backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Gerun Nak Hadapi Menopaus? Usah Risau, Tempuhi Fasa Ini Dengan Persiapan Diri Secara Menyeluruh!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/01/2023

Gerun Nak Hadapi Menopaus? Usah Risau, Tempuhi Fasa Ini Dengan Persiapan Diri Secara Menyeluruh!

Apabila bermulanya usia menopause, secara normal akan berakhirlah kitaran haid seseorang wanita. Pada saat ini juga, bermulalah perubahan yang melibatkan aspek fizikal serta emosi.

Menopaus adalah antara fasa kehidupan wanita yang terjadi apabila haid mereka terhenti, sama ada secara semula jadi atau disebabkan rawatan dan prosedur perubatan.

Ini adalah aspek penuaan yang normal dan menandakan berakhirnya tahun reproduktif anda sebagai seorang wanita.

Bagi mereka yang sudah mencecah usia 45 tahun ke atas, persiapkan diri kalian untuk menghadapi simptom-simptom menopaus.

Mengapa? Kebanyakan wanita tidak mampu menangani gejala putus haid dengan mudah dan berlapang dada, lebih-lebih lagi apabila persiapan diri dan pengetahuan tidak dilakukan.

Jadi, apakah jenis persiapan yang perlu kalian titikberatkan? Pasti ada juga antara kita yang tertanya-tanya, berapakah usia menopause wanita? Jom baca untuk informasi lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.  

Apa itu menopaus?

Usia menopause

Menopaus adalah tempoh waktu yang menandakan berakhirnya kitaran haid anda. Ia didiagnosis setelah anda tidak didatangi haid selama 12 bulan.

Tahun-tahun menjelang fasa itu, anda bakal mengalami tempoh peralihan menopaus iaitu perimenopause.

Pada waktu ini, gejala menopaus akan mula muncul merangkumi; panas badan (hot flashes), perubahan kitaran haid dan banyak lagi.

Fasa peralihan untuk usia menopause normal ini juga acap kali bermula dalam lingkungan usia 45 dan 55 tahun, dan biasanya berlangsung sekitar 7 tahun, bahkan hingga 14 tahun!

Semasa kalian sedang melalui perimenopause, pengeluaran estrogen dan progesteron yang dihasilkan oleh ovari bakal menempuhi perubahan yang sangat ketara.

Dalam tempoh ini juga, tubuh mula menggunakan tenaga secara berbeza, sel-sel lemak berubah, dan kenaikan berat badan boleh berlaku.

Menopaus kebiasaannya berlaku secara semula jadi, apabila sudah tiba masanya.

Namun, ia juga boleh dipicu oleh prosedur perubatan; histerektomi atau pembedahan membuang ovari.

Perubahan hormon ketika usia menopause

Estrogen, dikenali sebagai hormon wanita yang utama! Hormon ini bertanggungjawab mendorong pertumbuhan dan kesihatan organ pembiakan wanita.

Di samping itu, ia berfungsi untuk menjaga kelembapan, keanjalan faraj dan membekalkan darah yang mencukupi.

Pun begitu, tahap estrogen secara umumnya menurun semasa perimenopause, walaupun ia terjadi secara tidak menentu.

Kadangkala, lebih banyak hormon estrogen yang terhasil semasa perimenopause berbanding waktu sebelumnya.

Pengurangan pengeluaran estrogen berupaya mempengaruhi fungsi seksual anda secara langsung, seperti isu kekeringan faraj.

Selain estrogen, hormon lain yang turut dihasilkan oleh ovari seperti progesteron (hormon wanita lain) dan testosteron (hormon androgen lelaki yang dihasilkan pada kadar yang lebih rendah pada wanita), juga terjejas dalam usia menopause.

Peringkat menopaus

Usia menopause

Usia menopause normal yang berlaku secara semula jadi tidak disebabkan oleh rawatan perubatan atau pembedahan.

Ia akan berlangsung dengan perlahan dan mempunyai 3 peringkat, merangkumi:

  1. Perimenopause: Fasa ini biasanya bermula beberapa tahun sebelum menopaus, ketika ovari anda secara perlahan-lahan mengurangkan penghasilan estrogen. Perimenopause berlangsung sehingga ke fasa menopaus, apabila ovari anda berhenti melepaskan telur. Dalam 1 hingga 2 tahun terakhir fasa ini, tahap estrogen bakal jatuh dengan lebih cepat dan ramai wanita menghadapi gejala menopaus.
  2. Menopaus: Menopaus normal terjadi apabila kalian tidak lagi mengalami haid selama setahun. Ini menandakan ovari anda telah berhenti melepaskan telur dan mengurangkan pengeluaran sebahagian besar estrogen.
  3. Postmenopause: Ini merangkumi tahun-tahun pasca menopaus. Gejala menopaus seperti panas badan biasanya bakal mereda. Namun, risiko kesihatan yang berkaitan dengan kehilangan estrogen meningkat seiring pertambahan usia.

Simptom

  • Haid tidak teratur
  • Kekeringan faraj
  • Panas badan (hot flashes)
  • Menggigil
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Masalah tidur
  • Perubahan mood
  • Kenaikan berat badan dan metabolisme yang perlahan
  • Rambut menipis
  • Payudara kurang anjal
  • Selalu rasa nak kencing
  • Kekeringan mata, mulut dan kulit
  • Depresi
  • Insomnia

Perlu pembaca fahami, tanda dan simptom, termasuk perubahan haid mungkin berbeza-berbeza bagi setiap individu.

Baca juga:

  • Keliru Sudah Putus Haid Atau Belum? Ini Tanda-tanda Menopaus Yang Boleh Diperhatikan!
  • Datang Haid Seawal Usia 11 Tahun? Ini Antara Ciri-Ciri Menopaus Awal
  • Rawatan

    Walaupun terapi hormon menjadi kaedah yang sangat berkesan untuk melegakan simptom-simptom menopaus, namun ia bukanlah rawatan yang sesuai buat semua individu.

    Alternatif lain adalah rawatan nonhormonal merangkumi perubahan diet, gaya hidup dan pengambilan ubat-ubatan di kaunter.

    Rawatan ini selalunya menjadi pilihan yang lebih baik untuk wanita dengan kondisi perubatan seperti kanser payudara.

    Dr. JoAnn Manson, Profesor Kesihatan Wanita di Harvard Medical School, mencadangkan untuk mengamalkan perubahan gaya hidup sekurang-kurangnya 3 bulan setelah gejala bermula sebelum mencuba terapi hormon.

    #1 Diet semasa usia menopause

    Usia menopause

    Kadangkala, penukaran pola pemakanan dapat memberikan kelegaan terhadap gejala menopaus.

    Mengehadkan jumlah kafein dan makanan pedas yang diambil setiap hari boleh bantu mengurangkan simptom panas badan yang dialami.

    Anda juga boleh menambahkan makanan yang mengandungi estrogen tumbuhan ke dalam diet harian.

    Antara jenis makanan yang boleh dicuba termasuk:

    • Flaks
    • Bijirin
    • Kacang soya
    • Kekacang
    • Lentils
    • Buah-buahan
    • Sayur-sayuran

    #2 Elakkan pencetus hot flashes

    Simptom seperti panas badan boleh dipicu oleh cuaca panas, tabiat buruk merokok, pengambilan kafein, makanan pedas, alkohol, pakaian ketat, atau faktor tekanan.

    Maka, pastikan untuk mengenal pasti faktor pencetus hot flashes anda okey?

    Sesetengah wanita mendapati ia terjadi dek pengambilan gula berlebihan. Ada juga yang disebabkan oleh aktiviti senaman yang dilakukan dalam suhu tinggi.

    #3 Bersenam elakkan simptom memburuk ketika usia menopause

    Bersenam boleh menjadi aktiviti yang sukar dilakukan jika anda menghadapi masalah panas badan, tetapi senaman dapat melegakan beberapa gejala menopaus lain.

    Tambahan itu, bersenam membantu anda tidur lebih lena dan amat disyorkan buat mereka yang mengalami insomnia.

    Jenis senaman yang menenangkan dan tidak agresif seperti yoga juga dapat membaik pulih mood dan meredakan kegelisahan yang mungkin dihadapi.

    #4 Menyertai kumpulan sokongan

    Berkongsi dan berbual dengan wanita lain yang turut mengalami gejala menopaus yang sama, sedikit sebanyak bantu melegakan pergolakan emosi.

    Menyertai kumpulan sokongan bukan sahaja bermanfaat daripada segi emosi dan mental, malah ia membantu kalian mendapatkan jawapan terhadap persoalan yang terlintas di fikiran.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan