backup og meta

6 Petua Hilangkan Sakit Gigi Tradisional, Ada 2 Jenis Herba Anda Boleh Amalkan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/07/2023

    6 Petua Hilangkan Sakit Gigi Tradisional, Ada 2 Jenis Herba Anda Boleh Amalkan!

    Masalah gigi berlubang, sakit berdenyut dan macam-macam lagi kondisi pada kawasan oral sudah tentu akan menyebalkan. Jadi, kalian perlu ambil tahu dan amalkan petua hilangkan sakit gigi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

    Pelbagai punca sakit gigi yang biasa berlaku

    Semua orang tiada terkecuali mesti pernah terkena sakit gigi bukan? Jika bukan semasa usia kanak-kanak atau remaja, masalah ini boleh terjadi ketika anda dewasa atau ketika di usia warga emas.

    Kebiasaannya, kesakitan ini bukan hanya membabitkan gigi malah melibatkan kawasan di sekitar mulut termasuk gusi dan rahang ekoran kesemua bahagian ini terpaut di antara satu sama lain.

    Akibatnya, ia akan menjejaskan aktiviti harian kalian termasuk ketika bekerja, berehat atau sekadar keluar berjalan bersama insan tersayang. Persoalannya, kenapa sakit gigi boleh terjadi?

    petua hilangkan sakit gigi

    Untuk pengetahuan anda semua, berikut beberapa punca sakit gigi yang biasa berlaku kepada kita tanpa sedar:

    Dalam pada itu, wujud juga punca-punca luaran ekoran terjadinya masalah pada bahagian tubuh badan lain termasuk:

    • Resdung
    • Masalah pada organ jantung
    • Masalah pada organ paru-paru
    • Neuralgia trigeminal

    Petua hilangkan sakit gigi anda boleh amalkan!

    Dalam kebanyakan kes, sakit gigi tidak akan mengancam nyawa tetapi cuma akan membuat anda mengalami kesakitan dan ketidakselesaan yang melampau, lantas menjejaskan kualiti kehidupan.

    Maka, adalah sangat penting untuk kalian amalkan petua hilangkan sakit gigi tradisional seperti saranan di bawah:

    #1. Tuam dengan benda sejuk

    Pertama, anda boleh cuba menggunakan cara ini di saat awal kesakitan. Tuaman sejuk seperti pek ais batu boleh membantu mengecutkan salur darah lantas mengurangkan rasa sakit gigi.

    Caranya juga mudah iaitu dengan menuamkan benda sejuk di luar pipi, biar dan ulang sehingga kurang rasa sakit.

    #2. Kumur dengan air garam

    petua hilangkan sakit gigi

    Kemudian, anda juga boleh berkumur dengan air garam bagi melawan jangkitan bakteria dan merawat masalah ulser mulut. Ini kerana garam itu mempunyai kandungan yang sarat sifat antibakteria.

    Jika tidak suka dengan rasa garam, anda juga boleh berkumur dengan produk pengkumur mulut yang ada di pasaran.

    #3. Jus limau nipis pun boleh membantu?

    Berbekalkan sifat antimikrob, ia mampu membantu mencegah kuman di dalam mulut yang boleh menjadi punca sakit gigi. Namun, ia mungkin tidak akan membunuh sehingga seratus peratus kuman ya?

    Dalam pada itu, ia juga boleh merawat keradangan dan kerengsaan yang akan dialami di saat sakit gigi menyerang.

    Petua hilangkan sakit gigi #4. Bawang putih

    Lazimnya, herba ini digunakan untuk membantu merawat masalah pada kulit seperti panau. Gigi juga tidak terkecuali.

    Caranya, anda cuma perlu hiris bawang putih itu dengan nipis dan tempelkan ia pada kawasan gigi yang sakit. Selepas ditempel, ia perlu dibiar selama beberapa minit atau jam lalu ulang tip ini pada esok hari.

    Petua hilangkan sakit gigi #5. Bunga cengkih

    petua hilangkan sakit gigi

    Jangan terkejut jika kami kata herba yang popular di dalam masakan kita ini boleh membantu merawat kesakitan gigi.

    Caranya juga amat mudah yakni anda hanya perlu menggigit bunga cengkih ini pada kawasan gigi yang sakit. Jika anda tidak tahan dengan rasanya, boleh balut ia di dalam kain kasa lalu gigit kain tersebut.

    #6. Gosok gigi dengan soda bikarbonat

    Petua hilangkan sakit gigi tradisional yang terakhir adalah terletak pada soda bikarbonat atau baking soda. Walaupun kedengaran atau kelihatan menakutkan, cara ini mungkin akan membuahkan hasil.

    Dengan mencampurkan ia ke dalam air panas untuk dijadikan pes, ia boleh terus digunakan sebagai ‘ubat gigi’. Kesan daripada itu, keradangan, kerengsaan dan kesakitan gigi mungkin akan berkurangan.

    Konklusinya, memang ada banyak petua orang lama yang anda boleh cuba jika sakit gigi. Ketahuilah juga bahawa tidak semua cara-cara di atas atau tip tradisional yang lain berkesan atau berhasil.

    Sebaiknya, dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor gigi setiap kali anda mengalami sakit gigi yang teruk ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan