Dalam usaha untuk mengubati masalah selesema, cara yang terbaik adalah mencari ubat selsema paling berkesan. Namun, ada banyak lagi cara hilangkan selsema secara tradisional yang mungkin anda boleh amalkan.
Dalam usaha untuk mengubati masalah selesema, cara yang terbaik adalah mencari ubat selsema paling berkesan. Namun, ada banyak lagi cara hilangkan selsema secara tradisional yang mungkin anda boleh amalkan.

Persoalannya, adakah semua kaedah orang lama itu bagus atau sekadar mitos sahaja? Jom baca artikel untuk tahu!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang ENT, anda juga boleh klik di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, selesema (common cold) adalah suatu kondisi bersifat ringan yang berlaku akibat jangkitan hampir 200 jenis virus berbeza, dan paling biasa adalah rhinovirus.
Kebiasaannya, kondisi ini akan menyebabkan beberapa gejala ringan seperti hidung tersumbat, sering bersin dan sakit tekak yang mungkin akan berlanjutan selama seminggu, lebih atau kurang.
Apa yang mungkin agak membimbangkan adalah ia biasa akan datang bersama dua lagi penyakit lain iaitu demam dan batuk – penyakit tiga serangkai/sekawan yang bersifat ringan.
Memandangkan ada banyak virus yang boleh menjadi punca, maka tidak hairan jika anda mudah mendapat selesema!
Disebabkan itu pula, ramai individu akan mula amalkan pelbagai cara hilangkan selsema secara tradisional dan secara moden. Namun, jangan cepat percaya kerana bukan semuanya benar dan berkesan!
Kadangkala, anda mungkin mahu cuba amalkan cara hilangkan selsema secara tradisional apabila pengambilan ubatan dan rawatan moden tidak membuahkan hasil. Ya, ia memang tidak salah.
Apa yang mungkin menjadi masalah, tidak semua kaedah orang lama itu berkesan. Jom lihat beberapa contoh di bawah:
Pertama dan paling popular, ramai individu percaya bahawa cara hilangkan selsema secara tradisional yang paling berkesan adalah dengan minum lebih banyak air kosong dan ini benar.
Alasannya, cecair termasuk teh dan jus semula jadi boleh membantu merawat selesema kerana ia akan mencairkan hingus selain melegakan gejala yang lain terutama sakit tekak.
Meskipun tidak mampu membunuh virus yang menjangkiti, ia masih dapat membantu merawat gejala-gejala umum.
Seperti mana ramai telah sedia maklum, selesema adalah disebabkan oleh virus seperti rhinovirus. Maka, faktor suhu, cuaca dan iklim mungkin tidak begitu berkaitan dengan kondisi ini.
Pun begitu, suhu yang terlalu dingin atau lembap tetap akan menyebabkan perkembangan dan penyebaran virus. Ia adalah antara sebab anda perlu menempatkan diri dalam ruang yang panas.

Ketahuilah ia sama sekali tidak akan dapat membunuh virus, namun boleh membantu mencegah sebelum ia berlaku.
Hakikatnya, makanan yang kaya dengan kandungan nutrisi probiotik juga boleh melegakan selesema yang dialami.
Probiotik merupakan sejenis bakteria baik yang boleh dijumpai di dalam makanan yang ditapai. Menariknya, ia boleh membantu menguatkan kesihatan sistem imunisasi tubuh badan.
Tidak hanya itu, ia juga boleh mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan seperti selesema. Jadi, pengambilan makanan seperti yogurt, tempe, kimchi dan lain-lain itu amat baik.
Sebut sahaja vitamin, ramai yang mungkin mengandaikan bahawa ia boleh membantu merawat banyak jenis penyakit.
Tetapi selesema bukan salah satu daripadanya. Ini kerana vitamin C tidak mempunyai kebolehan untuk melawan atau membunuh virus-virus yang mengakibatkan masalah ini berlaku.
Sebaliknya, vitamin C yang tinggi dalam sayur-sayuran, buah-buahan atau suplemen boleh mengurangkan keradangan pada hidung akibat selesema sekali gus melegakan gejala kondisi ini.

Cuba fikirkan, terdapat banyak herba yang kita akan ambil sebagai cara hilangkan selsema secara tradisional bukan? Antara contoh popular seperti madu, halia, sirih, bawang putih dan lain-lain.
Ini adalah fakta kerana herba-herba ini memiliki sifat antimikrob yang mampu membantu mencegah virus daripada menjangkiti tubuh badan selain turut mempunyai pelbagai lagi nutrien penting lain.
Secara logik akal, ia mungkin merupakan reaksi semula jadi seorang manusia setiap kali mengalami selesema atau hidung tersumbat. Ya, tidak ada masalah untuk individu meneruskan perbuatan ini.
Pun begitu, akan menjadi masalah apabila menghembus hidung dengan terlalu kuat. Ini kerana ia boleh menjejaskan tulang hidung, gegendang telinga serta mendatangkan sakit kepala yang teruk.
Konklusinya, memang ada banyak cara hilangkan selsema secara tradisional anda boleh cuba amalkan tetapi bukan semua itu benar. Sebaiknya, sila dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor tentangnya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor