Bacaan darah tinggi anda merisaukan? Tidak mengapa, apa kata anda mencuba dan mengamalkan 9 jenis minuman untuk darah tinggi ini bagi menurunkannya, pasti berkesan!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Bacaan darah tinggi anda merisaukan? Tidak mengapa, apa kata anda mencuba dan mengamalkan 9 jenis minuman untuk darah tinggi ini bagi menurunkannya, pasti berkesan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Tekanan darah yang tidak diperiksa boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan strok.
Antara langkah mencegah tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah melalui diet pemakanan anda. Di samping itu, beberapa jenis minuman juga turut dapat membantu mengawal tahap tekanan darah.
Berikut adalah 9 jenis minuman yang mungkin dapat membantu menurunkan kadar tekanan darah.
Menurut pakar kesihatan, memulakan hari dengan segelas air lemon amat baik untuk kesihatan dan kecergasan secara keseluruhan.
Air lemon dapat membersihkan sel, menjadikan saluran darah lembut dan fleksibel serta menurunkan tekanan darah, sekali gus menjadikan ia pilihan minuman untuk darah tinggi yang baik!
Vitamin C di dalamnya pula berfungsi sebagai antioksidan – menghilangkan radikal bebas daripada tubuh.
Ayuh kita amalkan minum segelas air lemon setiap hari!
Kedua-dua pilihan susu ini dapat membekalkan kalium dan kalsium kepada tubuh yang berperanan mengekalkan keseimbangan bacaan darah tinggi.
Tetapi kenapa tidak boleh mengambil susu penuh krim?
Susu penuh krim sebaiknya dielakkan kerana ia mengandungi kuantiti asid palmitik signifikan sehingga boleh menyekat isyarat yang berfungsi mengendurkan saluran darah sehingga tekanan darah meningkat.
Pengambilan segelas jus tomato setiap hari dipercayai dapat memelihara kesihatan jantung dengan meningkatkan tekanan darah sistolik, diastolik serta kolesterol LDL.
Bagi mengelakkan pengambilan garam berlebihan yang boleh memberi kesan kepada tekanan darah, pastikan jus tomato anda dibuat tanpa campuran garam!
Jus delima kaya dengan nutrien seperti folat dan vitamin serta mempunyai kesan antiradang, menjadikan ia pilihan sihat untuk jantung. Jus ini juga dipercayai dapat membantu menurunkan bacaan darah tinggi sistolik dan diastolik.
Sekiranya anda ingin menambah jus delima dalam diet, pastikan ia adalah jus tanpa tambahan gula.
Jus prun terkenal dalam membantu mengatasi masalah sembelit. Bahkan pengambilan 3-6 prun juga dapat membantu menurunkan bacaan darah tinggi serta kolesterol LDL.
Untuk mendapatkan sepenuh manfaat daripada prun, anda boleh membuat jus prun dengan mengisar buah yang sudah direndam dalam air.
Baca juga:
Seperti buah delima, buah beri, terutamanya beri biru, amat terkenal dengan khasiat antioksidannya.
Pengambilan jus daripada buah beri dipercayai dapat menurunkan tekanan darah sistolik dan kolesterol LDL.
Sekiranya anda memilih minuman untuk darah tinggi ini, pastikan ia tidak mengandungi gula tambahan.
Walaupun terdapat banyak pilihan teh di pasaran namun bukan semuanya dapat membantu mengawal tekanan darah.
Jika anda seorang penggemar teh, cuba pilih teh hitam atau teh hijau yang dapat membantu menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik.
Walau bagaimanapun, penurunan tekanan darah adalah lebih ketara untuk teh hijau, jadi sudah tentu ia berita baik buat mereka yang menyukai minuman ini.
Buah dan jus kranberi mempunyai sifat antiradang dan antioksidan yang kuat dalam membantu mencegah dan mengurangkan kerosakan di dalam saluran darah, sehingga mampu mencegah peningkatan tekanan darah tinggi.
Di samping itu, jus kranberi dapat membantu mengurangkan bacaan darah tinggi dengan melebarkan saluran darah dan meningkatkan alirannya.
Jus buah ini juga merupakan sumber vitamin C tinggi yang berperanan dalam menurunkan tekanan darah.
Air kosong walaupun kosong tetapi cukup kompleks dalam merawat pelbagai penyakit.
Ia tidak dapat menurunkan tekanan darah dengan pantas, tetapi dari masa ke masa ia boleh membantu mengurangkan tahap tekanan darah tinggi yang dialami.
Manfaat air terlalu banyak, namun malangnya masih ramai yang tidak mendapat cukup cecair harian untuk dianggap terhidrat dengan baik.
Ramai di antara kita sebenarnya mengalami dehidrasi kronik yang boleh mengakibatkan tekanan darah pada tubuh.
Keadaan itu boleh mengurangkan keupayaan badan untuk mengangkut darah dengan cekap, sekali gus memaksa saluran darah mengecil bagi menjimatkan air yang akan hilang melalui fungsi harian lain seperti berpeluh dan kencing.
Kesannya kemampuan tubuh untuk mengepam darah akan terganggu, sekali gus mengakibatkan tekanan darah tinggi!
Jadi, amat penting untuk memastikan tubuh sentiasa mendapat air yang secukupnya setiap hari.
Sekiranya sudah menjalani gaya hidup sihat seperti makan secara seimbang, bersenam dan sentiasa memantau tahap tekanan darah, bermakna anda berada di landasan yang betul!
Tetapi jangan lupa untuk menambah dan mengamalkan beberapa minuman ini untuk kesan yang lebih baik!
#UseHeartForEveryHeart #WorldHeartDay #HelloDoktor
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen