backup og meta

Carta Kencing Manis Untuk Pesakit Diabetes, Ini 3 Jenis Ujian Bantu Uruskan Diabetes!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/11/2022

    Carta Kencing Manis Untuk Pesakit Diabetes, Ini 3 Jenis Ujian Bantu Uruskan Diabetes!

    Jika anda seorang penghidap diabetes, pernahkah anda melihat atau mengetahui carta bacaan kencing manis anda secara berkala? Carta kencing manis ini perlu dipantau setiap masa untuk memastikan tahap kesihatan anda sewaktu mendapatkan rawatan diabetes.

    Apakah jenis-jenis ujian yang digunakan bagi memantau rawatan diabetes? Ini yang anda perlu tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

    Carta kencing manis: Ujian-ujian makmal bagi memantau rawatan penyakit kencing manis

    Untuk melihat carta kencing manis, anda perlu melakukan beberapa ujian secara berkala bagi mengetahui perkembangan kesihatan dan rawatan penyakit diabetes anda.

    Ujian-ujian ini boleh dilakukan di hospital atau klinik kesihatan sahaja memandangkan ia perlu melibatkan ujian makmal.

    Antara ujian makmal bagi melihat carta bacaan kencing semasa ialah:

    #1. Ujian fruktosamin

    carta kencing manis

    Ujian fruktosamin juga dikenali dengan nama Glycated Serum Protein (GSP) atau Glycated Albumin.

    Ujian ini dilakukan bagi melihat dan memantau tahap gula darah individu yang mempunyai penyakit berkaitan dengan darah.

    Ini termasuklah mereka yang mempunyai penyakit anemia, anemia sel sabit dan juga talasemia.

    Ujian fruktosamin akan mengukur tahap protein berglukosa dalam darah.

    Untuk pengetahuan anda, protein hanya berada dalam darah kita selama 14 hingga 21 hari sahaja, dan ujian ini akan mengukur purata glukosa darah dalam tempoh tersebut.

    Bagi penghidap diabetes, ujian ini membantu memantau keadaan diabetes anda dari semasa ke semasa, terutamanya apabila ia tidak boleh dilaksanakan melalui ujian HbA1c.

    Ia boleh membantu melihat keberkesanan perubahan pelan rawatan diabetes anda.

    Doktor akan melakukan ujian ini bagi melihat purata tahap gula darah dalam tempoh dua hingga tiga minggu yang lalu. 

    #2. Ujian hemoglobin berglukosa (HbA1c)

    Ujian hemoglobin berglukosa atau HbA1c digunakan bagi mengukur jumlah gula darah atau glukosa yang berada pada hemoglobin darah.

    Hemoglobin merupakan sebahagian daripada struktur sel darah merah yang berperanan membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan.

    Melalui ujian carta kencing manis ini, ia akan menunjukkan jumlah purata glukosa pada hemoglobin darah dalam tempoh tiga bulan yang lalu.

    Ia diambil dalam tempoh tiga bulan yang lepas kerana ia adalah jangka hayat purata kebiasaan bagi sel darah merah.

    Jika bacaan HbA1c anda menunjukkan bacaan yang tinggi, ia menunjukkan bahawa kawalan gula darah anda tidak berada dalam keadaan yang baik.

    Jika anda mempunyai paras bacaan ujian kurang daripada 6.5%, ini bermakna kawalan gula darah anda berada dalam keadaan yang baik.

    Individu yang ingin menjalani ujian ini tidak perlu berpuasa kerana sampel darah boleh diambil pada bila-bila waktu. 

    #3. Ujian glukosa air kencing 

    carta kencing manis

    Kebiasaannya, air kencing mengandungi jumlah glukosa atau gula yang amat sedikit. Malahan, ada kalanya langsung tidak mempunyai kandungan glukosa atau gula.

    Namun, jika tubuh anda mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dalam darah, buah pinggang akan membuang sebahagian daripada lebihan glukosa ini melalui air kencing.

    Oleh itu, jika bacaan gula atau carta kencing manis anda tinggi, berkemungkinan paras gula darah anda juga berada pada tahap yang tinggi.

    Bacaan gula dalam air kencing boleh dikesan melalui ujian glukosa air kencing.

    Sebelum ini, ujian glukosa air kencing digunakan sebagai ujian saringan dan pemantauan penyakit diabetes. Namun, ujian ini tidaklah setepat ujian gula darah.

    Oleh sebab itu, ujian gula darah lebih banyak digunakan pada masa kini bagi menyaring dan memantau penyakit diabetes.

    Doktor mungkin akan meminta anda melakukan ujian glukosa air kencing jika anda tidak boleh menjalani ujian gula darah.

    Antara masalah biasa individu yang sukar untuk menjalani ujian gula darah ialah seperti saluran darah yang terlalu kecil, atau parut akibat suntikan berulang sebelum ini. 

    Guna glukometer untuk pantau gula darah dari rumah

    Memandangkan carta kencing manis bagi ujian pemantauan seperti di atas hanya boleh dilakukan dalam makmal, maka ujian glukometer boleh dilakukan di rumah.

    Glukometer menggunakan sampel darah yang diambil daripada cucukan hujung jari bagi menentukan paras gula dalam darah.

    carta kencing manis

    Kaedah ini juga ternyata lebih tepat berbanding ujian glukosa air kencing. Namun, ketepatan bacaan glukometer bergantung kepada beberapa perkara.

    Antaranya ialah seperti kesan ubat-ubatan tertentu, kepekatan lemak, cara penggunaan yang salah, kerosakan glukometer atau jalur pengukur serta perbezaan bacaan antara jenama-jenama glukometer.

    Kesimpulan

    Jika anda mempunyai penyakit kencing manis, tiga jenis ujian seperti yang dinyatakan di atas akan membantu anda memantau bacaan carta diabetes semasa anda.

    Ia boleh memberikan gambaran semasa berkenaan rawatan dan sebarang perubahan yang berlaku dalam pengurusan diabetes anda, sama ada lebih baik atau menjadi lebih teruk. 

    #WorldDiabetesDay and #DiabetesAwareness4All

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan