backup og meta

6 Punca Kebas Tangan Ketika Tidur, Ini 4 Petua Untuk Elak Ia Berlaku & Berulang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/01/2024

    6 Punca Kebas Tangan Ketika Tidur, Ini 4 Petua Untuk Elak Ia Berlaku & Berulang!

    Ramai yang kerap mengalami situasi kurang atau hilang deria rasa pada tangan setiap kali selepas bangun tidur tetapi tidak tahu kenapa. Jadi, apa punca kebas tangan ketika tidur yang sebenar ya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Kenapa tangan kebas sewaktu tidur?

    punca kebas tangan ketika tidur
    Tangan kebas biasa berlaku di sekitar lengan.

    Kenapa tangan kebas sewaktu tidur? Masalah kebas pada tangan atau anggota badan lain adalah suatu perkara umum dan biasa terjadi kepada hampir semua individu. Kadangkala, ia mungkin boleh dikategorikan sebagai normal.

    Sebenarnya, tangan lenguh selepas tidur bukan sahaja boleh berlaku semasa atau selepas bangun dari tidur namun pada setiap masa contohnya ketika individu itu sedang duduk, berjalan, berlari serta lain-lain.

    Dalam kes kebas tangan semasa atau selepas bangun tidur, anda juga perlu tahu kenapa ia terjadi!

    Apakah punca kebas tangan ketika tidur?

    Untuk pengetahuan anda semua, mungkin ada beberapa punca tangan lenguh selepas tidur berlaku seperti berikut:

    #1. Posisi tidur yang tidak ideal punca kebas tangan semasa tidur

    Pertama, anda mungkin akan rasa kesemutan di tangan semasa atau selepas bangun tidur angkara posisi tidur yang tidak ideal gara-gara salur darah dan sistem saraf yang telah terhimpit.

    Contohnya, posisi yang tidak bagus untuk tidur adalah dengan meletakkan tangan di bawah bantal kepala kerana ia boleh menyekat salur darah dan menekan sistem saraf di dalam tangan.

    Akibatnya, posisi tidur yang tidak ideal sebegini bakal menyebabkan kesemutan pada tangan anda.

    punca kebas tangan ketika tidur
    Antara tabiat tidur yang perlu dihentikan.

    Punca kebas tangan ketika tidur #2. Masalah saraf

    Kedua, kerosakan pada masalah saraf periferal atau neuropati periferal akan menyebabkan tangan dan anggota tubuh badan lain tidak dapat menerima atau menghantar isyarat dengan sistem saraf pusat. Ini sekali gus menjadi salah satu punca ia menjadi kebas.

    Punca kebas tangan ketika tidur #3. Kondisi diabetes

    Ketiga, sistem saraf juga boleh mengalami kelemahan dan kerosakan angkara kencing manis lantas mengakibatkan kesakitan atau kesemutan pada anggota badan. Sebaiknya, kawal kadar gula dalam darah anda agar masalah ini tidak berlaku dan berulang.

    #4. Sindrom carpal tunnel punca kebas tangan semasa tidur

    Sindrom ini berlaku angkara pemampatan sistem saraf median pada carpal tunnel – laluan sempit yang wujud di bahagian depan pergelangan tangan lantas menyebabkan rasa kesemutan.

    Tidak cuma akan terjadi ketika sedang tidur, sensasi kebas dan sakit ini juga biasa tercetus apabila penderita menggerakkan sendi-sendi di sekitar pergelangan tangan pada masa yang lain.

    #5. Sindrom outlet thoracic

    Sindrom yang juga dikenali dengan istilah TOS ini merupakan gangguan angkara sistem saraf atau salur darah di sekitar leher bawah dan dada atas, mengalami keradangan atau kecederaan.

    Kesannya, sindrom ini tidak hanya akan mengakibatkan kesemutan pada bahagian leher atau dada malah menjejaskan tangan, lengan dan jari dengan gejala masalah deria rasa atau sentuh.

    Punca kebas tangan ketika tidur #6. Kurang kadar vitamin B12

    punca kebas tangan ketika tidur
    Posisi tidur yang salah juga boleh menyebabkan tangan kebas.

    Terakhir, ia juga mungkin adalah petanda awal bahawa tubuh badan anda kekurangan vitamin B12 (kobalamin) yang sangat penting untuk kesihatan otak, darah, tulang, jantung dan lain-lain.

    Selain memicu isu kelesuan dan keletihan tubuh badan, kekurangan vitamin ini juga boleh menjadi salah satu punca kebas tangan ketika tidur. Maka, anda kena ambil lebih banyak vitamin ini.

    Petua hilangkan kebas tangan ketika tidur!

    Sekiranya masalah ini masih berlaku dan berulang kepada anda, sila rujuk kembali kepada punca-punca di atas. Dapatkan nasihat dari doktor bagaimana untuk mengurangkan atau menghilangkan risiko kesemutan pada tangan semasa atau selepas bangun tidur.

    Dalam pada itu, ada petua hilangkan kebas tangan ketika tidur yang anda boleh cuba lakukan seperti:

    • SenamanSenaman ringan seperti regangan tangan mampu menguatkan sistem saraf, otot dan darah sekali gus merendahkan risiko masalah ini terjadi
    • Ubatan – Ubatan oral seperti ibuprofen atau aspirin dan topikal seperti capsaicin atau lidocaine juga mampu mengelakkan kesemutan pada anggota badan
    • Peralatan – Ketika sedang tidur, anda juga boleh menggunakan alatan splints atau wrist guard agar dapat melindungi pergelangan tangan untuk kekal di posisi lurus dan ideal
    • Pembedahan – Jika masalah ini masih membelenggu hidup anda, dapatkan nasihat daripada doktor tentang prosedur pembedahan yang mungkin diperlukan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan