9. Telur

Telur tidak serasi dengan buah terutamanya tembikai, kacang, keju, ikan, susu, daging, dan yogurt.
10. Lemon

Lemon tidak serasi dengan susu, tomato, dan yogurt.
11. Tembikai

Tumbuhan melon tidak sesuai dimakan dengan makanan lain terutamanya produk tenusu, telur, makanan goreng, bijirin dan kanji. Tembikai, tembikai susu, rockmelon dan sebagainya lebih ditekankan berbanding buah-buahan lain untuk dimakan sendiri.
12. Tumbuhan nightshades

Tumbuhan nightshade atau solanaceae seperti tomato, kentang, terung dan cili tidak serasi dengan tumbuhan tembikai, timun, dan produk tenusu.
13. Ubi Kayu

Ubi kayu tidak sesuai dengan buah-buahan, terutamanya pisang dan mangga serta kacang, kismis, dan gula melaka.
Apa rasionalnya mengelakkan kombinasi makanan yang tidak sesuai?
Berbeza daripada pandangan kontemporari diet seimbang yang menekankan pemakanan daripada pelbagai kumpulan makanan, perubatan Ayurveda percaya bahawa pemahaman tentang keadaan pencernaan individu (agni) adalah kunci untuk menentukan diet yang seimbang.
Menurut perubatan Ayurveda, setiap makanan mempunyai rasa sendiri (rasa), tenaga sejuk atau panas (virya) dan kesan kepada pencernaan (vipaka). Ada juga yang mempunyai prabhava, kesan yang tidak dapat dijelaskan. Jadi, selain agni individu menentukan kesesuaian makanan untuk dimakan, kombinasi makanan juga sangat penting.
Apabila dua atau lebih makanan yang mempunyai rasa, tenaga dan kesan selepas pencernaan yang berbeza digabungkan, agni boleh menjadi tidak mampu menanganinya, lalu menghalang sistem enzim dan mengakibatkan pengeluaran toksin. Namun makanan yang sama, jika dimakan secara berasingan, mungkin merangsang agni, dicerna lebih cepat dan mengelakkan penyakit.
Jika anda sedari, lambakan minuman sejuk komersial menawarkan kombinasi susu, buah-buahan bahkan bahan tambahan seperti ubi kayu yang dikira tidak sesuai menurut perubatan Ayurveda. Tidak hairanlah begitu banyak produk pasaran hari ini untuk menangani masalah pencernaan.
Jika anda kerap mempunyai masalah ketidakhadaman dan masalah sistem pencernaan yang lain, mengubah cara pemakanan anda dan mengurangkan pegambilan minuman komersial tersebut mungkin dapat membantu.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen