Sembelit adalah kondisi kesihatan yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Ia akan memberi kesan kepada masalah sistem penghadaman sekaligus memberi implikasi yang negatif terhadap proses penyerapan dan metabolisma kanak-kanak.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Sembelit adalah kondisi kesihatan yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Ia akan memberi kesan kepada masalah sistem penghadaman sekaligus memberi implikasi yang negatif terhadap proses penyerapan dan metabolisma kanak-kanak.
Sembelit adalah penyakit yang biasa bagi setiap peringkat umur. Kondisi ini akan menyebabkan pergerakan usus dalam perut penderita menjadi sulit atau menurun.
Selain itu, kondisi ini akan menyebabkan najis anda menjadi lebih keras dan kering lalu menyebabkannya lebih sukar untuk dibuang.
Terdapat banyak punca berlakunya sembelit dalam kalangan kanak-kanak. Kondisi ini akan berlaku jika mereka tidak makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Selain itu, sembelit juga boleh berlaku jika anak anda kurang minum air putih atau terlebih minum susu!
Kadangkala, penyakit yang menyebabkan perubahan pada selera makan anak anda akan memberi kesan kepada diet mereka, lalu menyebabkan sembelit.
Anda tidak perlu risau jika anak anda mengalami sembelit kerana ia adalah normal bagi kalangan kanak-kanak.
Namun begitu, anda perlu berjaga-jaga jika anak anda mengalaminya lebih daripada dua minggu kerana ia sudah berada pada tahap yang teruk dan dipanggil sembelit kronik.
Dalam kes ini, segera bawa anak anda berjumpa pakar pediatrik untuk mendapatkan rawatan.
Sekiranya anak anda mengalami sembelit, mereka akan berasa sakit ketika membuang air besar. Lebih teruk kondisi sembelit tersebut, lebih sakit mereka akan rasa. Anda juga boleh memastikannya dengan memerhatikan jika terdapat simptom ini pada anak anda:
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen