Apa Itu Diabetes Jenis 2: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/10/2020 . 6 minit bacaan
Share now

Penyakit kencing manis adalah jenis penyakit diabetes metabolik yang berpunca daripada tahap gula darah yang tinggi dalam darah, atau juga disebut sebagai hiperglisemia. 

Tahap gula yang tinggi dalam darah ini berpunca daripada beberapa perkara iaitu tubuh badan anda tidak mampu untuk menghasilkan insulin yang cukup dan berkemungkinan badan tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan. 

Ia juga disebut sebagai kerintangan insulin (insulin resistance).

Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi mengawal kadar gula dalam darah. Insulin akan memberikan isyarat kepada hati, otot dan sel lemak untuk mengambil gula daripada aliran darah dan ditukarkan menjadi sumber tenaga. 

Antara salah satu ciri penyakit kencing manis ialah tubuh badan tidak berkemampuan untuk menggunakan glukosa dalam darah. 

Apabila ini berlaku, glukosa akan kekal dalam aliran darah dan seterusnya menyebabkan hiperglisemia. Jika ia berlaku dalam tempoh yang panjang, ia boleh merosakkan organ-organ dalam tubuh badan anda. 

Salah satu jenis penyakit kencing manis yang terkenal ialah diabetes jenis 2, juga dikenali sebagai penyakit kencing manis orang dewasa. 

Ini kerana ia lebih kerap berlaku dalam kalangan individu yang berumur 40 tahun. 

Namun kini, diabetes jenis ini juga sudah tidak asing lagi dalam kalangan remaja dan kanak-kanak disebabkan pelbagai faktor seperti pemakanan yang tidak terjaga dan terkawal.

Simptom lazim penyakit kencing manis jenis 2

penyakit kencing manis

Bagi diabetes jenis 2 ini, tubuh badan tidak dapat menggunakan insulin dengan baik untuk memproses glukosa dalam darah bagi kegunaan sel tubuh.

Apabila ini berlaku, tubuh badan anda akan mengunakan sumber tenaga lain yang didapati daripada tisu, otot dan organ tubuh yang lain. Ia akan menyebabkan beberapa reaksi atau simptom. 

Antara simptom-simptom awal bagi diabetes jenis ini ialah:

  • Sentiasa berasa lapar
  • Kurang tenaga
  • Kerap keletihan
  • Hilang berat badan
  • Sering berasa dahaga
  • Kerap membuang air kecil
  • Mulut kering
  • Mengalami kegatalan pada kulit
  • Penglihatan yang kabur

Kebanyakan daripada simptom ini adalah sama dengan diabetes jenis 1, namun simptom-simptom ini berkembang secara perlahan-lahan bagi jenis penyakit diabetes 2 ini. Ia mungkin berlaku dalam tempoh masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 

Oleh sebab itu, ramai yang mungkin agak sukar untuk mengesan bahawa mereka sedang menghidap penyakit kencing manis jenis 2. 

Jika tahap gula darah berada pada paras yang tinggi untuk jangka masa yang lama, terdapat beberapa simptom lain yang boleh berlaku. Antaranya ialah:

  • Jangkitan yis
  • Luka yang lambat untuk sembuh
  • Terdapat tompok gelap pada permukaan kulit anda iaitu satu keadaan yang dikenali sebagai acanthosis nigricans
  • Rasa sakit pada kaki
  • Rasa kebas pada bahagian atas tubuh badan

Apa yang perlu dilakukan sekiranya saya mempunyai penyakit kencing manis jenis 2?

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan jika menghidap diabetes jenis ini. Antaranya ialah:

#1. Kawal pemakanan anda

Bagi memilih jenis makanan yang sesuai dengan anda, pilihlah makanan yang rendah lemak, rendah garam dan rendah gula.

Selain itu, ambil juga makanan yang tinggi dengan serat seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran dan juga bijirin. 

Jenis pemakanan ini boleh membantu anda untuk mengekalkan berat badan yang ideal selain memastikan paras gula darah berada dalam keadaan yang stabil. 

Pemakanan yang sihat seperti ini juga boleh membantu anda mengelakkan sakit jantung dan penyakit saluran darah.

#2. Lakukan senaman dengan kerap

Anda juga perlu memastikan pengamalan gaya hidup yang aktif dalam kehidupan seharian anda. Anda boleh berbasikal, berjalan kaki, berenang dan terlibat dengan aktiviti sukan yang lain. 

Anda juga boleh mengekalkan keaktifan anda dengan melakukan kerja-kerja seperti berkebun, mengemas rumah atau mencuci kenderaan di luar rumah. 

Gaya hidup yang aktif boleh membantu insulin anda untuk menurunkan paras gula darah dengan mudah. Selain itu, ia menggalakkan kesihatan jantung seterusnya memberikan anda lebih banyak tenaga. 

#3. Buat ujian darah setiap hari

Untuk mengetahui keadaan semasa berkaitan pengurusan diabetes, anda perlulah melakukan ujian darah setiap hari. 

Ujian darah boleh membantu anda melihat perkembangan semasa diri anda sama ada anda berjaya mengawal paras gula darah ataupun tidak. 

Sekiranya ujian darah menunjukkan bahawa anda masih mempunyai paras gula darah yang tinggi, anda berkemungkinan perlu mengubah cara pemakanan, cara bersukan atau pengambilan ubat diabetes anda. 

#4. Makan ubat anda setiap hari

Pil diabetes dan juga suntikan insulin adalah antara jenis rawatan yang digunakan untuk mengawal paras gula darah. 

Bagi penghidap diabetes yang masih berkemampuan menghasilkan insulin, anda mungkin hanya perlu ambil ubat-ubatan diabetes setiap hari. 

Namun, nyatakan kepada doktor jika anda mengalami sebarang perubahan atau komplikasi setelah mengambil ubat-ubatan tersebut. 

Bagi penghidap diabetes yang bergantung dengan suntikan insulin, anda mestilah mengambil suntikan tersebut setiap hari. 

Jangan sesekali ‘skip’ suntikan insulin walaupun anda sedang sibuk atau sakit. Doktor akan memberikan panduan apakah jenis insulin yang perlu diambil, dos suntikan dan waktu suntikan tersebut perlu dilakukan. 

Jangan memandai-mandai ubah jadual tersebut tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Komplikasi penyakit kencing manis jenis 2

jenis penyakit diabetes

Jika keadaan diabetes ini tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi yang serius terhadap organ tubuh anda. Antaranya ialah:

  • Masalah kulit seperti jangkitan bakteria atau kulat
  • Kerosakan saraf atau neuropati. Apabila kerosakan saraf berlaku, ia boleh menyebabkan hilang rasa sensasi atau menyebabkan kekebasan. Anda juga mungkin akan mempunyai masalah berkaitan pencernaan seperti muntah-muntah, cirit-birit dan sembelit
  • Peredaran darah yang kurang baik pada bahagian kaki. Apabila berlakunya peredaran yang tidak baik pada bahagian kaki, luka anda akan menjadi lambat sembuh sekiranya berlaku sebarang luka atau jangkitan
  • Gangguan pendengaran
  • Kerosakan pada retina mata yang menyebabkan gangguan pada penglihatan, glaukoma dan menyebabkan katarak
  • Penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, arteri darah yang sempit, serangan jantung dan juga strok

Perbezaan antara diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2

Berikut adalah antara perbezaan utama bagi diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2:

Bagi diabetes jenis 1, sistem imun tubuh tersalah anggap dengan menganggap sel sihat tubuh sebagai satu ancaman atau bendasing yang menyerang tubuh. 

Apabila ini terjadi, sistem imun menyerang dan merosakkan sel beta yang menghasilkan insulin dalam pankreas. Apabila sel beta ini telah musnah, tubuh badan anda tidak lagi berkemampuan untuk menghasilkan insulin. 

Antara faktor yang mungkin menyebabkan diabetes jenis 1 ini berlaku adalah genetik atau faktor persekitaran. 

Bagi penghidap diabetes jenis 2 pula, ia adalah disebabkan oleh kerintangan insulin yang berlaku dalam tubuh. 

Tubuh badan anda masih menghasilkan insulin seperti biasa, namun tubuh tidak dapat menggunakannya dengan berkesan. 

Antara faktor yang menyebabkan kejadian ini adalah disebabkan berat badan yang berlebihan dan menjalani kehidupan yang tidak aktif.

Bagaimana insulin dan glukosa berfungsi?

jenis penyakit diabetes

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan daripada organ yang disebut sebagai pankreas. Insulin memainkan peranan yang pelbagai dalam proses metabolisme tubuh. 

Salah satu fungsinya adalah bagi menukarkan glukosa atau gula dalam darah untuk dijadikan sebagai sumber tenaga bagi sel dan juga organ tubuh.

Ia juga membantu tubuh anda menyimpan tenaga ini dalam otot, sel lemak dan hati untuk kegunaan pada masa akan datang. 

Selepas anda makan, glukosa dalam darah anda meningkat naik dan memicu pankreas untuk menghasilkan insulin. Insulin kemudiannya akan dilepaskan dalam aliran darah anda dan pergi ke sel tubuh badan melalui aliran darah ini. 

Insulin akan memberitahu sel tubuh untuk menerima kemasukan glukosa dan menukarkan glukosa tersebut menjadi tenaga setelah glukosa masuk ke dalam sel. 

Tanpa kehadiran insulin, tubuh badan anda tidak akan dapat memproses glukosa atau menyimpannya sebagai sumber tenaga dan ia akan kekal dalam aliran darah. 

Bagi diabetes jenis 2, kerintangan insulin dicirikan oleh keadaan tubuh yang tidak memberikan respons yang baik terhadap insulin. 

Pada peringkat awal jenis penyakit diabetes 2 berlaku, tubuh badan anda akan menghasilkan lebih banyak insulin daripada apa yang diperlukan oleh tubuh. 

Apabila penyakit ini berlaku selama beberapa tahun, akan berlaku permintaan yang tinggi terhadap insulin yang dihasilkan oleh pankreas. Jika ia terus berlaku, maka sel beta yang menghasilkan insulin ini akan hilang dan tidak dapat menghasilkan insulin lagi.

Jika keadaan atau kerintangan insulin yang berlaku ini berada pada tahap yang tinggi, mereka yang menghidap diabetes mungkin memerlukan suntikan insulin bagi mengawal tahap gula darah mereka.

Bilakah anda patut berjumpa dengan doktor?

Tidak semua individu mempunyai simptom yang sama yang menunjukkan bahawa mereka mengalami jenis penyakit diabetes 2. Malah, ada yang mungkin tidak mengalami sebarang simptom walaupun sedang menghidap jenis penyakit diabetes 2. 

Namun, anda mestilah berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami sebarang penyakit atau perubahan yang tidak normal pada tubuh badan anda. 

Jika anda mempunyai simptom-simptom seperti di bawah ini, sila berjumpa dengan doktor segera:

  • Penglihatan yang kabur
  • Rasa kebas atau kesemutan pada kaki
  • Bengkak pada kaki, muka atau tangan
  • Kekejangan atau kesakitan pada kaki
  • Mengalami sakit pada bahagian dada
  • Mengalami sesak nafas
  • Rasa kebas atau rasa lemah pada sebelah bahagian badan anda
  • Mempunyai berat badan yang tidak normal

Selain itu, jika bertemu pakar, doktor boleh melihat perkembangan pengurusan diabetes anda. 

Doktor akan melihat sekiranya anda mengalami sebarang komplikasi ringan ataupun yang lebih teruk. 

Mereka yang bergantung kepada suntikan insulin untuk mengawal diabetes perlu lebih kerap untuk berjumpa dengan doktor. 

Anda juga perlu kerap berjumpa pakar sekiranya paras gula darah tidak terkawal atau mengalami komplikasi yang lebih teruk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

Kencing manis (diabetes) merupakan penyakit kronik yang lazim didiagnosis di Malaysia. Namun, tahukah anda, ada diabetes jenis 1.5?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Diabetes 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Ada Kencing Manis Masa Mengandung? AWAS IBU! Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin

Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis semasa mengandung. Ia dikatakan akan hilang sebaik wanita bersalin. Namun kesannya mungkin berlanjutan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 27/08/2020 . 3 minit bacaan

Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

Bulan Ramadan dan Syawal memang mencabar bagi pesakit diabetes, khususnya jenis diabetes 1. Ini panduan pemakanan bagi pesakit kencing manis.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 20/05/2020 . 3 minit bacaan

AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

Terdapat banyak kesan penyakit psoriasis. Selain mengakibatkan keradangan pada tubuh badan, ia juga berisiko menyebabkan 5 penyakit kronik ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 15/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penjagaan diri

Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 4 minit bacaan
kencing manis jenis 2

Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
manfaat serat

Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
pencuci mulut pesakit diabetes

Nikmati Pencuci Mulut Tanpa Risau, Penghidap Kencing Manis Jenis 2, Ini Untuk Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan