home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

3 KEBURUKAN Selalu Minum Kafein, Salah Satunya Mungkin Punca Anda Sukar Hamil!

3 KEBURUKAN Selalu Minum Kafein, Salah Satunya Mungkin Punca Anda Sukar Hamil!

Kafein adalah salah satu ubat yang paling biasa. Coklat, coke, kopi, cappucino espresso, latte dan lain-lain menjadi kegamaran. Laman sesawang Coffeeresearch.org meramalkan bahawa lebih daripada 50 peratus (%) orang dewasa minum kopi setiap hari dan 25% lagi adalah peminum sekali-sekala. Salah satu kaji selidik terkini terhadap 10,000 peminum minuman berkafein mendapati bahawa jumlah purata kafein yang digunakan oleh wanita umur reproduktif adalah hampir 100 mg sehari dan jumlah tertinggi boleh mencapai 229mg.

Kafein merosakkan organ tubuh

Kesan pengambilan kafein terhadap kesihatan manusia tidak boleh dipandang rendah. Kafein disukai oleh ramai orang kerana keupayaannya merangsang otak, mengekalkan orang ramai terjaga untuk bekerja atau belajar pada bila-bila masa sepanjang hari. Walau bagaimanapun, kafein juga mempengaruhi sistem organ badan yang lain. Penggunaan kafein bertanggungjawab terhadap peningkatan degupan jantung dan tekanan darah, menghidupkan metabolisme dan mempercepat pembentukan air kencing.

Kafein membawa kepada keguguran dan membahayakan bayi yang belum lahir

Pelbagai kajian mencadangkan bahawa pengambilan kafein akan meningkatkan risiko keguguran. Wanita yang mengambil lebih daripada 200 mg kafein sehari mempunyai dua kali ganda kadar keguguran (25.5%) berbanding mereka yang tidak minum (12.5%). Kajian lanjut menunjukkan bahawa kafein boleh melalui plasenta dan memberi kesan negatif kepada bayi yang sedang berkembang.

Kafein menyebabkan kesukaran untuk hamil

Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa kafein menjadikannya lebih sukar dan lebih lama untuk hamil. Satu kajian menunjukkan bahawa wanita yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari hanya mempunyai 50% kemungkinan untuk hamil. Satu lagi kajian terhadap pesakit yang melakukan persenyawaan in-vitro (IVF) menunjukkan bahawa wanita yang menggunakan jumlah kafein rata-rata (50 mg) mungkin menurunkan kadar kelahiran secara langsung.

Walaupun mekanisme yang betul di mana kafein mempengaruhi kesuburan tidak diketahui, jawapannya mungkin berkaitan dengan keupayaan kafein untuk mengawal kualiti telur (oocyte) yang berkembang. Kajian awal tikus dan monyet mengesyorkan kafein menghalang pematangan telur. Telur yang tidak matang tidak akan menyumbang dan tidak dapat menghasilkan kehamilan.

Dengan kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kesan kafein dikaitkan dengan jumlah kafein yang diambi. Ia kelihatan langkah yang bijak bagi wanita yang ingin hamil dengan mengurangkan pengambilan kafein.

Oleh itu, sesetengah pakar telah mencadangkanpengambilan kurang dari 100 mg sehari. Pengambilan kafein boleh didapati dari pelbagai sumber termasuk kopi, teh, minuman ringan dan coklat. Wanita yang mengambil sejumlah besar minuman berkafein haruslah menurangkan pengambilan kafein mereka secara berkala untuk mengelakkan sakit kepala, kerengsaan, kegelisahan dan rasa mual.

Akhir sekali, oleh kerana tiada tahap pengambilan kafein yang dilaporkan tidak berbahaya, anda seharusnya mengelakkan bahan ini jika mempunyai rancangan untuk mendapatkan bayi.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Ditulis oleh Farah Aziz pada 24/09/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x