backup og meta

Sabun Sebabkan Kulit Sensitif Jadi Makin Teruk? Ikut 3 Tip Mudah Ini Agar Tak Gatal Lagi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/07/2023

    Sabun Sebabkan Kulit Sensitif Jadi Makin Teruk? Ikut 3 Tip Mudah Ini Agar Tak Gatal Lagi!

    Bagi mereka yang kerap mengalami gatal kulit atau mempunyai kulit sensitif, pemilihan sabun untuk kegunaan harian seperti mencuci tangan dan mandi amatlah penting. Ini tips untuk memilih sabun untuk kulit sensitif. 

    Kadangkala, individu yang menderita dengan kondisi ini tidak sedar bahawa pemilihan sabun merupakan faktor yang menyebabkan mereka alami simptom seperti gatal-gatal, kulit mengelupas atau naik bintik-bintik air pada kawasan tapak tangan.

    Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai kulit sensitif haruslah sentiasa peka dengan sabun yang mereka gunakan setiap hari.

    Sabun yang tidak menyebabkan iritiasi dan berfungsi secara lembut merupakan pilihan yang terbaik untuk pesakit yang mempunyai kulit sensitif.

    Hendak tahu cara untuk memilih sabun yang terbaik? Jom ikuti tip yang bakal kami kongsikan di bawah untuk pemilihan sabun yang terbaik untuk kulit gatal dan sensitif.

    Baca lebih lanjut tentang Alahan di sini.

    Cara memilih sabun untuk kulit sensitif

    sabun untuk kulit sensitif

    Jika anda telah mempunyai kulit yang sensitif buat satu jangka masa yang lama, anda pasti tahu jenis sabun atau bahan kosmetik apa yang boleh menyebabkan kulit anda mengalami iritasi.

    Walau bagaimanapun, itu tidak bermaksud anda tidak boleh menggunakan sabun langsung sewaktu mandi atau mencuci tangan!

    Ada produk yang boleh membuatkan anda alami simptom seperti gatal-gatal pada kawasan kulit yang sensitif.

    Namun, kunci utama untuk mengelakkan simptom ini daripada berlaku lagi adalah dengan cara mengelakkan penggunaan sabun yang salah.

    1. Elakkan kandungan surfaktan untuk sabun untuk kulit sensitif

    Kebanyakan sabun yang dijual di pasar raya mempunyai surfaktan, bahan utama yang digunakan untuk membuat sabun.

    Tetapi, bukan itu sahaja. Di dalam sebuku sabun mandi, ada pelbagai bahan kimia seperti pewangi dan pengawet yang juga boleh mencetuskan masalah kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif.  

    Kadangkala, sabun ini boleh mencetuskan kondisi yang dikenali sebagai dermatitis sentuh yang menyebabkan pesakit mengalami ruam berwarna merah dan gatal-gatal.

    sabun untuk kulit sensitif

    Jika boleh, pilih sabun yang mempunyai perkataan ‘soap-free’ pada pembungkusannya. Selalunya, sabun jenis ini khas untuk mereka yang mengalami masalah kulit.

    Walau bagaimanapun, sabun jenis ‘soap-free’ mungkin akan membuatkan anda rasa tidak puas ketika menggunakannya. Salah satu sebabnya ialah ia tidak akan berbuih seperti sabun biasa.

    2. Sabun untuk kulit sensitif dengan pH yang betul 

    Jika anda mempunyai kulit sensitif, elakkan memilih sabun yang terlalu kasar pada permukaan kulit.

    Sebaiknya, gunakan sabun mandi untuk kulit kering dan gatal yang mempunyai formulasi pH yang seimbang untuk kulit yang sihat.

    Lazimnya, pH sabun mandi yang normal adalah di antara 9-10. Namun, pH kulit pula adalah di antara 4 hingga 5.

    Disebabkan perbezaan ini, penggunaan sabun yang terlalu beralkali boleh menyebabkan ekzema atau gatal-gatal pada kawasan kulit jadi semakin teruk.

    Baca juga:

    3. Gunakan sabun yang boleh melembapkan kulit

    Pernahkah anda dengar mengenai ‘skin barrier’? Secara mudahnya, skin barrier merupakan satu lapisan kulit yang bertanggungjawab mengekang segala kelembapan. Tanpa lapisan ini, kulit akan jadi kering dan mudah rosak.

    Oleh sebab itu, penting untuk anda menjaga lapisan kulit supaya ia tidak mudah rosak. Salah satu caranya adalah dengan memilih sabun yang melembapkan kulit.

    Selain itu, elakkan juga membasuh muka dengan air panas. Bercanggah dengan pendapat umum, aktiviti mencuci muka dengan air panas sebenarnya akan membuatkan kulit jadi bertambah kering!

    sabun untuk kulit sensitif

    Kesimpulan

    Bukan mudah untuk menjaga kulit yang sensitif. Ada saja pantang larang yang perlu diikuti supaya kulit kekal sihat dan cantik serta tidak mudah mengelupas.

    Kami berharap dengan perkongsian di atas, anda dapat memilih sabun untuk kulit sensitif yang sesuai.

    Tetapi, jangan lupa ya. Setelah basuh muka dengan sabun, pakai pelembap untuk ‘kunci’ lembapan pada wajah anda. Dengan cara ini, kulit anda akan jadi lebih sihat dan cantik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan