Biasanya, ubat-ubatan diabetes, antidepresan dan juga antipsikotik boleh memberikan kesan peningkatan berat badan.
Ubat-ubatan memberikan kesan sampingan dengan cara meningkatkan selera makan, mengurangkan metabolisme badan, malah boleh mengubah kebolehan tubuh dalam membakar lemak.
Ramai yang tidak percaya, bahawa ubat-ubatan juga boleh menjadi antara punca punca obesiti, bukan?
#4. Kesan bakteria usus juga punca obesiti
Dalam perut atau usus manusia, terdapat jutaan bakteria yang disebut sebagai bakteria usus.
Kajian menunjukkan bahawa kewujudan bakteria ini memainkan peranan yang penting terhadap kesihatan keseluruhan tubuh badan kita.
Walau bagaimanapun, individu yang mengalami obesiti cenderung untuk memiliki bakteria usus yang berbeza berbanding individu dengan berat badan normal.
Bakteria usus pada individu yang mempunyai obesiti mungkin lebih efisien dalam memproses tenaga daripada makanan, yang kemudiannya meningkatkan nilai kalori pemakanan.
Namun, masih banyak kajian diperlukan bagi memahami hubungan antara berat badan dan bakteria usus dengan lebih jelas.
#5. Kerintangan leptin
Leptin merupakan sejenis hormon yang membantu mengawal selia selera makan dan juga metabolisme badan.
Hormon leptin ini dihasilkan oleh sel lemak dan akan menghantar isyarat ke otak untuk memberitahu bahawa perut kita sudah kenyang.
Leptin akan mengawal jumlah kalori yang anda makan, selain jumlah lemak yang disimpan dalam tubuh anda.
Walau bagaimanapun, akan wujud satu keadaan yang disebut sebagai kerintangan leptin.
Apabila kerintangan leptin berlaku, otak anda tidak dapat mengesan atau mengenal pasti isyarat daripada leptin.
Apabila ia tidak mendapat isyarat daripada leptin, otak menganggap bahawa perut kita sedang lapar dan membuatkan kita makan dengan lebih banyak.

Kerintangan leptin juga menjadi antara faktor obesiti tanpa kita sedari.
Kesimpulan
Apabila kita bercakap mengenai penyebab obesiti, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan ia terjadi.
Malah, kebanyakannya terdiri daripada perkara-perkara di luar kawalan anda. Ini termasuklah genetik, tabiat makan sewaktu zaman kanak-kanak dan juga peranan hormon.
Walaupun anda mungkin tidak boleh menghalang penyebab obesiti ini daripada berlaku, namun anda masih boleh menurunkan berat badan anda mengikut kemahuan anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen