backup og meta

Jintan Manis dan Fungsinya yang Bukan Sekadar Rempah Dapur

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/09/2023

    Jintan Manis dan Fungsinya yang Bukan Sekadar Rempah Dapur

    Adakah anda tahu apakah khasiat jintan manis?

    Nama jintan seperti jintan manis bukanlah satu bahan yang asing dalam dapur-dapur rakyat Malaysia.

    Selain jintan manis, jintan putih dan ketumbar juga merupakan antara rempah yang sering disesuaikan secara bersama dengan penggunaan jintan manis untuk masakan.

    Ia sangat popular dalam penggunaan hidangan seperti kari dan sup

    Dalam artikel ini ada jawapannya…

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Khasiat jintan manis untuk kesihatan

    Berikut antara kebaikan jintan manis:

    Sumber yang kaya dengan vitamin C

    Satu cawan bahagian bebawang pokok jintan manis mengandungi hampir 20 peratus daripada keperluan harian vitamin C, menjadikannya sumber yang kaya dengan vitamin yang bermanfaat dalam diet kita.

    Vitamin C memperbaiki kesihatan sistem imun umum, menghasilkan dan memperbaiki tisu kulit, membantu membentuk kolagen, dan melindungi dinding saluran darah sebagai antioksidan terhadap kesan berbahaya radikal bebas yang seringkali boleh membawa kepada penyakit jantung.

    khasiat jintan manis

    Mengandungi sebatian tumbuhan yang kuat

    Khasiat jintan manis yang paling mengagumkan daripada kedua-dua bebawang dan biji jintan adalah disebabkan oleh antioksidan dan sebatian tumbuhan yang kuat yang dimilikinya.

    Minyak pati tumbuhan ini telah terbukti mengandungi lebih daripada 87 sebatian yang tidak menentu (volatile compounds), termasuklah polyphenol antioxidants rosmarinic acid, asid klorogenik, quercetin, dan apigenin.

    Antioksidan polifenol adalah agen anti-radang yang mempunyai kesan kuat terhadap kesihatan anda.

    Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mengikuti diet yang kaya dengan antioksidan ini mempunyai risiko penyakit kronik yang lebih rendah seperti penyakit jantung, obesiti, kanser, penyakit neurologi, dan diabetes jenis 2.

    Tambahan lagi, lebih daripada 28 sebatian telah dikenalpasti terdapat dalam biji jintan ini, termasuk anethole, fenkone, metil chavicol, dan limonene.

    Ekstrak tumbuhan limonene membantu memerangi radikal bebas dan telah terbukti melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh penyakit kronik tertentu, termasuk kanser.

    Khasiat jintan manis #Mengelakkan anemia

    Kedua-dua kandungan zat besi dan histidine yang merupakan asid amino yang terdapat dalam jintan manis, membantu dalam rawatan anemia.

    Zat besi berfungsi sebagai penyusun utama hemoglobin manakala histidin pula merangsang penghasilan hemoglobin dan juga membantu dalam pembentukan berbagai komponen darah yang lain.

    Melegakan pencernaan

    Sesetengah komponen dalam minyak pati jintan manis bertindak sebagai perangsang kerana ia menggalakkan rembesan pencernaan dan jus gastrik, mengurangkan keradangan di dalam perut dan usus, dan memudahkan penyerapan nutrien yang betul daripada makanan.

    Tambahan pula, ia boleh menghilangkan sembelit dan melindungi tubuh daripada pelbagai masalah usus yang dapat dilancarkan daripada disekat.

    Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-berasid (asas) dan digunakan secara meluas dalam persediaan antacid. 

    khasiat jintan manis

    Mengurangkan kembung perut, antara khasiat jintan manis

    Jintan manis sangat popular sebagai antiflatulen (kembung perut), kerana sifat carminatif asid aspartik yang terdapat di dalamnya.

    Ia biasanya digunakan dalam ubat-ubatan untuk mengurangkan simptom dispepsia bukan ulser dan kembung perut dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

    Merawat sembelit

    Biji jintan manis, terutamanya jika ia telah dijadikan dalam bentuk serbuk, dianggap bertindak sebagai julap, terutamanya dalam perubatan Ayurveda.

    Roughage yang terdapat dia dalam jintan ini membantu membersihkan usus, manakala kesan rangsangannya membantu mengekalkan gerakan peristaltik yang tepat pada usus, sehingga membantu mempromosikan perkumuhan.

    Jintan manis juga biasa ditemui dalam ubat-ubatan yang merawat sakit perut, cirit-birit, irritable bowel syndrom (IBS), dan masalah usus lain.

    Khasiat jintan manis #Mengurangkan penyakit jantung

    Jintan ini adalah sumber serat yang hebat. 

    Diet yang tinggi dengan kandungan serat telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung.

    Bebawang pokok jintan dan bijinya juga mengandungi nutrien seperti magnesium, kalium, dan kalsium, yang memainkan peranan penting dalam menjaga jantung manusia agar kekal sihat.

    Memiliki potensi antikanser

    Ekstrak biji jintan ini bukan sahaja menghalang pertumbuhan tumor yang disebabkan oleh konsentrasi flavonoid, alkaloid, dan fenol, tetapi ia juga berpotensi menjadi chemoprotective terhadap kesan radiasi yang berbahaya semasa rawatan kanser.

    Ia juga menunjukkan potensi antikanser terhadap kanser payudara dan kanser hati. 

    Anethole yang merupakan salah satu sebatian aktif utama dalam biji jintan ini telah didapati mempunyai ciri-ciri melawan kanser.

    khasiat jintan manis

    Khasiat jintan manis #Mengawal tekanan darah

    Jintan manis adalah sumber kalium yang sangat kaya.

    Salah satu sifat kalium adalah kualitinya sebagai vasodilator, yang bermakna ia melegakan ketegangan saluran darah, dengan itu mengurangkan tekanan darah.

    Tekanan darah tinggi dikaitkan dengan pelbagai isu kesihatan, termasuk serangan jantung, strok, dan aterosklerosis.

    Bagi pesakit kencing manis, isu tekanan darah boleh menjadikan pengurusan insulin dan tahap glukosa mereka sangat sukar dan boleh menyebabkan banyak komplikasi yang berpotensi membawa kematian.

    Meningkatkan fungsi otak

    Kandungan kalium yang tinggi yang terdapat dalam kandungan bebawang pokok jintan dan biji jintan manis, adalah bersifat elektrolit.

    Elektrolit bermaksud ia memudahkan peningkatan konduksi elektrik ke seluruh badan.

     Ini termasuklah sambungan di dalam otak, yang merupakan papan litar arus elektrik.

    Kalium dapat membantu meningkatkan fungsi otak dan kemampuan kognitif, sekali gus menjadikan ia antara khasiat jintan manis.

    Selain itu juga, jintan ini juga adalah vasodilator, yang bermaksud jika lebih banyak oksigen sampai ke bahagian otak, maka aktiviti saraf boleh berfungsi dengan fungsi yang optimum.

    Remedi cirit-birit yang berkesan

    Jintan ini membantu mengubati cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, kerana beberapa komponen seperti anethol dan cineole mempunyai disinfektan dan sifat antibakteria.

    Sesetengah asid amino, seperti histidine, boleh membantu pencernaan dan berfungsi dengan baik dalam sistem pencernaan.

    Ia sangat membantu menghapuskan cirit-birit akibat ketakcernaan

    Mengurangkan simptom kolik, salah satu khasiat jintan manis

    Jintan manis mempunyai kualiti antispasmodic tertentu yang juga membantu melegakan otot dan mengurangkan ketidakselesaan yang berkaitan dengan kolik.

    Polimer dan molekul berat berguna dalam rawatan kolik buah pinggang.

    Polimer sedemikian, yang juga dikenali sebagai phytoestrogens, didapati dalam anethole, satu komponen minyak pati jintan.

    Meningkatkan imuniti

    Jintan manis yang kaya dengan banyak kandungan nutrien termasuk vitamin C membantu meningkatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan dan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

    Khasiat jintan manis #Mengawal haid

    Jintan manis juga merupakan emmenagog, yang bermaksud ia dianggap memudahkan dan mengawal haid dengan cara mengawal tindakan hormon yang betul dalam tubuh.

    ambahan pula, jintan ini digunakan dalam beberapa produk pengguna untuk mengurangkan kesan PMS, dan ia juga digunakan secara tradisional sebagai pelega kesakitan yang menenangkan dan agen penenang untuk wanita menopaus.

    Baca juga:

    Penjagaan mata

    Menggabungkan jintan manis ke dalam makanan anda boleh membantu melindungi mata anda daripada keradangan, serta membantu mengurangkan gangguan yang berkaitan dengan penuaan awal dan degenerasi makula.

    Hal ini disebabkan oleh tingginya kandungan antioksidan (vitamin C dan asid amino seperti arginine sangat bermanfaat untuk peremajaan tisu dan pencegahan penuaan), detoksifikasi, dan perangsang.

    Ia ditemui secara khusus dalam minyak pati jintan, selain mineral seperti kobalt dan magnesium.

    Jus daunnya dan tumbuhan itu sendiri boleh digunakan secara luaran untuk mata bagi mengurangkan kerengsaan dan keletihan mata.

    Jintan juga merupakan sumber flavonoid yang kaya, yang sangat berguna untuk melindungi sel-sel pigmen daripada mati akibat tekanan oksidatif.

    Dengan melindungi daripada pemusnahan sel-sel pigmen ini, jintan ini dapat diklasifikasikan sebagai berkesan dalam kesihatan mata dengan pelbagai sebab.

    Khasiat jintan manis #Merawat gangguan pernafasan

    Jintan manis berguna dalam gangguan pernafasan seperti sesak nafas, bronkitis, dan batuk disebabkan oleh kehadiran cineole dan anethole, yang merupakan ekspektoran secara semula jadi.

    Biji dan serbuk jintan boleh membantu melancarkan kahak dan dan membuang sebarang sekatan di bahagian saluran tekak dan hidung untuk memastikan pemulihan segera daripada masalah pernafasan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan