Apabila doktor menyatakan “Anda disahkah menghidap masalah kencing manis jenis 1”, pernah tak terfikir apakah mungkin perbezaan antara diabetes jenis 1 dan 2, ya?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Apabila doktor menyatakan “Anda disahkah menghidap masalah kencing manis jenis 1”, pernah tak terfikir apakah mungkin perbezaan antara diabetes jenis 1 dan 2, ya?
Kalau ingin tahu mengenainya, teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.
Kencing manis jenis 1 dan jenis 2 biasanya dicirikan dengan kadar gula dalam darah yang tinggi. Tetapi punca dan perkembangan kedua-dua jenis penyakit diabetes adalah berbeza.
Secara umumnya, seseorang individu adalah tidak jelas tentang jenis diabetes yang dihidapi.
Sebagai contoh, pesakit diabetes jenis 2 biasanya diandaikan mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak perlu mengambil suntikan insulin, manakala pesakit diabetes jenis 1 adalah kurang berat badan.
Walau bagaimanapun, andaian ini tidak semestinya benar. Kira-kira 20% pesakit diabetes jenis 2 mempunyai berat badan yang sihat semasa didiagnosis, dan kebanyakan mereka adalah bergantung pada insulin.
Diabetes Jenis 1
Diabetes Jenis 2
Apa lagi perbezaan antara diabetes jenis 1 dan 2 ya?
Diabetes jenis 1 merupakan sesuatu penyakit autoimun, yang mana sistem imun merosakkan sel-sel yang sihat dalam badan.
Dalam kes ini, sistem imun merosakkan sel beta dalam pankreas sehingga pankreas tidak dapat menghasilkan insulin sendiri.
Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang menjelaskan kenyataan tersebut.
Diabetes jenis 1 memerlukan suntikan insulin secara kerap untuk mengimbangi kematian sel beta, jadi semua pesakit diabetes jenis 1 adalah bergantung pada insulin.
Dalam kes masalah diabetes jenis 2, sistem imun tidak merosakkan sel beta.
Sebaliknya, diabetes jenis 2 dikategorikan sebagai ketidakupayaan badan untuk bertindak kepada insulin, yang juga dikenali sebagai penolakan terhadap insulin.
Badan akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengimbangi insulin yang tidak berkesan, tetapi ia masih tidak dapat menghasilkan kuantiti insulin yang mencukupi.
Dalam jangka masa yang panjang, ketegangan sel beta akan merosakkan dan mengurangkan penghasilan insulin.
Pesakit diabetes jenis 2 yang memerlukan suntikan insulin biasanya adalah 2 sebab utama:
Berat badan yang berlebihan akan mengurangkan kepekaan anda kepada insulin.
Tidak sensitif kepada insulin bermakna insulin tidak dapat mengurangkan kadar glukosa darah yang sepatutnya.
Pesakit yang kurang kepekaan kepada insulin biasanya mengambil suntikan insulin untuk mengelakkan kadar glukosa yang berlebihan.
Baca juga:
Jika anda mempunyai penolakan terhadap insulin, badan anda memerlukan lebih banyak insulin untuk mengawal kestabilan kadar glukosa darah.
Dari masa ke masa, sel beta akan mati disebabkan ketegangan dan berhenti untuk menghasilkan insulin.
Anda akan berada dalam keadaan yang sama seperti pesakit diabetes jenis 1, yang mana badan anda adalah tidak berupaya dalam menghasilkan kuantiti insulin yang mencukupi untuk mengawal kadar glukosa darah. Suntikan insulin amat diperlukan dalam situasi ini.
Disebabkan keadaan kedua-dua masalah diabetes jenis 1 dan 2 adalah berbeza dan tidak menentu, ia adalah susah untuk mengenal pasti jenis kencing manis yang dihidapi oleh seseorang individu.
Ia adalah bahaya untuk mengandaikan seseorang individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan kadar glukosa darah yang tinggi merupakan penghidap diabetes jenis 2.
Hal ini kerana keadaan sedemikian mungkin juga dikaitkan dengan diabetes jenis 1.
Oleh itu, jika tidak dapat mengenal pasti jenis kencing manis yang dialami, doktor perlu melakukan ujian tertentu untuk mencadangkan rawatan diabetes paling sesuai.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen