backup og meta

Loratadine Ubat Alergi: Kegunaan, Cara Pengambilan & Kesan Sampingan

Loratadine Ubat Alergi: Kegunaan, Cara Pengambilan & Kesan Sampingan

Loratadine adalah sejenis ubat antihistamin yang merawat simptom-simptom seperti gatal, hidung berair, mata berair, bersin disebabkan “demam alah” dan alahan yang lain. Ia juga turut digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal.

Ubat loratadine untuk gatal?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Ubat, sila dapatkannya di sini.

Apa itu Loratadine?

Ubat loratadine untuk gatal?

Loratadine tidak mencegah gatal-gatal atau mencegah/merawat alahan yang serius (sebagai contoh anafilaksis). Oleh itu, jika doktor anda telah mempreskrip epinefrina untuk merawat tidakbalas alahan, sila sentiasa membawa penyuntik epinefrina bersama anda.

Jangan gunakan loratadine di tempat yang sama anda menggunakan epinefrina.

Jika anda merawat diri sendiri menggunakan Loratadine ubat selsema untuk mengatasi simptom alergi seperti hidung berair, adalah sangat penting untuk membaca arahan pakej dari pengilang agar anda tahu bila anda perlu berunding dengan doktor atau ahli farmasi.

Jangan menggunakan Loratadine ubat selsema untuk merawat simptom hidung berair dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun melainkan disuruh oleh doktor.

Jika anda menggunakan tablet kunyah, jangan menggunakannya untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun melainkan disuruh oleh doktor.  

Kegunaan

Bagaimanakah kegunaan Loratadine ubat selsema?

Jika anda menggunakan produk ubat melalui kaunter (OTC) untuk merawat simptom alergi seperti hidung berair, sila baca semua arahan di dalam pakej produk sebelum mengambil Loratadine.

Jika doktor anda mempreskripsi Loratadine, adalah penting untuk anda menurut arahan doktor dan arahan pada label preskripsi. Sebarang persoalan sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi.

Ambil Loratadine melalui mulut bersama atau tanpa makanan, kebiasaannya sekali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor atau pakej produk.

Jika anda menggunakan tablet kunyah, sila kunyah setiap tablet dengan baik dan telan. Dos bergantung kepada umur, keadaan dan respon kepada rawatan.

Jangan tambahkan dos anda atau mengambil ubat ini lebih kerap daripada yang diarahkan. Jangan mengambil Loratadine melebihi apa yang disyorkan untuk umur anda.

Ubat loratadine untuk gatal?

Maklumkan pada doktor anda jika simptom alahan anda tidak bertambah baik selepas 3 hari tempoh rawatan atau gatal-gatal berpanjangan melebihi 6 minggu.

Dapatkan rawatan segera jika keadaan anda semakin teruk atau merasakan bahawa anda mempunyai masalah perubatan yang serius (contohnya tindakbalas alahan/anafilaksis yang sangat serius).

Loratadine adalah ubat antihistamin? Ini cara penyimpanannya

loratadine adalah
Ubat desloratadine.

Loratadine adalah paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Loratadine di bilik mandi atau peti sejuk.

Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Apabila ia berkait dengan loratadine adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda.

Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang loratadine ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Apabila ia berkaitan dengan loratadine, adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan.

Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan loratadine untuk rawat hidung berair?

Sebelum mengambil loratadine adalah perlu untuk:

  • Beritahu doktor dan ahli farmasi anda jika anda mempunyai alahan terhadap loratadine, jenis loratadine yang lain atau terhadap mana-mana bahan dalam jenis loratadine yang akan ada ambil. Sila semak label pada pakej untuk melihat bahan-bahannya.
  • Sila beritahu doktor dan ahli farmasi anda apa preskripsi dan non-prekripsi loratadine, vitamin, suplemen nutrisi dan produk herba yang anda sedang dan merancang untuk ambil. Pastikan anda menyebut loratadine adalah untuk demam dan alahan.
  • Sila beritahu doktor anda jika anda mempunyai atau pernah mengalami asma, penyakit buah pinggang atau penyakit hati.
  • Sila beritahu doctor anda jika anda mengandung, merancang untuk mengandung atau sedang menyusukan bayi. Jika anda mengandung ketika sedang mengambil loratadine, sila berhubung dengan doktor anda.
  • Jika anda mempunyai penyakit fenilketonuria (PKU, satu keadaan yang diwarisi dari ibubapa dimana diet yang khusus harus diikuti untuk mengelakkan terencat akal), anda harus tahu bahawa sesetengah jenama tablet oral mungkin mengandungi aspartame yang membentuk fenilalanin.
ubat gatal
Punca asma dan alergi makin teruk.

Adakah loratadine untuk ibu hamil atau menyusukan bayi selamat?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini untuk atasi simptom hidung berair.

Loratadine adalah berdasarkan kepada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), tergolong dalam ubat kategori B bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  •          A=Tiada risiko
  •          B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  •          C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  •          D=Terbukti berisiko
  •          X=Kontraindikasi
  •          N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Kesan sampingan loratadine adalah?

Dapatkan pertolongan perubatan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda alahan berikut: gatal-gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Hubungi doktor anda serta merta jika anda mengalami kesan sampingan yang serius seperti: degupan jantung laju atau tidak sekata; rasa ingin pengsan; jaundice (kuning pada kulit dan mata); atau sawan.

Kesan sampingan yang kurang serius adalah: sakit kepala; gugup; rasa penat atau mengantuk; sakit perut; cirit-birit; mulut kering, sakit tekak dan suara serak; mata merah, pandangan kabur; hidung berdarah; atau ruam pada kulit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas loratadine?

Loratadine mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius.

Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi.

Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Kesan farmakologi loratadine adalah sangat hampir dengan desloratadine. Jangan gunakan ubat yang mengandungi desloratadine semasa menggunakan loratadine.

Makanan atau alkohol yang bertindak balas dengan loratadine adalah?

Loratadine mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius.

Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan loratadine adalah?

Loradatine akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda.

Perhatian!

Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi.

Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

  • Kencing manis jenis 2–Dekonjestan di dalam ubat ini boleh meletakkan pesakit kencing manis dalam risiko yang lebih besar untuk mendapat sakit jantung atau salur darah.
  • Prostat membesar.
  • Salur kencing tersumbat atau susah kencing-Sesetengah kesan antihistamin boleh membuatkan masalah kencing lebih teruk.
  • Glaukoma–Sedikit peningkatan pada tekanan dalam mata boleh berlaku.
  • Penyakit jantung atau salur darah.
  • Tekanan darah tinggi–Dekonjestan di dalam ubat ini boleh meningkatkan tekanan darah dan melajukan degupan jantung.
  • Penyakit buah pinggang–Kadar loratadine di dalam darah akan menjadi lebih tinggi dan boleh meningkatkan kebarangkalian mendapat kesan sampingan. Dos kombinasi ubat yang mengandungi loratadine adalah perlu dikurangkan.
  • Penyakit hati–Kadar loratadine di dalam darah akan menjadi lebih tinggi dan boleh meningkatkan kebarangkalian mendapat kesan sampingan.
  • Tiroid terlebih aktif–Jika tiroid terlebih aktif membuatkan jantung berdegup laju, dekonjestan di dalam ubat ini boleh melajukan lagi kadar degupan jantung.
  • Pengekalan kencing–Penggunaan pseudoephedrine akan membuatkan keadaan in lebih teruk.

Penggunaan/Dos

ubat loratadine
Dos ubatan yang disyorkan.

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk resdung (allergic rhinitis)

  • 10 mg melalui mulut sekali sehari;

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk urtikaria

  • 10 mg melalui mulut sekali sehari;

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos kebiasaan bagi kanak-kanak untuk resdung (allergic rhinitis)

  • 2 ke 5 tahun: 5 mg melalui mulut sekali sehari (sirap)
  • 6 tahun dan ke atas: 10 mg melalui mulut sekali sehari (tablet, kapsul dan tablet disintegrasi)

Dos kebiasaan bagi kanak-kanak untuk urtikaria

  • 2 ke 5 tahun: 5 mg melalui mulut sekali sehari (sirap)
  • 6 tahun dan ke atas: 10 mg melalui mulut sekali sehari (tablet, kapsul, tablet disintegrasi)

Bentuk penyediaan loratadine

Loratadine adalah boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Teofilin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Loratadine. https://medlineplus.gov/druginfo/meds/a697038.html. Accessed June 26, 2016.

Loratadine. https://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Loratadine. Accessed March 23, 2022.

Loratadine 10mg Tablets. https://www.medicines.org.uk/emc/product/4501/smpc#gref. Accessed March 23, 2022.

Loratadine capsules or tablets. https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/18985-loratadine-tablets. Accessed March 23, 2022.

Loratadine (Oral Route). https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/loratadine-oral-route/description/drg-20523204. Accessed March 23, 2022.

Versi Terbaru

11/07/2024

Ditulis oleh Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ada Orang Boleh Alergi Pada Cuaca? Ini Simptomnya!

Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 11/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan