Mengawal tekanan darah
Jintan manis adalah sumber kalium yang sangat kaya. Kalium merupakan nutrien penting dalam tubuh kita dan penting untuk beberapa proses penting sepertimana kajian yang diterbitkan dalam Journal of Hypertension. Salah satu sifat kalium adalah kualitinya sebagai vasodilator, yang bermakna ia melegakan ketegangan saluran darah, dengan itu mengurangkan tekanan darah. Tekanan darah tinggi dikaitkan dengan pelbagai isu kesihatan, termasuk serangan jantung, strok, dan aterosklerosis. Bagi pesakit kencing manis, isu tekanan darah boleh menjadikan pengurusan insulin dan tahap glukosa mereka sangat sukar dan boleh menyebabkan banyak komplikasi yang berpotensi membawa kematian.
Meningkatkan fungsi otak
Kandungan kalium yang tinggi yang terdapat dalam kandungan bebawang pokok jintan dan biji jintan manis, adalah bersifat elektrolit. Elektrolit bermaksud ia memudahkan peningkatan konduksi elektrik ke seluruh badan. Ini adalah berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan di Yale University School of Medicine pada tahun 1939. Ini termasuklah sambungan di dalam otak, yang merupakan papan litar arus elektrik. Kalium dapat membantu meningkatkan fungsi otak dan kemampuan kognitif. Selain itu juga, jintan ini juga adalah vasodilator, yang bermaksud jika lebih banyak oksigen sampai ke bahagian otak, maka aktiviti saraf boleh berfungsi dengan fungsi yang optimum.
Remedi cirit-birit yang berkesan
Jintan ini membantu mengubati cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, kerana beberapa komponen seperti anethol dan cineole mempunyai disinfektan dan sifat antibakteria. Sesetengah asid amino, seperti histidine, boleh membantu pencernaan dan berfungsi dengan baik dalam sistem pencernaan. Ia sangat membantu menghapuskan cirit-birit akibat ketakcernaan. Jintan manis telah lama digunakan oleh budaya terdahulu sebagai cara untuk menghapuskan cirit-birit.
Mengurangkan simptom kolik
Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa teh herba yang dibuat menggunakan pelbagai herba termasuk jintan dan minyak jintan mempunyai potensi untuk melegakan simptom kolik. Jintan manis mempunyai kualiti antispasmodic tertentu yang juga membantu melegakan otot dan mengurangkan ketidakselesaan yang berkaitan dengan kolik. Polimer dan molekul berat berguna dalam rawatan kolik buah pinggang. Polimer sedemikian, yang juga dikenali sebagai phytoestrogens, didapati dalam anethole, satu komponen minyak pati jintan. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan saintifik diperlukan untuk mengkaji manfaat dan kesannya kepada manusia.
Meningkatkan imuniti
Jintan manis yang kaya dengan banyak kandungan nutrien termasuk vitamin C membantu meningkatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan dan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Mengawal haid
Jintan manis juga merupakan emmenagog, yang bermaksud ia dianggap memudahkan dan mengawal haid dengan cara mengawal tindakan hormon yang betul dalam tubuh. Tambahan pula, jintan ini digunakan dalam beberapa produk pengguna untuk mengurangkan kesan PMS, dan ia juga digunakan secara tradisional sebagai pelega kesakitan yang menenangkan dan agen penenang untuk wanita menopaus. Sekitar 10 – 20 peratus wanita yang mengalami kekejangan yang teruk dan ketidakselesaan semasa mereka mengalami haid, tidak mendapat bantuan melalui pendekatan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) ini. Ramai wanita yang beralih kepada rawatan alternatif dan kajian yang dijalankan pada tahun 2012 mencadangkan agar jintan manis dapat membantu dalam hal ini. Penyelidik menyatakan teori bahawa jintan manis membantu menjaga rahim daripada berkontraksi, yang menggalakkan kesakitan sepertimana yang dilaporkan oleh wanita yang mengalami dysmenorrhea.
Penjagaan mata
Menggabungkan jintan manis ke dalam makanan anda boleh membantu melindungi mata anda daripada keradangan, serta membantu mengurangkan gangguan yang berkaitan dengan penuaan awal dan degenerasi makula. Hal ini disebabkan oleh tingginya kandungan antioksidan (vitamin C dan asid amino seperti arginine sangat bermanfaat untuk peremajaan tisu dan pencegahan penuaan), detoksifikasi, dan perangsang. Ia ditemui secara khusus dalam minyak pati jintan, selain mineral seperti kobalt dan magnesium. Jus daunnya dan tumbuhan itu sendiri boleh digunakan secara luaran untuk mata bagi mengurangkan kerengsaan dan keletihan mata. Jintan juga merupakan sumber flavonoid yang kaya, yang sangat berguna untuk melindungi sel-sel pigmen daripada mati akibat tekanan oksidatif. Dengan melindungi daripada pemusnahan sel-sel pigmen ini, jintan ini dapat diklasifikasikan sebagai berkesan dalam kesihatan mata dengan pelbagai sebab.
Merawat gangguan pernafasan
Jintan manis berguna dalam gangguan pernafasan seperti sesak nafas, bronkitis, dan batuk disebabkan oleh kehadiran cineole dan anethole, yang merupakan ekspektoran secara semula jadi. Biji dan serbuk jintan boleh membantu melancarkan kahak dan dan membuang sebarang sekatan di bahagian saluran tekak dan hidung untuk memastikan pemulihan segera daripada masalah pernafasan.
Faedah minyak pati dan teh jintan manis
Kajian perubatan telah mengenal pasti kualiti sepertimana ubat yang khusus daripadapokok jintan ini, terutamanya minyak patinya yang boleh menggalakkan kesihatan. Kajian mendapati bahawa faedah teh jintan yang dikaitkan dengan minyak pati jintan termasuklah:
- Mengurangkan pembentukan darah beku
- Meningkatkan pengeluaran susu dan menyokong sistem pembiakan wanita
- Bertindak sebagai antioksidan
- Mempunyai kesan antibakteria
- Mempunyai aktiviti antikulat
- Mempunyai sifat anti-radang
- Anti-diabetes
- Mengawal hama habuk
Kumpulan penyelidik mendapati bahawa biji jintan yang dikisar dan dilarutkan dalam larutan air berkesan melawan bakteria yang menyebabkan ketakcernaan, cirit-birit, dan disentri, serta beberapa jangkitan yang diperolehi di hospital. Menurut satu kajian, jintan ini berkesan dalam melawan radikal bebas, yang menyebabkan pelbagai penyakit. Hal ini mencadangkan agar ekstrak jintan boleh digunakan untuk membantu individu menangkis kesan pelbagai penyakit kronik dan keadaan kesihatan yang berbahaya, termasuklah kanser, pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan keradangan.
Anda boleh menggunakan jintan manis dalam pelbagai masakan anda. Bagi sesetengah individu, jintan akan disangai terlebih dahulu sebelum digunakan dan terdapat juga sesetengah individu yang terus menggunakannnya tanpa disangai. Memandangkan manfaatnya yang pelbagai, anda boleh cuba menggunakannya sebagai remedi luaran selain untuk tujuan masakan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen