Bekal Untuk Anak

Hi semua,


Saya ibu baru yang berminat nak masakkan bekal untuk anak. Anak sulung saya baru masuk sekolah dan dia pun suka sangat kalau boleh bawa bekal dari rumah.


Tapi, sebagai ibu yang bekerja, kadang-kadang rasa susah nak sediakan bekal yang mudah tapi dalam masa yang sama berkhasiat.


Selalunya menu yang saya sediakan ialah sandwich telur atau sardin, nugget sikit, nasi goreng kampung dengan telur mata ataupun cereal, susu dan jus.


Ibu lain ada tak idea bekal yang menarik untuk anak bawa ke sekolah? Lepas dah sediakan satu bekal ni, rasa excited pula nak masak banyak lagi!


Ni contoh bekal-bekal yang sapa pernah masak untuk anak sulung saya. Alhamdulillah dia bukan picky eater. Makan je semua benda. Ibu-ibu lain pun boleh juga share bekal masing-masing. Mana tahu boleh kongsi idea.

Bekal Untuk AnakBekal Untuk Anak
Bekal Untuk AnakBekal Untuk Anak
Bekal Untuk AnakBekal Untuk Anak
6
33k
3 komen

3 komen

Kalau ada anak yang picky eater, artikel ni mungkin boleh bantu: https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/jika-anak-memilih-makan-ini-panduan-penggantian-makanan-untuk-kanak-kanak/

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
1

Wow menarik ni! Ibu ayah yang lain kalau nak cuba pun boleh ni.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas

Wah...alhamdulillah anak puan tak picky eater..seronok boleh bekalkan macam-macam.


Kes saya pula, anak memang picky eater...

tapi memang aktif la...cuma itulah, bab makan, sangat memilih.


Oleh sebab dia picky eater, memang kena bawa bekal..tapi biasanya cereal atau biskut..sebab itu aje yang dia rasa nak makan...

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa