Ada banyak sebab mengapa wanita tidak boleh tidur, antaranya disebabkan kesakitan ketika senggugut atau pening kepala yang mengganggu kualiti tidur malam.
Tip: Wanita yang mengalami senggugut pada waktu malam boleh mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan pada waktu malam.
2. Tahap zat besi dalam badan rendah

Wanita yang mengalami pendarahan berat ketika haid mungkin akan menghidap anemia.
Apabila badan tidak dapat zat besi yang mencukupi, ia tidak dapat menghasilkan hemoglobin, sejenis protein penting yang membantu sel darah menghantar oksigen yang mencukupi ke seluruh badan.
Selain itu, tahap zat besi yang rendah dalam badan juga boleh menyebabkan keletihan. Sebab itulah, ramai wanita yang rasa mengantuk sepanjang hari ketika haid!
3. Rasa mengidam makanan manis
Siapa sangka, makanan sebenarnya boleh menjadi punca keletihan!
Jadi, jangan layan sangat rasa mengidam ketika haid. Jika anda makan terlalu banyak makanan yang manis, tahap gula dalam darah akan meningkat.
Kenaikan kadar gula boleh menyebabkan keletihan yang berpanjangan.
Tip: Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Elakkan makanan ringan dan kafein untuk kurangkan keletihan ketika haid.
Baca juga:
Cara mengurangkan keletihan disebabkan simptom haid

Benar, kita tidak boleh mengelakkan simptom haid secara 100%.
Walau bagaimanapun, ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk kekal cergas ketika period:
- Pastikan anda tidur malam dengan mencukupi. Tidur dan bangun pada waktu yang sama supaya hormon lebih stabil.
- Makan secara sihat. Elakkan mengikut nafsu makan. Kadar gula dalam darah yang terlalu tinggi akan menyebabkan keletihan. Cuba makan lebih kerap namun dalam saiz hidangan yang kecil.
- Minum air dengan mencukupi. Dehidrasi merupakan punca utama keletihan. Jadi, pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.
- Bersenam dengan kerap. Semua orang perlu bersenam. Ia dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan juga peredaran darah. Lama-kelamaan, anda akan rasa lebih cergas dan kurang letih!
Jangan risau, anda boleh tangani keletihan disebabkan simptom haid!
Ladies, jangan risau sekiranya anda sering rasa letih ketika haid. Ini merupakan perkara yang normal dan boleh diatasi dengan mudah.
Elakkan pengambilan makanan segera, minuman beralkohol dan rokok. Amalkan pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi dan kekal aktif.
Selain itu, anda juga boleh berehat dan tidur sebentar pada waktu siang untuk mengatasi keletihan!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen