backup og meta

7 Nutrien Ini Perlu Ada Untuk Membina Tulang Yang Kuat, Ini Cara Untuk Anda Dapatkannya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/12/2023

    7 Nutrien Ini Perlu Ada Untuk Membina Tulang Yang Kuat, Ini Cara Untuk Anda Dapatkannya!

    Setiap individu pasti tahu akan keperluan kalsium untuk tulang, tetapi mungkin ada juga segelintir orang muda yang tidak peduli tentangnya. Ini merupakan satu kesilapan besar yang boleh memberi kesan kepada kesihatan kelak.

    Persoalannya, apakah usaha yang kita boleh lakukan bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan mendapatkan nutrien yang betul untuk penjagaan tulang yang kuat dan sihat?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otot dan Tulang, anda boleh klik di sini.

    Masalah tulang boleh menjejaskan mobiliti 

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 1.71 bilion individu di seluruh dunia menghidapi masalah muskuloskeletal seperti tulang, sendi, dan otot.1

    Kesannya, masalah ini akan menjejaskan aspek mobiliti, kecekapan dan ketangkasan individu terutama golongan dewasa muda, sekali gus menyebabkan mereka hilang atau kurang keupayaan diri untuk menjalani kehidupan dengan baik.1

    Sekiranya anda juga tergolong dalam salah seorang daripada mereka yang bermasalah seperti kerap sakit belakang, sila periksa semula gaya hidup anda dan dapatkan nasihat pakar kesihatan sekiranya masalah berterusan. 

    Pengambilan diet seharian yang kurang nutrisi penting boleh menjejaskan ketumpatan dan kekuatan tulang. Salah satu nutrien penting yang sering dikaitkan dengan kesihatan tulang adalah kalsium.2

    Tulang tidak akan kekal kuat dan sihat selamanya. Ia memerlukan penyelenggaraan yang konsisten. Jika pengambilan kalsium tidak mencukupi, tubuh akan mula mengambil  kalsium daripada tulang dan menyebabkan ia menjadi lemah dan rapuh apabila ia berlaku dengan terlalu kerap.2

    Maka, tidak hairanlah jika ramai pakar menyarankan kita untuk mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi setiap hari. Susu dan produk tenusu merupakan sumber kalsium yang paling mudah didapati. Selain itu, kalsium juga boleh didapati dalam makanan lain seperti sayuran hijau, ikan bilis, ikan sardin, kacang badam dan tauhu.

    kalsium untuk tulang

    Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengabaikan kesihatan tulang lebih awal sebelum menginjak usia emas!

    Kepentingan kalsium untuk tulang manusia

    Bagi mengelakkan masalah tulang, individu terutama mereka yang baru sahaja memasuki usia dewasa muda wajar memberikan lebih fokus kepada aspek diet pemakanan agar ia lebih sihat dan seimbang.

    Untuk pengetahuan anda semua, kalsium untuk tulang ini merupakan antara nutrisi yang sangat penting!

    Menurut Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) untuk Malaysia, pengambilan kalsium bagi individu berusia 10 – 18 tahun adalah sekitar 1,000 mg sehari. Jumlah ini boleh meningkat kepada 1,200 mg seiring peningkatan usia.3

    Tidak perlu risau, terdapat banyak makanan kalsium untuk tulang yang boleh diambil secara semula jadi. Jika anda mengamalkan diet dan pola pemakanan yang betul anda boleh mendapatkan jumlah nutrisi yang diperlukan secukupnya.

    kalsium untuk tulang

    Selain kalsium untuk tulang, apa lagi nutrien lain yang diperlukan? 

    Setiap kali bercakap tentang tulang, fokusnya tentu kepada kalsium sahaja. Sedangkan, ada beberapa lagi nutrien yang turut penting untuk mengekalkan  tulang yang sihat, termasuklah:

    • Vitamin D – Vitamin ini memainkan peranan yang penting bagi melindungi tulang. Ia akan bertindak dengan cara meningkatkan penyerapan kalsium serta membantu menyokong otot yang diperlukan untuk melindungi daripada terjatuh.4
    • ProteinNational Osteoporosis Foundation (NOF) menyatakan bahawa pengambilan diet tinggi protein boleh membantu memberi impak positif kepada ketumpatan tulang dan risiko keretakan tulang pada bahagian tulang belakang lumbar.5
    • Kolagen – Kolagen merupakan bahan binaan asas pada tulang kita.6
    • Inulin – Ia merupakan sejenis prebiotik yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik. Bersama dengan prebiotik fructo-oligosaccharides (FOS), ia akan membantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam tubuh badan. Hasilnya, tulang anda secara tidak langsung juga akan lebih kuat dan sihat.7
    • Zat besi – Ia memainkan peranan penting di dalam proses sintesis kolagen serta metabolisme vitamin D yang akan mempengaruhi kesihatan tulang manusia.8
    • Zink – Ia diperlukan untuk membantu sistem pertahanan badan melawan mikrob dalam tubuh badan. Di samping itu, zat ini turut diperlukan dalam proses membina dan membaiki tisu tulang.9

    Jadi, untuk membina kesihatan tulang yang baik, anda perlukan nutrien-nutrien di atas!

    Tip dapatkan kalsium dan nutrien lain secukupnya dalam diet

    Mungkin ramai yang rasa, agak mustahil bagi individu mendapatkan 1,000 mg kalsium hanya daripada makanan dan minuman

    Maka, tidak hairanlah jika ramai yang cuba mengambil suplemen seperti pil kalsium untuk tulang. Pun begitu, ada sebab kenapa ia mungkin kurang digalakkan kerana berisiko membawa kesan sampingan.

    “Nutrien di dalam bentuk suplemen seperti pil tidak mampu diproses secara  berkesan seperti yang  diambil daripada sumber makanan dan minuman. Terdapat kajian yang mencadangkan, suplemen kalsium dikhuatiri akan membawa kepada masalah pada organ penting iaitu jantung,” jelas Pakar Kardiologi, Dr Erin Michos.10 

    Maka, anda perlu mengutamakan sumber-sumber kalsium semula jadi iaitu daripada makanan dan minuman. Antara pilihan yang dipercayai paling mudah didapati, adalah melalui hasil tenusu.

    Produk tenusu seperti keju, yogurt, dan paling popular, susu dengan kandungan hampir 300 mg kalsium dalam satu cawan, merupakan sumber kalsium yang sangat baik sekali gus membantu meningkatkan ketumpatan, kekuatan dan kesihatan tulang.11

    Selain itu juga, sayur hijau seperti brokoli dan kailan, ikan laut seperti salmon dan sardin juga merupakan antara sumber kalsium yang harus anda pertimbangkan.11

    Dalam masa yang sama, jangan lupakan nutrien lain yang telah disebut di atas! Agar lebih mudah, anda boleh sahaja mengikuti panduan diet yang sihat seperti saranan konsep suku-suku separuh.

    Jadi, bagaimana lagi anda boleh dapatkan sumber kalsium untuk tulang dan nutrisi lain yang mencukupi dalam diet harian anda?

    kalsium untuk tulang

    Susu adalah antara sumber kalsium untuk tulang dan nutrisi lain!

    Sekiranya anda masih ragu-ragu dan bingung tentang sumber kalsium untuk tulang yang bagus, pertimbangkan untuk mengambil Anlene sebagai diet seimbang harian anda!

    Anlene dikenali sebagai jenama susu tepung dewasa nombor satu di Malaysia, kini memperkenalkan rangkaian terbaru, Anlene Total 10.

    Produk susu tepung  daripada Anlene ini juga mengandungi nutrien lain seperti tinggi kalsium, protein, kolagen, prebiotik inulin, zat besi + zink, vitamin (A, B2, B6, B12, C, D, E) serta MFGM Active.

    Menariknya, produk susu Anlene Total 10 ini hanya perlu diminum dua gelas sahaja setiap hari bagi  membantu memenuhi 100%* keperluan kalsium dan vitamin D harian anda. (*Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia untuk wanita berumur 51 & ke atas, untuk kalsium & vitamin D.)

    Walaupun stigma masyarakat kita yang mengatakan susu hanya untuk kanak-kanak atau warga emas, sila abaikan! Orang dewasa muda atau belia berusia dalam lingkungan 19 ke 45 tahun juga memerlukan susu seperti ini sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian.

    Kandungan susu tinggi kalsium dan protein ini mampu membantu tubuh badan anda dalam membina tulang yang kuat lagi sihat selain membantu memperbaiki tisu serta otot tubuh badan.12

    Dengan pengambilan susu dalam diet seimbang berserta amalan gaya hidup sihat termasuk bersenam dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala, dapat membantu mengekalkan tulang yang kuat.

    Jika masih ada keraguan atau kebimbangan terhadap risiko tulang lemah, bolehlah berbincang dengan doktor anda.

    BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan