29 Punca Sakit Sendi Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang, Patutlah Selalu Lenguh Badan
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/01/2024
Sendi membentuk hubungan antara tulang dan berfungsi memberi sokongan malah bantuan untuk bergerak. Maka, sebarang kerosakan pada sendi yang melibatkan penyakit atau kecederaan boleh menjadi punca sakit sendi yang menjejaskan pergerakan serta menyebabkan kesakitan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otot & Tulang, anda boleh klik di sini.
Apa itu sakit sendi?
Pastinya pernah terdetik di fikiran anda apakah sebenarnya penyebab masalah sakit sendi yang mungkin dialami anda ini, bukan? Dan mungkinkah ada cara untuk merawatnya?
Sakit sendi adalah satu rasa tidak selesa, sakit atau keradangan yang timbul pada mana-mana bahagian sendi – termasuklah tulang rawan, tulang, ligamen, tendon atau otot1.
Sakit sendi yang paling biasa terjadi selalunya merujuk kepada penyakit arthritis atau arthralgia, iaitu keradangan atau sakit dari dalam sendi itu sendiri.
Rasa sakit ini mungkin ringan, terjadi hanya selepas melakukan aktiviti tertentu. Ia menjadikan pergerakan terbatas, lebih-lebih lagi apabila perlu menanggung bebanan berat badan1.
Ketidakselesaan sendi adalah perkara biasa dan seringkali dirasakan pada tangan, kaki, pinggul, lutut atau tulang belakang 2. Kadangkala, sendi akan terasa kebas atau sakit.
Sesetengah pesakit juga mengadu rasa sensasi terbakar, berdenyut-denyut atau sensasi mencucuk 2. Ia boleh berterusan dalam tempoh yang lama, dan kesakitan tersebut boleh datang dan pergi.
Pun begitu, jangan sesekali ambil mudah sakit sendi yang anda alami itu! Kesakitan dan bengkak untuk tempoh jangka masa pendek tetap boleh menjejaskan kualiti hidup anda.
Faktor risiko sakit sendi
Cleveland Clinic menjelaskan, sakit sendi cenderung menjejaskan mereka yang:
Selain itu, faktor usia juga memainkan peranan berkaitan masalah sendi ini. Individu dewasa pertengahan usia atau warga emas antara mereka yang kerap mengalami kesakitan sendi.
Dalam beberapa kes, masalah sendi yang dialami anda mungkin memerlukan pemeriksaan doktor. Ini terutamanya jika anda tidak pasti apakah punca sakit sendi itu berlaku dan wujud simptom yang tidak dapat dijelaskan.
Anda disarankan berjumpa doktor sekiranya sakit sendi anda disebabkan oleh kecederaan dan disertai dengan:
Seperti yang dijelaskan di atas, sakit sendi yang paling biasa terjadi selalunya merujuk kepada penyakit arthritis atau arthralgia 1. Simptom utama arthritis itu sendiri adalah sakit sendi dan kekejangan yang biasanya bertambah buruk seiring pertambahan usia 6.
Jenis arthritis yang paling biasa adalah osteoartritis dan rheumatoid arthritis6. Ayuh semak apakah itu osteoartritis dan juga rheumatoid arthritis.
Osteoartritis
Osteoartritis adalah jenis arthritis yang paling biasa, menjejaskan berjuta-juta individu di dunia 5. Ia berlaku apabila pelapik tulang rawan pelindung yang menutup hujung tulang semakin lemah dari masa ke masa 5.
Walaupun osteoartritis boleh merosakkan sendi, gangguan ini paling kerap menyerang sendi di tangan, lutut, pinggul dan tulang belakang 5.
Osteoartritis berkembang akibat kerosakan tulang rawan yang berfungsi sebagai pelapik antara tulang sendi “mengering” disebabkan oleh faktor penuaan.
Biasanya osteoartritis cenderung mempengaruhi lutut, pinggul, leher, punggung bawah dan jari.
Kesakitan osteoartritis sering berlanjutan daripada rasa sakit buat sementara waktu hingga ke sakit yang berterusan.
Ia bertambah buruk apabila berlakunya pergerakan yang berat atau mendadak, dan reda dengan berehat.
Mengalami kekebasan sendi dan pergerakan terhad juga merupakan antara ciri-ciri sakit sendi osteoartritis.
Rheumatoid arthritis
Rheumatoid arthritis pula adalah penyakit autoimun kronik yang berkembang secara perlahan dalam jangka waktu beberapa minggu hingga bulan.
Apabila sendi perlahan-lahan terjejas, sendi kecil pada bahagian tubuh seperti pada jari tangan dan kaki akan cenderung terkesan terlebih dahulu.
Kesannya, sendi lain contohnya pada pergelangan tangan, siku, pinggul dan tulang belakang turut akan terjejas.
Penyakit Adult Still: Sejenis radang sendi jarang berlaku dengan gejala demam, ruam dan sakit sendi 7
Ankylosing spondylitis: Penyakit keradangan yang dari masa ke masa boleh mengakibatkan tulang kecil pada tulang vertebra bercantum 10
Avascular necrosis: Kematian tisu tulang kerana pengaliran darah yang terhad 8
Kanser tulang
Tulang patah
Bursitis: Keradangan pelindung pelapik di sekitar sendi, dikenali sebagai bursae
Sindrom complex regional pain: Kesakitan kronik berpunca daripada sistem saraf tidak berfungsi
Tulang terkehel: Kecederaan pada sendi – tempat tulang bersatu – di mana hujung tulang dipaksa keluar daripada kedudukan normalnya
Fibromyalgia: Keadaan kesakitan kronik melibatkan peningkatan kepekaan otot meluas, sakit berkaitan saraf, keletihan yang melumpuhkan dan disfungsi kognitif dirujuk sebagai “fibro fog“
Gout: Radang sendi yang berlaku pada individu dengan kadar asid urik tinggi dalam darah
Hipotiroidisme: Tiroid kurang aktif di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon penting dalam jumlah yang mencukupi
Arthritis idiopatik remaja: Masalah sakit sendi yang paling biasa terjadi pada kanak-kanak di bawah usia 16 tahun
Leukemia
Lupus: Penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun menyerang tisu dan organ tubuh
Penyakit Lyme: Berpunca daripada bakteria yang disebarkan oleh gigitan kutu hitam yang dijangkiti, dikenali sebagai ‘deer tick’
Osteoartritis: Penyakit yang menyebabkan kerosakan sendi
Osteomielitis: Jangkitan pada tulang
Penyakit tulang Paget: Keadaan yang menjejaskan proses kitaran semula jadi tubuh
Polymyalgia rheumatica: Gangguan keradangan yang menyebabkan sakit otot dan kebas, terutamanya pada bahagian bahu dan pinggul
Pseudogout: Masalah arthritis yang dicirikan dengan simptom bengkak secara tiba-tiba dan menyakitkan pada satu atau lebih sendi
Psoriatik arthritis: Keadaan arthritis yang menjejaskan individu dengan psoriasis
Reaktif arthritis: Sakit sendi dan pembengkakan yang disebabkan oleh jangkitan pada bahagian lain tubuh
Demam reumatik: Penyakit radang berkembang ketika radang tekak atau demam merah (scarlet fever) yang tidak dirawat dengan baik
Rheumatoid arthritis: Gangguan keradangan kronik yang boleh menjejaskan fungsi tubuh lain
Riket: Keadaan yang melembut dan melemahkan tulang kanak-kanak. Selalunya terjadi kerana kekurangan vitamin D yang melampau dan berpanjangan
Sarcoidosis: Dicirikan oleh pertumbuhan koleksi sel-sel keradangan kecil (granuloma) pada mana-mana bahagian tubuh
Arthritis septik: Jangkitan yang menyakitkan pada sendi. Berpunca daripada kuman yang melalui aliran darah dari bahagian tubuh lain
Terseliuh: Regangan atau ligamen terkoyak – tali tisu berserat kuat yang menghubungkan dua tulang bersama sendi. Bahagian paling biasa untuk terseliuh adalah pada buku lali
Tendinitis: Keradangan atau kerengsaan tendon yang menyebabkan kesakitan pada bahagian luar sendi
Pasti ada yang tidak menyangka banyak faktor yang boleh menyumbang dan menjadi punca sakit sendi. Tetapi adakah terdapat cara menghilangkan sakit sendi yang berkesan? Pastinya ada!
Bagaimana sakit sendi dirawat?
Terdapat beberapa cara bagaimana sakit sendi ini boleh dirawat. Antara rawatan yang boleh digunapakai adalah dari segi ubat-ubatan, terapi fizikal, malah juga perubahan gaya hidup dan rawatan di rumah.
Ubat sakit sendi
Seperti yang dibincangkan dalam Mayo Clinic, ubat untuk merawat arthritis adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis arthritis yang dihidapi anda 4. Antara ubat yang biasa digunakan untuk arthritis adalah:
Ubat tahan sakit. Ubat sakit sendi ini mengurangkan kesakitan, namun tidak memberi kesan kepada keradangan.
Ubat anti-radang nonsteroid (NSAID). Pengambilan ubat analgesik boleh membantu mengurangkan kesakitan, bengkak dan keradangan 4. NSAID hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor. Sila dapatkan rujukan doktor sebelum mencuba sebarang ubat-ubatan.
Sapuan di kulit 4. Beberapa jenis krim dan salap mengandungi bahan aktif yang boleh melega kesakitan. Menggosok krim mahupun salap ini pada bahagian badan yang lenguh boleh “mengganggu” isyarat kesakitan yang dihantar ke badan.
Ubat anti-rheumatik yang mengubahsuai penyakit (DMARD) 4. Ia selalu digunakan untuk merawat rheumatoid arthritis, dengan melambat atau menghentikan sistem imun dari menyerang sendi.
Ubat pengubah tindak balas biologi4. Selalunya digunakan bersama-sama dengan DMARD, ubat genetik ini menyasarkan molekul protein yang terlibat dalam tindak balas imun.
Cara menghilangkan sakit sendi di rumah
Dalam kebanyakan kes, simptom rheumatoid arthritis ataupun sakit sendi boleh dikurangkan dengan:
Senaman. Bersenam secara teratur dapat membantu menjaga kelenturan sendi. Berenang dan aerobik air merupakan pilihan terbaik kerana daya apung air mengurangkan tekanan pada sendi yang menampung berat badan 4
Penurunan berat badan. Sekiranya anda obes, menurunkan berat badan akan mengurangkan tekanan pada sendi yang menanggung berat badan. Ini boleh meningkatkan pergerakan dan mengehadkan kecederaan sendi pada masa hadapan 4
Panas dan sejuk. Pad pemanas atau pek ais boleh membantu melegakan kesakitan arthritis 4
Penggunaan alat bantuan. Menggunakan tongkat atau tempat duduk tandas yang dinaikkan, malah juga alat bantuan lain membantu anda melindungi sendi, lalu meningkatkan keupayaan untuk melakukan tugas harian.
Terapi fizikal
Terapi fizikal berkesan untuk mengurangkan simptom sakit sendi. Senaman dapat meningkatkan pergerakan dan menguatkan otot-otot di sekitar sendi. Dalam beberapa kes, splint atau pendakap mungkin dibenarkan 4.
Berat yang berlebihan boleh menjadi punca kesakitan sendi. Menurut pakar, mengurangkan berat badan adalah faktor besar dalam menguruskan kesan osteroartritis pada bahagian bawah badan 9.
Selain penjagaan pemakanan, senaman air untuk mereka yang mengalami sakit badan. Berenang, aerobik air dan berjalan kaki di dalam kolam renang adalah pilihan yang baik 9.
Jelas beliau, keadaan ini kerana di dalam air, badan akan terapung dan anda dapat mengurangkan beban pada sendi sehingga pergerakan yang dilakukan tidak begitu menyakitkan 9.
Punca sakit sendi sering berlaku akibat pergerakan harian biasa.
Tetapi jika anda mengalami sebarang kesakitan sendi yang tidak dapat dijelaskan, terutamanya jika ia tidak hilang sendiri selepas beberapa hari, lakukan pemeriksaan doktor.
Ini kerana pengesanan dan diagnosis awal dapat memberikan rawatan berkesan terhadap punca ketidakselesaan yang dialami.
Apa yang penting adalah jangan merana dalam diam. Dapatkan rawatan yang bersesuaian. Semoga perkongsian ini berguna!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen