Apa tanda penyakit Kawasaki pada anak ya? Kalau ingin tahu jawapannya, teruskan membaca perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat.
Apa tanda penyakit Kawasaki pada anak ya? Kalau ingin tahu jawapannya, teruskan membaca perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Penyakit Kawasaki boleh menyebabkan bengkak (keradangan) di dinding saluran darah kecil hingga sederhana yang berfungsi membawa darah ke seluruh badan.
Keadaan ini biasanya mengakibatkan keradangan arteri koronari – yang membekalkan darah beroksigen kepada jantung.
Terdahulu, penyakit ini dikenali sebagai penyakit nodus mukokutaneus kerana ia juga menyebabkan bengkak pada kelenjar (nodus limfa) dan membran mukus dalam mulut, hidung, mata dan tekak.
Untuk didiagnosis di bawah penyakit ini, anak biasanya akan mengalami demam lebih daripada 39℃ selama lima hari atau lebih dan sekurang-kurangnya empat daripada simptom berikut:

Simptom dan tanda penyakit Kawasaki pada anak yang lain juga adalah:
Jika anak mengalami demam panas selama lima hari atau lebih, serta kurang daripada empat gejala di atas, mereka mungkin mengalami penyakit Kawasaki tidak lengkap.
Walau bagaimanapun, mereka masih berisiko mengalami kecederaan arteri koronari dan masih memerlukan rawatan dalam tempoh 10 hari dari permulaan simptom.

Jika anak mengalami demam yang berlarutan lebih daripada tiga hari, lakukan pemeriksaan doktor. Sekiranya bayi berusia kurang daripada setahun, bawa mereka untuk berjumpa doktor segera!
Merawat penyakit ini dalam tempoh 10 hari selepas ia bermula boleh mengurangkan risiko kerosakan berpanjangan pada arteri koronari yang membekalkan oksigen ke otot jantung.
Gejala dan kesan penyakit Kawasaki ini boleh menyamai keadaan lain yang mengakibatkan demam.
Penyakit ini tidak boleh dicegah. Namun anak boleh pulih sepenuhnya dalam tempoh 6-8 minggu jika didiagnosis dan dirawat segera. Namun wujud risiko untuk terjadinya komplikasi.
Berikut beberapa komplikasi melibatkan jantung yang boleh terjadi:
Penyakit ini juga boleh menjejaskan sistem badan lain termasuk sistem saraf, imun, pencernaan dan kencing.
Amnya, penyakit Kawasaki perlu mendapat rawatan di hospital dan sebaiknya ia dimulakan secepat mungkin.
Lebih cepat rawatan dimulakan, masa pemulihan dapat dipendekkan dan risiko komplikasi semakin berkurangan.
Imunoglobulin intravena (IVIG) dengan larutan antibodi dan aspirin – adalah 2 ubat utama yang digunakan untuk merawat penyakit ini.

Biasanya apabila anak dibenarkan pulang, mereka akan diberikan dos aspirin rendah yang perlu diambil secara oral setiap hari untuk tempoh 6-8 minggu. Pastikan anak mendapat rehat secukupnya.
Pengelupasan kulit tangan serta kaki dijangka akan berlaku dan ia tidak perlu dirisaukan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
15/11/2024
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Annes Nadia