backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Bronkitis

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/10/2022

Bronkitis

Definisi

Apakah itu penyakit bronkitis?

Penyakit bronchitis atau bronkitis merupakan keradangan yang berlaku pada lapisan bronkus, berpunca daripada jangkitan.

Bronchi merupakan saluran yang membolehkan udara masuk dan keluar daripada paru-paru anda.

Bagi individu yang mempunyai keradangan ini akan mengalami batuk dengan lendir yang tebal dan boleh berubah warna. 

Ia terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

  • Bronkitis akut – Merupakan jangkitan jangka masa pendek yang menyebabkan saluran pernafasan dalam paru-paru membengkak dan dipenuhi dengan lendir
  • Bronkitis kronik – Merupakan keadaan kerengsaan berterusan pada tiub bronkial. Selalunya berlaku disebabkan tabiat merokok dan boleh berlanjutan berbulan-bulan sehingga bertahun-tahun. Keadaan bronkitis kronik adalah lebih teruk berbanding akut

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

Apakah kebarangkalian penyakit bronchitis?

Masalah keradangan ini merupakan satu keadaan yang sangat biasa untuk berlaku. Ia boleh dialami oleh individu daripada sebarang peringkat usia. Tetapi ia boleh dikurangkan dengan mengawal faktor penyebabnya.

Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor bagi memperolehi maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan ini. 

Simptom

Apakah simptom-simptom penyakit bronkitis?

Simptom yang biasa berlaku kepada individu dengan keadaan ini adalah seperti:

  • Batuk yang berterusan
  • Keluar lendir, dan mungkin bercampur darah
  • Keletihan
  • Sesak nafas
  • Demam
  • Sakit dada

Jika anda mempunyai bronkitis akut, anda mungkin akan mengalami batuk selama beberapa minggu.

Tetapi sekiranya anda mengalami bronkitis kronik, anda mungkin akan berdepan dengan masalah batuk untuk beberapa tempoh sebelum ia menjadi lebih teruk.

Sepanjang tempoh masa tersebut, anda mungkin akan mempunyai simptom dan gejala seperti bronkitis akut.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai masalah kesihatan ini, sila dapatkan rawatan dan pemeriksaan daripada doktor. 

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Simptom yang dialami berlanjutan lebih daripada tiga minggu
  • Demam dengan suhu yang tinggi
  • Mengeluarkan lendir yang berubah warna
  • Keluar darah apabila batuk
  • Sesak nafas

Punca

Apa yang mengakibatkan penyakit bronkitis?

Bronkitis akut biasanya berlaku disebabkan jangkitan virus. Virus-virus ini adalah sama jenisnya dengan virus penyebab selesema dan flu

Penyebab jenis kronik yang paling utama adalah merokok. Walau bagaimanapun, pencemaran udara, habuk dan gas toksik yang berada di sekeliling atau di tempat kerja juga boleh memburukkan lagi keadaan ini. 

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko penyakit bronchitis?

Terdapat banyak faktor yang cenderung meningkatkan lagi risiko mendapat masalah ini, seperti:

  • Anda merupakan perokok tegar. Tabiat ini boleh meningkatkan risiko untuk mengalaminya
  • Rintangan rendah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah penyakit akut lain seperti selesema atau daripada keadaan kronik yang menjejaskan sistem imun anda
  • Usia. Individu lebih berusia, bayi dan kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang lebih besar untuk mengalami jangkitan ini
  • Anda bekerja dalam persekitaran yang memberikan kerengsaan kepada paru-paru seperti dalam industri tekstil atau pendedahan kepada asap kimia
  • Refluks gastrik.  Masalah pedih ulu hati secara berulang kali boleh menyebabkan kerengsaan pada tekak. Keadaan ini boleh meningkatkan kecenderungan untuk mengalaminya

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana penyakit bronkitis didiagnosis?

Selepas mengetahui mengenai simptom yang dialami, doktor anda akan menggunakan stetoskop untuk memeriksa paru-paru anda semasa bernafas. Ujian lanjut juga akan disarankan, seperti:

  • X-ray pada bahagian dada dapat membantu menunjukkan mengapa anda mengalami simptom yang dinyatakan
  • Ujian sputum. Sputum merupakan lendir yang keluar daripada paru-paru ketika batuk. Ujian ini akan dapat menentukan sama anda anda dijangkiti virus atau tidak
  • Ujian fungsi paru-paru turut akan dilakukan untuk mengukur jumlah udara di dalam paru-paru yang boleh anda tahan dan berapa lama masa diperlukan untuk mengeluarkan udara daripada paru-paru. Selain itu, ujian ini juga boleh menyemak tanda-tanda asma atau emfisema

Bagaimana penyakit bronkitis dirawat?

Jika anda mempunyai masalah bronkitis akut, doktor akan memberikan preskripsi beberapa jenis ubat yang akan dapat membantu mengurangkan gejala anda. Antara ubat biasa diberikan adalah termasuk:

  • Antibiotik. Ubat ini tidak berfungsi dengan baik pada bronkitis, tetapi doktor memberikannya untuk mencegah risiko jangkitan bakteria jika tahap rintangan anda adalah rendah
  • Ubat batuk. Batuk secara berlebihan boleh mencederakan tekak dan bronkus anda. Jika batuk yang dialami menyukarkan anda untuk tidur, maka anda perlu mengambil ubat batuk
  • Ubat lain. Jika anda mempunyai alahan, asma atau penyakit paru obstruktif kronik (COPD), doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil inhaler atau ubatan lain yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan membuka laluan udara sempit di dalam paru-paru

Jika anda mempunyai bronkitis akut, adalah penting untuk anda menjalani proses pemulihan.

Terapi ini akan menyediakan program latihan pernafasan yang mengajar anda untuk bernafas dengan lebih mudah dan meningkatkan keupayaan anda untuk bersenam. 

Pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani bronkitis?

Gaya hidup dan rawatan rumah berikut mungkin akan dapat membantu anda mengurangkan risiko mengalami penyakit bronchitis, iaitu:

  • Berhenti merokok
  • Pakai topeng muka jika anda terdedah kepada persekitaran yang tercemar, khususnya apabila anda keluar atau membersihkan rumah
  • Gunakan pelembap udara (humidifier). Udara yang hangat, lembap dapat membantu melegakan batuk dan mengurangkan lendir pada saluran pernafasan

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, pastikan anda mendapatkan rundingan dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik masalah kesihatan yang anda hadapi.

Ia juga dapat membantu anda untuk mengetahui jalan penyelesaian yang terbaik. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/10/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan