Anda pernah gagal bercinta? Mesti sakitkan hati ‘tu’. Rasa dunia gelap gelita bila ditinggalkan sang kekasih. Tapi pernah anda dengar tentang masalah kegagalan jantung? Haa…yang ini pun boleh buatkan hidup anda gelap, terus tak bernyawa.
Anda pasti?
Anda pernah gagal bercinta? Mesti sakitkan hati ‘tu’. Rasa dunia gelap gelita bila ditinggalkan sang kekasih. Tapi pernah anda dengar tentang masalah kegagalan jantung? Haa…yang ini pun boleh buatkan hidup anda gelap, terus tak bernyawa.
Kebiasaannya ramai individu takut dengan masalah strok, serangan jantung mahupun penyakit berkaitan kanser. Dan rata-rata menganggap masalah kegagalan jantung sebagai satu isu yang remeh.
Ia merupakan ketidakupayaan jantung untuk mengepam bekalan darah yang secukupnya kepada badan, dan boleh dialami oleh sesiapa sahaja pada sebarang peringkat usia. Dikatakan 1 daripada 5 individu yang berusia lebih 40 tahun, berisiko untuk mengembangkan masalah berkaitan jantung ini.
Kebiasaannya masalah ini didasari oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti tabiat merokok, pengambilan minuman beralkohol, gaya hidup tidak aktif serta masalah kesihatan seperti obesiti.
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menjadi punca wujudnya masalah kesihatan ini, seperti:
Terdapat beberapa simptom berkaitan masalah kegagalan jantung yang sering kali diabaikan atau tidak disedari oleh kebanyakan individu. Antara simptomnya adalah:
Jika anda mengalami simptom seperti yang dinyatakan di atas, sebaiknya dapatkan pemeriksaan kesihatan lanjut dengan pakar perubatan. Ia adalah perlu untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Masalah kegagalan jantung adalah satu masalah kesihatan kronik. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh dirawat. Oleh kerana itu adalah penting untuk anda mengenal pasti dan mengetahui jika wujud sebarang simptom kepada diri anda. Jangan memandang isu kesihatan ini sebagai satu perkara remeh.
Gaya hidup yang sihat dengan berat badan yang seimbang, tidak merokok, melakukan senaman secara berkala sekurang-kurangnya 5 kali atau lebih dalam seminggu, menjaga soal pemakanan dengan tidak mengabaikan waktu hidangan khususnya sarapan pagi dan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran adalah antara cara yang dapat mengurangkan risiko kegagalan jantung.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:
Ketahui berapakah kadar degup jantung maksimum yang normal untuk usia anda serta bagaimana senaman berintensiti dan faktor lain akan mempengaruhinya.
Lelaki
Wanita
Anda memeriksanya untuk siapa?
Berapa kadar degup jantung anda? (bpm)
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen