backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Nak Jaga Buah Pinggang Anda Agar Kekal Sihat, Ambil 6 Makanan & Minuman Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2024

Nak Jaga Buah Pinggang Anda Agar Kekal Sihat, Ambil 6 Makanan & Minuman Ini!

Memang benar bahawa individu yang normal ada dua buah pinggang tetapi ia bukan alasan untuk anda mengabaikan kesihatan organ ini ya. Jadi, anda harus mengamalkan makanan baik untuk buah pinggang!

Persoalannya, apa antara jenis makanan baik untuk buah pinggang untuk elak tanda awal sakit buah pinggang?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

Apa fungsi buah pinggang dalam tubuh badan?

Organ ini berbentuk seperti sepasang kacang dan berada di bahagian belakang abdomen di bawah tulang rusuk. Bagi individu yang normal, mereka mungkin memiliki dua buah pinggang iaitu di kiri dan kanan.

Organ ini merupakan salah satu daripada sistem urinari yang pertama menerima darah dan berfungsi untuk menapis bahan atau bendasing tertentu di dalam darah sebelum ia dapat dibuang melalui air kencing.

Di dalam buah pinggang, terdapat unit penting yang bertanggungjawab menjalankan proses penapisan yakni nephron dan ia sangat penting dalam usaha untuk menyingkirkan toksik daripada tubuh badan manusia.

makanan baik untuk buah pinggang
Tanda awal buah pinggang rosak.

Selain itu juga, organ ini turut mempunyai fungsi bagi mengawal tekanan darah dengan mengimbangi kandungan air dalam tubuh badan. Dalam erti kata mudah, buah pinggang adalah antara organ paling penting!

Bagi mengelakkan ia rosak, anda harus mengamalkan makanan baik untuk buah pinggang. Apa contohnya?

Ini makanan baik untuk buah pinggang!

Ramai orang kata ada banyak pantang larang makanan untuk pesakit buah pinggang dan ia memang betul. Selain gula dan garam, pengamalan diet yang tinggi kalori, kalium, purin atau fosforus juga agak berbahaya!

Disebabkan itu pula, anda harus tahu apa contoh makanan baik untuk buah pinggang seperti senarai di bawah:

#1. Air kosong

Pertama dan paling penting, pakar menyarankan untuk kita semua minum air kosong dalam 8 gelas atau sekitar 3 – 4 liter sehari bagi memastikan tubuh badan cukup cecair sekali gus rendah risiko dehidrasi.

Kenapa air kosong penting untuk buah pinggang yang sihat?

Air kosong yang bebas gula atau garam ini juga sudah tentu mampu membantu melancarkan sirkulasi dan membersihkan buah pinggang daripada toksik yang terkumpul di dalam tubuh badan.

#2. Putih telur

Walaupun kuning telur mengandungi banyak protein serta pelbagai nutrien yang lain, tetapi ia turut tinggi dengan fosforus.

Memandangkan fosforus mungkin beri kesan buruk kepada organ ini, anda boleh beralih ke alternatif lebih sihat yakni putih telur yang rendah fosforus sebagai sumber protein yang mudah, sedap dan berkhasiat.

#3. Daging ikan

Daging terutama jenis merah seperti hasil lembu dan kambing sarat dengan purin yang tidak baik buat buah pinggang.

Sebagai alternatif sumber protein yang jauh lebih sihat, anda boleh menggantikan ia dengan daging ikan.

Selain rendah purin, ikan yang sesuai untuk pesakit buah pinggang juga tinggi dengan kandungan asid Omega-3 yang bagus untuk organ dalaman anda.

makanan baik untuk buah pinggang
Potongan ikan salmon mengandungi asid lemak omega-3. 

Makanan baik untuk buah pinggang #4. Bawang putih

Disebabkan gula dan garam adalah antara elemen penting dalam masakan, jadi bagaimana untuk mengurangkan kuantiti tanpa menjejaskan kualiti masakan anda? Jawapannya adalah dengan penggunaan bawang putih.

Selain boleh menjadi penambah rasa dalam juadah anda, ia turut tinggi dengan kandungan vitamin B, C serta kompaun sulfur yang mempunyai sifat antiradang di mana ia bagus bagi kesihatan buah pinggang.

Makanan baik untuk buah pinggang #5. Anggur merah

Terakhir, individu juga mungkin perlu lebih banyak makan anggur merah yang kaya kandungan pelbagai vitamin dan antioksidan flavonoid yang mempunyai banyak kelebihan bagi kesihatan tubuh badan keseluruhan.

Kenapa ia baik untuk buah pinggang? Alasannya, flavonoid ini akan membantu mencegah keradangan, meningkatkan kadar oksida nitrik dan merehatkan otot dalam salur darah bagi melancarkan sistem sirkulasi darah.

#6. Lada benggala

makanan baik untuk buah pinggang
Lada benggala hijau dan merah.

Merupakan antara makanan baik untuk buah pinggang, ia sarat dengan kandungan nutrien yang mampu melindungi buah pinggang serta organ lain, seperti:

  • pelbagai jenis vitamin
  • sumber serat
  • asid folik
  • antioksidan lycopene

Meskipun ia masih mengandungi kalium dan fosforus, namun kandungannya agak minimum dan tidak begitu membahayakan!

Selain melihat kepada apa yang anda makan, prihatin juga dengan bagaimana cara anda masak. Sebaiknya, cuba elak daripada menggoreng tetapi cuba tukar kepada memanggang, membakar atau merebus.

Dalam pada itu, buang tabiat buruk seperti menghisap rokok, mengambil alkohol dan macam-macam gaya hidup tidak sihat yang lain sebagai antara cara mengatasi sakit buah pinggang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan