Menurut Dr Kullmann, secara dasarnya, senaman meningkatkan fungsi otak. Menurut beliau lagi, meningkatkan kepekaan insulin dalam kawasan otak yang berkaitan dengan dopamine melalui senaman, dapat membantu mengurangkan risiko seseorang untuk mengembangkan diabetes jenis 2, selain ia turut memberi manfaat kepada mood dan kognisi seseorang.
Selain itu, satu kajian lain yang dijalankan oleh University of Maryland mengenai individu dewasa yang sihat menunjukkan bahawa, dengan hanya satu sesi senaman mampu meningkatkan pengaktifan dalam litar otak yang berkaitan dengan memori – termasuklah hippocampus – bahagian otak yang mengecut seiring dengan usia dan juga bahagian otak pertama diserang dalam penyakit Alzheimer.
Menurut Dr. J. Carson Smith, Profesor Madya dalam bidang Kinesiologi di University of Maryland School of Public Health, walaupun telah dibuktikan bahawa senaman boleh meningkatkan jumlah hippocampus, kajian mereka memberikan maklumat baharu bahawa senaman mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada kawasan otak yang penting itu. Kajian tersebut diterbitkan dalam Journal of the International Neuropsychological Society.
Pasukan penyelidikan Dr. Smith mengukur aktiviti otak (menggunakan fMRI) peserta sihat yang berumur 55 – 85 tahun, yang diminta untuk melakukan tugasan ingatan yang melibatkan mengenal pasti nama-nama terkenal dan yang tidak terkenal. Tindakan mengingat nama-nama terkenal mengaktifkan rangkaian saraf yang berkaitan dengan ingatan semantik, yang diketahui semakin merosot dari masa ke masa seiring dengan kehilangan memori.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen