backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Tak Tahu Apa Punca Hidung Berair? Jom Semak Simptom, Mungkin Penyebabnya Resdung!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 26/09/2022

    Tak Tahu Apa Punca Hidung Berair? Jom Semak Simptom, Mungkin Penyebabnya Resdung!

    Resdung atau alahan rhinitis merupakan satu kondisi yang membuatkan penghidapnya mengalami simptom seakan-akan demam selesema. Ada banyak tanda resdung yang perlu anda ketahui supaya lebih mudah untuk anda mengesannya pada masa akan datang.

    Selalunya, resdung berlaku sebagai reaksi alahan kepada bahan yang terampai di udara seperti debunga, habuk atau debu. Ada juga individu yang mengalami simptom resdung ketika berubahnya musim.

    Menurut American Academy of Allergy, Asthma & Immunology (AAAAI), 10%-30% daripada populasi di dunia ini mengalami alahan rhinitis.

    Di seluruh dunia, dianggarkan sebanyak 400 juta orang mempunyai alahan rhinitis. Malah, kebanyakannya tidak didiagnosis ataupun dirawat.

    Ia juga merupakan satu kondisi yang lazim berlaku. Di United Kingdom pula, alergi rhinitis dicatatkan berlaku kepada 1 daripada 5 orang.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Alahan, sila dapatkannya di sini.

    Tanda resdung yang anda perlu tahu

    tanda resdung

    Kebanyakan pesakit resdung akan mengalami tanda-tanda seperti gatal-gatal, hidung berair dan kerap bersin.

    Selalunya, pesakit yang mengalami alahan rhinitis akan mengalami reaksi alergi apabila mereka terhidu bahan yang menyebabkan mereka terkena alahan.

    Bahan tersebut juga boleh datang daripada mana-mana sahaja, sama ada daripada alam sekitar atau daripada bulu haiwan peliharaan anda.

    Jika anda mengalami alahan, besar kemungkinan alahan tersebut diwarisi daripada ibu bapa anda. Selalunya, masalah resdung boleh menjadi sesuatu yang berlaku secara turun temurun lebih-lebih lagi jika ibu anda mengalami penyakit yang sama.

    Antara tanda resdung ialah:

  •   Kerap bersin.
  •   Hidung tersumbat.
  •   Hidung berair.
  •   Batuk.
  •   Sakit tekak.
  •   Gatal mata.
  •   Mata berair.
  •   Lingkaran gelap bawah mata.
  •   Sering pening kepala.
  • Namun, untuk alahan rhintis yang lebih serius, pesakit mungkin akan:

    1.   Selalu berpeluh.
    2.   Hilang deria rasa dan bau.
    3.   Sakit pada kawasan muka kerana sinus yang terhalang.
    4.   Rasa gatal bermula daripada tekak hingga ke hidung dan telinga.

    Selain itu, ada juga beberapa pesakit yang mengalami simptom resdung lain seperti keletihan, kerap marah dan insomnia.

    Malah, mereka yang mempunyai asma lebih kerap alami simptom seperti sukar bernafas ketika mereka alami resdung.

    Bila anda akan mula merasakan tanda resdung?

    tanda resdung

    Selalunya, alahan rhinitis akan berlaku sejurus selepas anda terdedah dengan alergen tersebut.

    Ada pesakit yang akan mengalami alahan rhinitis selama beberapa bulan disebabkan alahan bermusim. Ada juga yang akan alami simptom resdung sepanjang tahun.

    Walau bagaimanapun, kadangkala simptom resdung boleh menjadi serius dan berlarutan dalam satu tempoh masa yang lama. Ia juga boleh menyebabkan anda mengalami masalah lain seperti sukar untuk tidur hingga mengganggu kehidupan seharian.

    Simptom alahan rhinitis selalunya akan bertambah baik seiring dengan masa. Namun, untuk benar-benar sembuh, ia mungkin makan masa bertahun-tahun. Selain itu, ada juga kemungkinan ia tidak akan sembuh sepenuhnya.  

    Baca juga:

    Kesimpulan

    tanda resdung

    Cara yang terbaik untuk menghalang simptom resdung adalah dengan mengelakkan alergen. Walau bagaimanapun, ini mungkin sukar untuk dilakukan jika alergen itu terampai di udara dan berasal daripada persekitaran.

    Jika anda mengalami tanda resdung yang serius, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Lebih-lebih lagi jika anda:

    1.   Mengalami simptom yang teruk hinggakan ia menyukarkan anda untuk melakukan aktiviti harian.
    2.   Anda tidak boleh mengawal simptom yang dialami menggunakan ubat OTC.
    3.   Anda mengalami jangkitan pada kawasan sinus.

    Ketahuilah, doktor boleh melakukan diagnosis yang bersesuaian dan menentukan rawatan yang terbaik untuk anda jika simptom resdung yang dialami tidak berkurangan walaupun telah mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 26/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan