Nak guna ubat-ubatan untuk kurangkan rasa sakit terseliuh kaki?

Anda boleh mendapatkan ubat tahan sakit atau pain reliever di kaunter farmasi bagi mengurangkan kesakitan yang dialami akibat masalah terseliuh.
Anda juga boleh mendapatkan ibuprofen (Advil, Motrin IB) atau naproxen sodium (Aleve dan lain-lain) atau juga acetaminophen (Tylenol). Kesemuanya berkesan untuk mengurangkan kesakitan tersebut.
Namun, jika anda tidak begitu pasti berkenaan keadaan sebenar kaki anda, berjumpalah dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya.
Lakukan pemeriksaan dalaman juga kalau terseliuh kaki
Jika anda hanya mengalami masalah terseliuh bersifat ringan dan tidak parah atau teruk, anda masih boleh merawatnya di rumah melalui kaedah RICE ini.
Walau bagaimanapun, setiap kecederaan yang dialami perlu dilaporkan kepada pihak doktor terlebih dahulu bagi mengesan sekiranya terdapat kecederaan dalaman yang lebih parah.
Doktor akan melakukan beberapa jenis pemeriksaan seperti X-ray, MRI, CT-scan dan juga ultrasound.
Ini untuk memastikan agar tidak terdapat sebarang tulang yang patah dan mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi kecederaan ligamen.
Hanya selepas disahkan doktor bahawa kaki anda hanya mengalami seliuh yang biasa, barulah anda boleh merawat sendiri kaki anda di rumah melalui nasihat doktor.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen