backup og meta

Resdung Buat Muka Anda Berjerawat? Ini 4 Kesan Lain Akibat Alahan Rinitis!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/07/2022

    Resdung Buat Muka Anda Berjerawat? Ini 4 Kesan Lain Akibat Alahan Rinitis!

    Alahan rinitis boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi sesetengah individu. Namun bagaimana pula kesan resdung pada muka? Penjelasannya ada dalam perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu alahan rinitis?

    Allergic rhinitis atau lebih dikenali dengan sebutan resdung, berlaku apabila sistem imun bertindak secara berlebihan terhadap zarah dalam udara yang disedut – yang menyebabkan alahan. Kesannya ia mengakibatkan wujud gejala seperti bersin dan hidung berair.

    Zarah tersebut dipanggil sebagai alergen – bermaksud ia boleh menyebabkan reaksi alahan. 

    Memahami simptom resdung

    Sebelum kita mengetahui apakah mungkin kesan resdung pada muka, ini antara simptom yang boleh terjadi:

    • Bersin berulang kali, terutamanya selepas bangun pada waktu pagi
    • Mengalami hidung berair dan berhingus – cecair ini biasanya jernih dan nipis. Namun boleh menjadi pekat dan berwarna kelabu kekuningan jika mendapat jangkitan hidung 
    • Mata berair dan gatal
    • Telinga, hidung dan tekak gatal

    kesan resdung pada muka

    Alergen punca alahan

    Selain daripada debunga pokok, rumput dan rumpai yang menjadi antara punca rinitis terjadi, hama habuk, bulu haiwan, lipas dan kulapuk turut boleh disalahkan.

    Alahan ritinis juga boleh disebabkan oleh perkara di tempat kerja anda seperti habuk kayu, bahan kimia atau haiwan makmal.

    Jika alahan itu adalah kepada hama habuk dan alergen dalaman, berkemungkinan anda mengalami gejala sepanjang masa.

    Kesan resdung pada muka

    Seperti asma dan ekzema atau dermatitis atopik, alahan rinitis juga termasuk dalam keadaan yang menyebabkan gejala 3 serangkai – mata bengkak, bersin dan hidung berair.

    Namun adakah alahan ini boleh menyebabkan kemunculan jerawat di wajah anda?

    Hakikatnya, terdapat kemungkinan masalah jerawat yang terjadi tidak berkaitan dengan gejala alahan ini. Tiada hubungan langsung yang diketahui untuk mengaitkan alahan ini dengan kecenderungan untuk mengalami muka berjerawat.

    Walau bagaimanapun, sekiranya anda menggosok mata atau membuang hingus terlalu kuat atau kerap, masalah jerawat atau kulit yang merengsa boleh terjadi. 

    Biasanya masalah kulit ini bersifat sementara dan berkaitan dengan aktiviti penggunaan tisu oleh penghidap alahan.

    kesan resdung pada muka

    Jadi, cara terbaik untuk menghindari kesan alahan rinitis pada muka adalah dengan mengelakkan menggosok kawasan mata atau hidung terlalu kerap.

    Nak elakkan kesan resdung pada muka? Cuba rawatan ini

    Beberapa ubat boleh memperbaiki gejala yang dialami. Namun sebaiknya berundinglah dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat – ini terutamanya jika anda hamil atau mempunyai masalah kesihatan lain.

    Antihistamin

    Ubat antihistamin boleh didapati dengan preskripsi atau dibeli di farmasi. Ia berfungsi dengan menyekat histamin yang dikeluarkan oleh badan anda semasa tindak balas alahan.

    Antihistamin boleh didapati dalam bentuk pil, cecair, titisan mata, semburan hidung dan penyedut, seperti:

    • Loratadine
    • Cetirizine
    • Fexofenadine
    • Levocetirizine

    Antihistamin boleh menyebabkan rasa mengantuk, jadi elakkan pengambilannya jika anda perlu memandu.

    kesan resdung pada muka

    Dekongestan melegakan alahan rinitis

    Ubatan ini melegakan hidung tersumbat dan sinus. Anda boleh mengambil dekongestan melalui mulut (dalam bentuk pil atau cecair) atau gunakan semburan hidung.

    Antara kesan sampingan dekongestan adalah ia meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan sakit kepala, sukar tidur dan mudah marah.

    Semburan hidung kortikosteroid, bantu atasi kesan resdung pada muka

    Semburan dan penyedut ini mengurangkan keradangan dan melegakan gejala resdung. Namun kesan sampingannya termasuklah sakit kepala, kerengsaan hidung, hidung berdarah dan batuk.

    Perencat leukotriena

    Semasa tindak balas alahan, badan mengeluarkan leukotriene, histamin dan bahan kimia lain yang menyebabkan keradangan dan gejala resdung.

    Perencat leukotrien boleh didapati dengan preskripsi sahaja yang bertujuan menyekat penghasilan leukotriena.

    Sesetengah individu yang mengambilnya mengalami perubahan dalam mood, mimpi yang jelas (vivid dreams), pergerakan otot yang tidak dikawal dan ruam kulit.

    Imunoterapi

    Rawatan ini berfungsi membantu badan belajar untuk bertolak ansur dengan alergen. Doktor akan memberikan satu siri suntikan (suntikan alahan) dengan sejumlah kecil alergen. Jumlah alergen akan ditingkatkan setiap kali sesi suntikan.

    Lama-kelamaan, sistem imun anda membina imuniti terhadap alergen dan berhenti melancarkan tindak balas terhadapnya.

    Doktor juga mungkin mengesyorkan imunoterapi dalam bentuk pil yang perlu diletakkan di bawah lidah.

    Baca juga:

    Langkah pencegahan elak kesan resdung pada muka

    Tiada cara untuk mencegah resdung, tetapi perubahan gaya hidup boleh membantu anda menguruskan alahan. Anda boleh mengurangkan simptom dengan menghindari perengsa sebaik mungkin. 

    Untuk mengurangkan gejala, lakukan perkara berikut:

    • Elakkan menyentuh muka dan menggosok mata atau hidung
    • Pakai sarung bantal, tilam dengan menggunakan sarung antidebu hama
    • Jauhkan haiwan peliharaan dari sofa dan katil, dan tutup semua pintu bilik agar mereka tidak masuk ke dalamnya
    • Gunakan penapis dalam pembersih vakum dan pendingin hawa untuk mengurangkan jumlah alergen dalam udara
    • Basuh tangan dengan kerap, terutamanya selepas bermain dengan haiwan peliharaan

    Kesan resdung pada muka boleh membuat anda berasa sengsara, tetapi ia tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

    Jika terdapat sebarang kebimbangan atau pertanyaan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan