backup og meta

Vitamin D Paling Bagus Untuk Badan? Kenali Jenis Vitamin D2 Dan D3!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

    Vitamin D Paling Bagus Untuk Badan? Kenali Jenis Vitamin D2 Dan D3!

    Sebenarnya, terdapat banyak vitamin yang bagus untuk badan dan ini termasuk juga jenis D yang turut terkenal dengan gelaran vitamin daripada sinaran cahaya matahari.

    Ini kerana anda mungkin boleh dapat manfaat vitamin ini dengan membiarkan kulit anda terkena atau terdedah kepada cahaya matahari atau daripada sumber yang lain.

    Di bawah keluarga vitamin D ini pula, wujud 2 jenis utama iaitu D2 dan D3. Apa beza di antaranya dan adakah ini vitamin yang bagus untuk badan? Jom teruskan baca artikel.

    Apa itu vitamin yang bagus untuk badan; D2 & vitamin D3?

    Seperti mana yang telah kami kata di atas tadi, vitamin D adalah salah satu daripada vitamin yang bagus untuk badan dan ia ada 2 jenis utama yakni D2 (ergocalciferol) dan D3 (colecalciferol).

    Kepentingan vitamin D yang utama adalah untuk tulang, otot, mulut, berat badan serta bagus juga untuk diambil oleh kanak-kanak, ibu hamil, pesakit diabetes dan hipertensi.

    Untuk pengetahuan anda semua, kedua-duanya ini adalah berada di bawah satu keluarga sama namun mungkin berbeza dari segi sumber, manfaat dan lain-lain aspek.

    Apa yang mungkin akan jadi persoalan adalah jenis mana lebih baik untuk anda ambil untuk tubuh badan yang lebih sihat? Ia berbeza bergantung kepada individu itu sendiri.

    Apa beza vitamin D2 & vitamin D3?

    vitamin yang bagus untuk badan

    Meskipun berkongsi nama dan keluarga, kedua-duanya ini mungkin berbeza dari aspek berikut:

    Apa sumber utama kedua-duanya?

    Sangat sesuai dengan namanya, vitamin D2 dan D3 ini mempunyai sumber utama yang sama iaitu sinaran cahaya matahari namun dengan pendekatan unik bagi masing-masing.

    Vitamin D2 ini berasal daripada pelbagai jenis tumbuhan, tanaman atau haiwan yang terdedah kepada cahaya matahari contohnya seperti cendawan shiitake yang sangat popular.

    Vitamin D3 pula berasal daripada pendedahan terus atau langsung tubuh badan individu terhadap cahaya matahari terutama pada waktu pagi dianggarkan sekitar jam 9 ke 11 pagi.

    Pun begitu, kedua-duanya mungkin masih akan dapat ditemui di dalam variasi jenis makanan, minuman serta suplemen tambahan lain yang anda boleh cari dan beli di farmasi.

    Apa manfaat penting vitamin yang bagus untuk badan, D2 dan D3?

    Walaupun anda ambil vitamin D2 dan D3 secara serentak, ia tidak akan mendatangkan sebarang masalah tetapi manfaat penting yang bakal anda terima itu mungkin tidak sama.

    Manfaat tersebut adalah kedua-duanya dipercayai mampu meningkatkan kadar vitamin D di dalam darah (calsifediol) namun tahap keberkesanannya agak sedikit berbeza.

    Ini kerana vitamin D3 mampu untuk meningkatkan kadar calsifediol dengan lebih baik berbanding vitamin D2 ekoran ia terbentuk secara semula jadi di dalam tubuh badan.

    Kajian melibatkan 32 orang individu membuktikan 1 dos vitamin D3 adalah hampir 2 kali ganda lebih efektif untuk meningkatkan kadar calsifediol berbanding 1 dos vitamin D2.

    vitamin yang bagus untuk badan

    Penyerapan di dalam tubuh badan

    Dua aspek di atas tadi adalah perbezaan di antara vitamin D2 dan vitamin D3 sementara aspek penyerapan di dalam tubuh badan pula adalah persamaan bagi kedua-duanya.

    Ini kerana kedua-dua vitamin ini akan diserap ke dalam bentuk aktif yang sama iaitu calcitriol serta tidak akan mendatangkan sebarang kesan mudarat apabila ia diambil.

    Dalam pada itu, vitamin-vitamin ini juga adalah jenis yang larut dalam lemak maka tubuh badan anda akan menyerap dan menyimpan ia ke dalam lemak sebelum diproses.

    Disebabkan itu pula, anda harus pantau dan teliti dengan jumlah pengambilan vitamin D sama ada dari sumber makanan, minuman atau suplemen agar ia lebih seimbang.

    Vitamin D mana yang perlu anda ambil?

    Pakar mengesyorkan agar anda mendapatkan sekurang-kurangnya 15 mikrogram (mcg) vitamin D sehari dari pelbagai sumber dan ia juga merangkumi jenis D2 serta D3.

    Sebenarnya, tidak ada kajian yang kata bahawa salah satu daripada kedua-dua jenis vitamin ini adalah lebih baik berbanding vitamin satu lagi kerana ia tidak jauh berbeza.

    vitamin yang bagus untuk badan

    Pun begitu, vitamin D3 dipercayai mampu meningkatkan kadar calsifediol dengan lebih baik berbanding vitamin D2 ekoran ia terbentuk secara semula jadi di dalam tubuh badan.

    Sementara itu, vitamin D2 ditemui di dalam sumber lebih semula jadi seperti tumbuhan, tanaman dan haiwan yang bermakna ia mungkin lebih natural berbanding vitamin D3.

    Dalam erti kata lebih mudah, anda tidak perlu terlalu risau atau khuatir tentang jenis mana yang perlu anda ambil. Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor tentangnya.

    Kesimpulannya, ia memang vitamin yang bagus untuk badan dan anda perlu ambil untuk mendapatkan manfaatnya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan