backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

3 Punca SEBENAR Kulit Anda Masih Rasa Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/09/2022

    3 Punca SEBENAR Kulit Anda Masih Rasa Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi!

    Pernahkah anda alami masalah gatal kulit selepas mandi? Walaupun kedengaran pelik, masalah ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku!

    Malah, ia kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai kulit yang kering.

    Tetapi, apakah punca sebenar masalah ini? Kadangkala, tidak kiralah air yang digunakan bersuhu panas atau sejuk, kedua-duanya akan membuatkan badan jadi gatal-gatal.

    Walaupun kondisi ini selalunya bersifat sementara dan akan hilang dalam masa beberapa minit, namun ada individu yang alami kegatalan berpanjangan hingga mengganggu aktiviti setiap hari.

    Mari kita lihat apa sebenarnya punca masalah gatal kulit yang anda alami dan langkah-langkah untuk menghilangkannya.

    Baca lebih lanjut tentang Alahan di sini.

    Rasa gatal kulit selepas mandi, adakah ia normal?

    gatal kulit

    Mandi merupakan satu aktiviti yang menenangkan. Bayangkan, setelah seharian bekerja, pasti ramai yang ingin bertenang sambil menghilangkan stres.

    Salah satu caranya adalah dengan mandi dan memanjakan diri di bawah pancuran air sejuk.

    Tidak kiralah apa suhu air yang anda gemari, mandi mempunyai banyak faedahnya yang tersendiri dari segi fizikal dan mental.

    Walau bagaimanapun, mereka yang sering gatal badan selepas mandi mungkin tidak dapat menikmati manfaat mandi dengan sempurna.

    Malah, tidak mustahil juga, masalah ini akan membuatkan kualiti hidup mereka terjejas!

    Ada beberapa punca yang menyebabkan anda sering mengalami masalah gatal kulit. Antaranya ialah:

    1. Keadaan kulit kering (xerosis)

    Selalunya, mereka yang sering ketidakselesaan pada kulit badan selepas mandi mempunyai kulit yang kering.

    Walaupun kondisi ini secara amnya mempengaruhi semua orang, namun mereka yang lebih tua lebih kerap mempunyai kulit yang kering.

    Individu yang mempunyai kulit kering tidak digalakkan untuk mandi air panas.

    Untuk pengetahuan anda, air panas boleh bertindak menanggalkan kelembapan semula jadi daripada kulit.

    Akibatnya, kulit akan menjadi bertambah kering selepas mandi. 

    Malah, mereka yang alami masalah ini juga akan alami kegatalan pada kawasan betis dan tapak kaki kerana dua bahagian badan ini paling terdedah kepada air panas semasa mandi.

    2. Pemilihan sabun yang tidak sesuai dengan badan

    gatal kulit

    Jika anda sering mengalami masalah gatal badan, ia mungkin berlaku disebabkan sabun yang anda gunakan.

    Ada sabun yang boleh membuatkan kulit anda menjadi kering dan menyebabkan kegatalan selepas mandi. 

    Malah, kondisi ini mungkin akan jadi lebih teruk jika anda tidak membilas dengan betul.

    Jika ini yang berlaku, tidak mustahil anda akan rasa tidak selesa dan gatal dalam satu jangka masa yang panjang selepas mandi.

    3. Penyakit kulit yang menyebabkan masalah gatal

    Ada beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan anda rasa gatal-gatal terutama setelah terkena air.

    Sebagai contoh, aquagenic pruritus merupakan sejenis penyakit yang boleh menyebabkan pesakitnya mengalami gatal-gatal yang teruk setelah terkena air, tidak kiralah apa jua suhunya.

    Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, ia selalunya berlaku secara turun-temurun.

    Selain itu, aquagenic pruritus juga boleh berlaku sebagai simptom penyakit polycythemia vera. Secara keseluruhannya, rawatan untuk aquagenic pruritus agak sukar.

    Pesakit mungkin perlu mengambil antihistamin, krim kulit, dan pelbagai lagi rawatan lain seperti menukar pH air dan sebagainya. 

    Namun, semua rawatan ini mempunyai kadar keberkesanan yang berbeza-beza.

    gatal kulit

    Bolehkah masalah ini dirawat atau dikawal?

    Sekiranya anda mengalami masalah gatal yang sederhana, anda boleh cuba tukar sabun yang anda gunakan sekarang kepada jenama yang lebih lembut.

    Pilih sabun yang mempunyai pH yang seimbang untuk kulit yang lebih segar dan lembap.

    Jangan lupa minum air dengan mencukupi untuk pastikan badan anda kekal hidrat.

    Selain itu, jangan lupa guna pelembap untuk melembapkan kulit anda selepas mandi.

    Cara ini amat bagus bagi mengelakkan kulit badan daripada kering dan diserang rasa tidak selesa selepas mandi.

    Walau bagaimanapun, jika semua langkah yang anda ambil tidak berkesan, anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

    Jangan biarkan gatal-gatal badan yang anda alami jadi teruk, barulah hendak berjumpa doktor pula ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan