What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Ada Orang Boleh Alergi Pada Cuaca? Ini Simptomnya!

    Ada Orang Boleh Alergi Pada Cuaca? Ini Simptomnya!

    Pernahkah anda alami simptom alergi seperti mata berair atau sakit hidung ketika cuaca sejuk ataupun panas? Perkara ini adalah normal yang dinamakan alahan cuaca sejuk dan panas. Bahkan, ia bukannya sesuatu yang luar biasa!

    Simptom alahan cuaca sejuk mahupun panas boleh terjadi ketika cuaca bertukar ataupun suhu meningkat atau menurun secara mendadak.

    Malah, pendedahan kepada cuaca panas atau sejuk juga merupakan salah satu faktor rakyat Malaysia kerap ke klinik!

    Apa itu alergi rhinitis dan bukan rhinitis?

    Rhinitis merupakan satu keadaan yang merujuk kepada kegatalan ataupun inflamasi pada kawasan hidung.

    Alergi rhinitis adalah tindak balas terhadap keadaan alergi. Manakala, alergi bukan rhinitis pula adalah keadaan yang seakan-akan alergi seperti sakit hidung dan sebagainya, namun tanpa sebarang sebab yang jelas.

    Antara simptom rhinitis termasuklah hidung berair, gatal-gatal, bersin, dan hidung tersumbat. Simptom-simptom ini adalah tindak balas normal terhadap reaksi alergi.

    Alergi bukan rhinitis pula selalunya disebabkan oleh:

    1. Jangkitan virus.
    2. Faktor persekitaran seperti perubahan suhu secara ekstrem.
    3. Ketidakseimbangan hormon.
    4. Ubat yang mengandungi hormon seperti HRT ataupun pil kontraseptif.

    Alergi bukan rhinitis selalunya tidak berbahaya. Namun, kerap sakit hidung dan mata berair boleh sebabkan ketidakselesaan kepada penghidapnya.

    Kadangkala, dengan cara mengelakkan daripada terdedah kepada alergen boleh buatkan simptom alergi anda berkurangan.

    Alergi rhinitis pula boleh berlangsung lebih lama dan makan masa berminggu-minggu. Namun, ia tidak akan menyebabkan anda menghidap demam.

    Antara alergen yang boleh menimbulkan reaksi alergi kepada penghidap alergi rhinitis termasuklah kulat, bulu haiwan, dan juga habuk.

    Jika anda mengalami simptom alergi ketika berubahnya cuaca, penting untuk anda tahu jenis alergi anda supaya rawatan yang tepat dapat diberikan.

    Oleh itu, segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami simptom alergi yang tidak diketahui puncanya.

    Cuaca sejuk pencetus alahan

    alahan cuaca sejuk

    Kepada pesakit yang alah terhadap debunga, ketahuilah hari hujan boleh berikan anda kelegaan sementara daripada mengalami reaksi alahan cuaca sejuk.

    Namun, kenyataan tersebut tidaklah 100 peratus benar. Kadang-kadang, keadaan berangin seperti ribut boleh buatkan sesetengah individu mengalami reaksi alergi yang lebih teruk.

    Hujan lebat boleh pecahkan debunga menjadi cebisan yang lebih kecil.

    Tambah lagi, angin kuat yang berlaku ketika ribut boleh meniup lebih banyak debunga lalu menyebabkan penghidap alergi jadi makin teruk!

    Namun, sebaliknya pula yang berlaku kepada individu yang mempunyai alahan rumput, habuk dan kulat. Kita tahu kulat hidup dengan subur dalam keadaan sejuk dan lembap.

    Hari hujan akan buatkan individu yang mempunyai reaksi alahan cuaca sejuk ataupun panas jadi lebih teruk.

    Selain itu, untuk individu yang menghidap asma pula, cuaca sejuk seperti hujan ataupun sebarang perubahan ketara dalam suhu boleh menyebabkan asma mereka menyerang.

    Udara ketika hujan rasa lembap dan sejuk. Penghidap asma mungkin akan rasa ketat pada kawasan dada dan mudah untuk batuk-batuk kerana lebih sukar untuk bernafas.

    Jika cuaca hujan mencetuskan alergi dan asma anda, jangan lupa bawa alat penyedut (inhaler) anda.

    Cuba tinggal di dalam rumah sebelum dan selepas hujan. Tutup tingkap untuk elak debunga daripada masuk ke dalam rumah.

    Anda mungkin juga berminat:

    Cuaca panas sebabkan pesakit asma sakit lebih teruk

    Pencemaran udara akan buatkan penghidap asma jadi makin teruk disebabkan oleh ozon dan juga asap yang bertebaran di udara. Tambah lagi, cuaca panas akan membuatkan lebih banyak agen pencemaran terampai di udara.

    Bahan pencemar seperti asap rokok dan asap daripada kenderaan boleh buatkan pesakit asma alami iritasi. Partikel-partikel ini boleh buatkan simptom asma jadi makin teruk.

    Pesakit asma yang sensitif terhadap bahan pencemar perlu elak keluar rumah jika cuaca tidak mengizinkan.

    Selain itu, penggunaan pendingin hawa dalam rumah juga boleh meredakan simptom yang dialami.

    Bagaimana hendak kurangkan reaksi alergi?

    alahan cuaca sejuk

    1. Alami alahan cuaca sejuk? Elak keluar rumah!

    Jika cuaca hujan atau berjerebu, elakkan daripada keluar rumah. Jika anda terpaksa keluar, jangan keluar terlalu lama ya!

    2. Kurangkan alergen untuk redakan reaksi alahan cuaca sejuk

    Alergen yang berada di dalam rumah lebih mudah untuk ditangani daripada yang berada di luar.

    Jika anda mudah terkena reaksi alergi terhadap habuk, kulat, bulu binatang ataupun lipas, cuba basuh alas katil anda sekali seminggu.

    Selain itu, anda juga boleh cuba alas katil anda dengan alas yang bersifat anti alergen.

    Anda juga boleh baiki sebarang kerosakan yang berlaku pada paip anda untuk elakkan serangga perosak ataupun kulat daripada membiak.

    3. Sentiasa bersedia untuk hadapi simptom alahan cuaca sejuk

    Jika anda kerap mengalami alergi yang sama setiap kali, ada patut bersedia dengan ubat-ubatan yang bersesuaian untuk elak daripada mendapat simptom yang teruk.

    health-tool-icon

    Kalkulator BMR

    Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

    Lelaki

    Wanita


    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!

    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Seasonal Allergies. https://acaai.org/allergies/seasonal-allergies. Accessed July 26, 2020.
    2. Allergic Rhinitis (Allergies). https://familydoctor.org/condition/allergic-rhinitis/. Accessed July 26, 2020.
    3. Allergic and non-allergic rhinitis frequently asked questions.  https://www.marshfieldclinic.org/specialties/allergies/allergies-allergic-and-non-allergic-rhinitis-frequently-asked-questions. Accessed July 26, 2020.
    4. Non-allergic rhinitis. May 2019. https://www.nhs.uk/conditions/non-allergic-rhinitis/. Accessed July 26, 2020.
    5. Seasonal Allergies (Hay Fever). https://kidshealth.org/en/parents/seasonal-allergies.html. Accessed September 22, 2021.
    6. Seasonal allergies: Nip them in the bud. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hay-fever/in-depth/seasonal-allergies/art-20048343. Accessed September 22, 2021.
    7. Seasonal Allergies Are Worse This Year—Why and What You Can Do About It. https://www.yalemedicine.org/news/seasonal-allergies. Accessed September 22, 2021.
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 02/03/2022
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor