Kebanyakan orang mungkin tidak tahu atau kurang peduli dengan tahap kesihatan kelenjar tiroid melainkan kalau ia sudah timbul masalah. Jadi, kalian kena tahu contoh makanan untuk menyembuhkan tiroid lebih awal!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Kebanyakan orang mungkin tidak tahu atau kurang peduli dengan tahap kesihatan kelenjar tiroid melainkan kalau ia sudah timbul masalah. Jadi, kalian kena tahu contoh makanan untuk menyembuhkan tiroid lebih awal!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Tiroid merupakan sejenis kelenjar yang terletak di hadapan leher dan terlindung di dalam kerongkong. Ia mempunyai bentuk seperti rama-rama dengan badan kecil dan kepak yang meliputi sisi kiri dan kanan tekak.
Menurut National Institutes of Health (NIH), kelenjar ini berfungsi menghasilkan dan merembeskan hormon tiroid ke seluruh tubuh badan bagi membantu mengawal sistem metabolisme agar ia bertindak lebih baik.
Apabila kelenjar ini gagal untuk menghasilkan atau merembeskan hormon tiroid pada paras yang optimum, ia petanda penyakit tiroid. Selepas diabetes, ia adalah masalah endokrin kedua paling bahaya di negara kita.
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat beberapa jenis masalah lazim yang berkaitan kelenjar tiroid termasuk:
Jika anda merupakan salah seorang pesakit kelenjar ini, justeru anda kena tahu makanan untuk menyembuhkan tiroid!
Bayangkan jika anda ada masalah tiroiditis, sudah tentu anda akan mula amalkan petua kecutkan tiroid bukan? Ada beberapa jenis makanan yang mungkin boleh bantu kalian untuk menyelesaikan masalah itu.
Tidak perlu bimbang, berikut beberapa contoh jenis makanan untuk menyembuhkan tiroid yang kalian boleh cuba:
Pertama dan paling penting, anda mungkin memerlukan lebih iodin untuk kelenjar ini berfungsi lebih baik. Salah satu kaedah untuk mendapatkan lebih banyak iodin adalah dengan cara pengambilan produk tenusu.
Produk tenusu hasil haiwan seperti susu, yogurt, keju dan lain-lain memang sarat dengan iodin dan dipercayai mampu memenuhi sekitar 50% daripada keperluan tubuh badan sekali gus bagus untuk kesihatan tiroid.
Kedua, telur ayam mampu memenuhi kira-kira 16% keperluan iodin serta 20% keperluan selenium harian individu.
Merupakan antara jenis superfood yang paling popular, kandungan iodin dan selenium tersebut lebih banyak terdapat dalam bahagian kuning telur. Jadi, anda sudah tentu perlu makan keseluruhan telur ayam.
Ketiga, daging putih seperti ikan kaya dengan iodin dan daging merah seperti kambing dan lembu sarat dengan zink.
Selain iodin, zink juga adalah antara makanan untuk menyembuhkan tiroid kerana ia penting bagi proses penghasilan dan perembesan hormon ini. Namun, pengambilan yang agak berlebihan turut tidak bagus.
Selenium juga merupakan salah satu daripada nutrisi yang penting untuk fungsi kelenjar ini. Menurut kajian terbitan Clinical Endocrinology pada tahun 2013, kacang Brazil adalah antara sumber selenium yang bagus.
Selain itu, ada beberapa lagi jenis kacang yang turut baik untuk tiroid termasuk kacang Hazel, kacang Macadamia dan lain-lain jenis kekacang. Cuma, pastikan anda tidak ambil selenium lebih daripada 400 mg sehari.
Ramai orang mungkin sangka makanan laut termasuk di dalam senarai pantang larang makanan untuk pesakit tiroid sedangkan ia mungkin tergolong di dalam jenis makanan untuk menyembuhkan tiroid.
Selain tinggi iodin, makanan laut terutama jenis kerang-kerangan juga kaya dengan zink yang baik untuk tiroid!
Walaupun ia memang mustahak bagi menyeimbangkan diet harian anda, akan tetapi kalian yang mempunyai masalah tiroid mungkin akan lebih memerlukan buah dan sayur lebih-lebih lagi dari jenis berries serta cruciferous.
Alasannya, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam keluarga di atas kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang mampu mencegah serta melawan masalah keradangan atau kebengkakan pada tiroid.
Mungkin ada beberapa lagi jenis makanan untuk menyembuhkan masalah tiroid sama ada tiroiditis, hipertiroidisme, hipotiroidisme, kanser dan lain-lain namun kemungkinan juga tidak semua makanan akan berkesan.
Kalau anda ada sebarang persoalan tentang permasalahan ini, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar diet ya?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen