3. Pengambilan diet yang seimbang dan sihat
Umum mengetahui, pengambilan buah-buahan dan sayuran-sayuran merupakan diet yang paling terbaik untuk si kecil anda. Jenis makanan ini mempunyai nutrien yang sangat diperlukan dalam pembentukan sistem imun dalam badan. Antara nutrien tersebut adalah vitamin C dan karotenoid yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kacang panjang, lobak, strawberi dan oren.
Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan yang mempunyai omega-3 seperti ikan salmon, ikan kembung dan ikan tuna sangat baik untuk perkembangan sistem imun si kecil anda. Oleh itu, anda juga boleh memasukkan ikan ke dalam diet anak anda atau bagi perkembangan sistem imun yang lebih kuat.
4. Pengambilan suplemen
Pengambilan suplemen tambahan seperti vitamin sangat diperlukan untuk membantu menguatkan sistem imun anak-anak. Namun, anda disarankan untuk berbincang dahulu dengan doktor anda bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan yang mungkin berlaku akibat pengambilan suplemen tersebut.
5. Vaksinasi
Vaksinasi merupakan kaedah yang selamat dan efektif dalam membantu si kecil anda melawan penyakit. Vaksin sebenarnya merupakan untaian virus atau bakteria yang dimasukkan ke dalam badan untuk menghasilkan imuniti pada masa akan datang. Ini untuk membiasakan badan dengan virus atau bakteria yang menyebabkan sesuatu penyakit sekaligus berpeluang melawannya. Sebagai ibu bapa, anda perlu lah peka dengan tumbesaran si kecil anda dan memberi mereka suntikan vaksinasi yang sangat diperlukan demi menguatkan sistem imun mereka.
6. Aktiviti senaman
Menurut Ranjit Chandra yang merupakan doktor pediatrik di emorial University of Newfoundland, kerap melakukan senaman dapat meningkatkan sel pembunuh semula jadi anda. Sebagai ibu bapa, anda perlu menjadi contoh yang terbaik untuk mereka dengan sentiasa mengajak mereka bersama melakukan aktiviti fizikal seperti berjoging, berbasikal atau memanjat bukit. Di samping dapat meningkatkan sel pembunuh semula jadi, aktiviti-aktiviti seperti ini juga dapat menjamin kesihatan kardiovaskular anda dan anak anda .
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen