunaan kateter dan larutan dialisis. Kadangkala, pesakit boleh melakukan rawatan ini sendiri di rumah.

2. Pemindahan buah pinggang

Melalui pembedahan, doktor akan menggantikan buah pinggang yang gagal berfungsi dengan organ yang sihat.

Buah pinggang sihat ini datang daripada seorang penderma organ yang mungkin sahabat atau ahli keluarga pesakit, dan mungkin juga daripada penderma yang telah meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, ada juga pesakit yang menghidap kegagalan buah pinggang namun tidak mahu melakukan sebarang rawatan. Mereka ini perlukan pemantauan yang rapi daripada doktor dan terus mengambil ubat-ubatan yang bersesuaian untuk kekal sihat.

Selain itu, mereka juga perlu mengikut diet ketat dan melakukan perubahan gaya hidup yang bersesuaian.

Langkah pencegahan

Kegagalan buah pinggang yang berlaku akibat penyakit mungkin tidak dapat dielakkan atau dipulihkan.

Walau bagaimanapun, banyak perkara yang boleh pesakit lakukan untuk mengekalkan fungsi buah pinggang yang ada sekarang untuk jangka masa yang lebih panjang.

Sebagai contoh:

1. Pilih makanan rendah potasium

Ahli dietetik mungkin mencadangkan agar pesakit mengambil makanan rendah potasium.

Oleh itu, elakkan mengambil makanan tinggi potasium seperti pisang, oren, tomato dan sayur bayam.

Namun anda boleh memilih sayur-sayuran rendah potasium seperti buah epal, kubis bunga, cili, anggur dan strawberi.

2. Elak makanan tinggi garam

Untuk elakkan daripada terus membebankan buah pinggang, anda disarankan memilih makanan rendah garam.

Ini kerana, banyak makanan yang terdapat di kedai mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti snek, makanan segera dan daging yang diproses.

Jika boleh, kurangkan pengambilan makanan sebegini untuk elakkan penyakit buah pinggang pada masa hadapan.

3. Kurangkan pengambilan fosforus

Fosforus merupakan sejenis mineral yang boleh didapati di dalam makanan seperti kekacang dan roti bijirin penuh. Untuk pengetahuan anda, pengambilan fosforus terlalu banyak boleh melemahkan tulang dan menyebabkan kegatalan.

Bertanyakan kepada doktor atau ahli dietetic untuk mengehadkan pengambilan fosforus dalam kehidupan seharian.

Selain cadangan di atas, anda juga boleh:

  1. Pastikan gula dalam darah terkawal jika anda mempunyai diabetes.
  2. Elakkan merokok.
  3. Pastikan tekanan darah normal.
  4. Pantau fungsi buah pinggang dengan bantuan doktor.

Kesimpulan

Jika anda ataupun orang di sekeliling mempunyai simptom buah pinggang gagal berfungsi, pastikan anda berhubung dengan doktor secepat mungkin.

Pesakit kegagalan buah pinggang mungkin akan mengalami masalah untuk menyesuaikan diri pada awalnya.

Malah, rawatan seperti dialisis juga mungkin sukar untuk dilakukan jika pesakit baru sahaja didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang. Mereka mungkin perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kebergantungan kepada rawatan.

Selain itu, pesakit juga mudah rasa stres dan alami depresi disebabkan keadaan kesihatan mereka. Dua faktor ini boleh menyebabkan penyakit tersebut jadi semakin teruk dan sukar untuk diuruskan.

Oleh itu, pastikan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut kerana pesakit boleh hidup selesa jika melakukan rawatan secara berdisiplin.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. American Kidney Fund. 2017. Kidney Failure (ESRD) Causes, Symptoms, & Treatments. August 22. Accessed January 7, 2021. https://www.kidneyfund.org/kidney-disease/kidney-failure/#what-are-the-treatment-options-for-kidney-failure.
  2. Cleaveland Clinic. 2018. Kidney Failure: Prevention. January 11. Accessed January 7, 2021. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17689-kidney-failure/prevention.
  3. Mayo Clinic. 2020. Acute kidney failure. July 23. Accessed January 7, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-failure/diagnosis-treatment/drc-20369053.
  4. National Kidney Foundation. 2020. What is Kidney Failure? August 25. Accessed January 7, 2021. https://www.kidney.org/atoz/content/KidneyFailure.
  5. NIH. 2018. What is Kidney Failure? January. Accessed January 7, 2020. https://www.niddk.nih.gov/health-information/kidney-disease/kidney-failure/what-is-kidney-failure#livingWell.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 02/03/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x