backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Selalu Rasa Sakit Di Bahagian Sendi Jari Tangan? Ada 6 Punca Anda Perlu Awasi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

Selalu Rasa Sakit Di Bahagian Sendi Jari Tangan? Ada 6 Punca Anda Perlu Awasi

Pernahkah anda berasa sakit sendi tangan ataupun sakit sendi jari tangan yang berpanjangan? Tak cukup dengan itu, kadang-kala anda juga mengalami kesakitan di bahagian siku, bahu, mahupun bahagian bawah tubuh seperti tumit, lutut dan pinggang?   

Ini pasti akan membuatkan anda tertanya-tanya, apakah kesakitan yang sedang anda alami itu? Adakah terdapat cara hilangkan sakit sendi tangan ini juga? Ikuti jawapannya di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang & Otot, sila dapatkannya di sini.

Sakit Sendi Jari Tangan: Mungkinkah Ia Rheumatoid Arthritis?

Menurut Arthritis Foundation, rheumatoid arthritis atau RA adalah sejenis penyakit autoimun yang boleh menyebabkan sakit sendi  – biasanya menjejaskan tangan, lutut ataupun tumit  . 

Ia juga boleh menjejaskan tubuh badan lain seperti mata, jantung dan sistem peredaran darah dan/atau paru-paru. 

Bagi individu yang sihat, sistem imun akan melawan penceroboh seperti bakteria dan virus.

Namun bagi pesakit dengan penyakit autoimun seperti RA, sistem pertahanan tubuh menganggap sel tubuh sebagai penceroboh dan melepaskan bahan kimia keradangan yang akan menyerang, dikenali sebagai synovium– lapisan tisu sekitar sendi yang menghasilkan cecair untuk membantu sendi bergerak dengan lancar.

Menurut Arthritis Foundation lagi, synovium yang meradang akan menjadi lebih tebal dan menjadikan kawasan sendi berasa sakit dan sensitif, kelihatan merah dan bengkak serta menyukarkan pergerakan sendi.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), antara simptom rheumatoid arthritis termasuklah:

  • Sakit di satu sendi atau lebih dari itu
  • Bengkak dan kekebasan di satu atau lebih dari satu sendi
  • Simptom yang sama pada kedua-dua bahagian badan (contohnya seperti di kedua-dua belah tangan atau lutut)
  • Turun berat badan
  • Demam
  • Keletihan
  • Lemah badan

Memandangkan RA boleh merebak dengan pantas, simptom yang terjadi boleh menjadi semakin buruk jika tidak dirawat.

Bukan setakat tangan, lutut ataupun tumit, American College of Rheumatology turut mendedahkan sendi kecil di tangan dan kaki antara sendi yang paling kerap terjejas

Berikut antara jenis kecacatan sakit sendi tangan dan sakit sendi jari tangan disebabkan rheumatoid arthritis yang mungkin anda alami: 

Sakit sendi jari tangan #1: Ulnar deviation atau ulnar drift

sakit sendi jari
Jenis sakit sendi tangan.

Menurut kajian yang ditulis oleh George R. Fearnley, bertajuk “Ulnar Deviation of the Fingers”, ulnar deviation boleh terjadi pada kedua-dua belah tangan, ataupun satu tangan sahaja .

Keadaan ini melibatkan jari-jemari kelihatan mencondong ke jari kelingking dan mula menjauhi jari ibu. Mengapa ia terjadi? Apabila tulang rawan mula hilang fungsi dengan ketara, tulang yang lain akan mula “berlanggar” dengan sendi.

Ini kemudiannya akan mendatangkan kerosakan pada sendi tersebut hingga menyebabkan ia terdistorsi dan membengkok .

Sakit sendi jari tangan ini tidak selalunya disebabkan oleh RA, sebaliknya ia juga boleh berlaku disebabkan gout arthritis kronik, ataupun Parkinson. 

2. Kecacatan leher swan (swan-neck)

Melibatkan sendi bawah dan yang paling hujung jari anda membengkok ke bawah, manakala sendi jari tengah memanjang (dan membengkok ke belakang) lebih daripada normal.

Kelemahan dan “robekan” ligamen dan tendon ini terjadi disebabkan kecederaan, ataupun kerana RA.

Sakit sendi jari tangan #3: Kecacatan Boutonniere

sakit sendi jari tangan
Kecacatan tangan.

Turut dikenali sebagai kecacatan lubang butang (buttonhole). 

Kecacatan Boutonniere dikenal pasti apabila sendi jari tengah membengkok ke arah bawah tapak tangan, manakala sendi hujung jari membengkok ke atas menjauhi tapak tangan.

Sakit sendi tangan #4 Ibu jari Hitchhiker 

Melibatkan kecacatan terjadi pada ibu jari tangan. 

Ia turut dikenali sebagai kecacatan ibu jari Z, berlaku apabila ibu jari tangan membengkok di bahagian sendi yang menjadikannya lebih rapat dengan tapak tangan, dan kembali membengkok ke belakang di bahagian sendi yang berada di bawah kuku ibu jari .  

5. Claw toe

Boleh terjadi melalui beberapa keadaan, contohnya seperti:

  • Jari kaki membengkok ke atas daripada bahagian tapak kaki anda
  • Jari kaki membengkok ke bawah ke arah tapak kaki, di bahagian sendi tengah
  • Jari kaki membengkok ke bawah di bahagian sendi atas, di bahagian kuku jari
  • 6. Bunion

    Bunion terjadi apabila ibu jari kaki anda menjadi lebih besar dan terkeluar daripada garisan normal tapak kaki. Ia kemudiannya menjadikan ibu jari kaki anda menekan jari kaki kedua, lalu membuatkan jari kaki kedua bertindih ke atas jari ketiga.

    Penderita kecacatan yang disebut di atas amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengenal pasti punca sakit sendi jari tangan ataupun jari kaki yang dialami, lebih-lebih lagi jika kesakitan berpanjangan, dan pembengkakan di bahagian jari tangan atau kaki.

    Punca Sakit Sendi Jari Tangan Atau Sakit Sendi Tangan

    Selain disebabkan masalah rheumatoid arthritis, masalah sakit sendi jari tangan turut boleh terjadi kerana:

    • Terkehel atau terseliuh: Masalah terkehel paling kerap berlaku pada bahu dan jari.  Ia selalunya terjadi apabila ligamen jari terlalu tegang atau terkoyak. Ketegangan yang berlaku pada otot atau tendon boleh menyebabkan jari terkehel, lebih-lebih lagi semasa bersukan, terjatuh, mengangkat barang dengan postur yang salah dan lain-lain. 
    • Tulang patah: Jari tangan sakit saat ditekan apabila terdapat tulang yang patah berhampiran dengan sendi anda. Tulang patah apabila terjadi retak atau patah pada satu atau lebih tulang tangan.
    • Metastasis: Kejadian metastasis tulang adalah berbeza mengikut jenis tumor dan tahap diagnosis. Tumor terjadi apabila sel barah tersebar ke tisu tulang. Keadaan ini jarang berlaku, dan biasanya ia terjadi pada penghidap kanser. Antara simptomnya adalah seperti sakit tulang dan kelemahan anggota badan .
    kaki terseliuh
    Cara merawat kaki terseliuh.

    Bagaimana Rheumatoid Arthritis Dirawat?

    Umumnya, rheumatoid arthritis tidak boleh diubati. Tetapi kajian klinikal menunjukkan pencegahan simptom mungkin boleh berlaku apabila anda melakukan rawatan awal dengan ubat-ubatan yang dikenali sebagai ubat anti-rheumatik yang mengubah penyakit (DMARDs) .

    Seperti yang dikongsi oleh Mayo Clinic, doktor akan menyarankan tiga cara hilangkan sakit sendi tangan ini :

    Ubat-ubatan yang sering dipreskripsi oleh doktor untuk merawat sakit sendi boleh dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu: 

    • Ubat anti-radang nonsteroid (NSAID) – membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan . Sila dapatkan rujukan doktor sebelum mencuba sebarang ubat-ubatan NSAID
    • Ubat anti-rheumatik yang mengubahsuai penyakit (DMARD) – digunakan untuk merawat RA, dengan melambat atau menghentikan sistem imun dari menyerang sendi . 
    • Ubat pengubah tindak balas biologi – digunakan bersama DMARD, ubat genetik ini menyasarkan molekul protein yang terlibat dalam tindak balas imun
    • Petua hilangkan sakit jari tangan dengan pemakanan

      Arthritis Foundation mendedahkan perkaitan antara apa yang dimakan setiap hari dan kesannya terhadap penyakit rheumatoid arthritis.

      Diet yang seimbang dengan pemilihan makanan yang tepat membantu mengurangkan simptom dan meredakan keradangan. 

      Diet tidak akan menyembuhkan rheumatoid arthritis, tetapi pilihan makanan yang tepat dapat membantu mengawal keradangan dan mengurangkan sakit sendi jari tangan, seperti

      • Makanan diperkaya dengan Omega-3 seperti ikan salmon, tuna dan kekacang
      • Makanan diperkaya dengan antioksidan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, wain merah, coklat gelap, dan kayu manis
      • Minyak zaitun turut dilihat mengurangkan keradangan

      Kesimpulan


      Dapatkan rawatan dengan segera jika kesakitan yang dialami anda sudah berlanjutan selama beberapa hari. 

      Penafian

      Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



      Disemak secara perubatan oleh

      Dr. Joseph Tan

      Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


      Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

      ad iconIklan

      Adakah artikel ini bermanfaat?

      ad iconIklan
      ad iconIklan